BAB 22

37 8 0
                                    

SEGELAS jus oren berganti tangan. Sephia mendongak dan menghadiahkan senyuman kepada Izara, tanda berterima kasih. Jus oren dihirup sedikit lalu kepala ditoleh ke kiri dan kanan, mata melilar mengamati hiasan bilik tidur Izara yang di mana-mana ada warna feminin; sesuai dengan tuannya.

            "Thank you." Ucap Izara.

            Sephia tak lagi membaca tajuk buku-buku yang disusun rapi di rak. Dia kembali menoleh ke Izara yang juga duduk di katil bersamanya selepas Izara meminta masanya sebentar untuk berbicara tanpa kehadiran tetamu lain di parti harijadi itu.

            "Untuk apa?" Tanya Sephia, bingung.

            Izara menghela nafas panjang. Bibir digigit. Ada senyuman kelat di bibirnya. Seolah-olah dia sendiri tak yakin akan perasaan sendiri sama ada dia patut menyuarakan apa yang sentiasa bermain di kepalanya atau dia harus teruskan simpan sendiri.

            "Iz?" Panggil Sephia bila Izara tak menjawab.

            Sekali lagi Izara menghela nafas tetapi kali itu, tak disertai keheningan. Tangan Sephia yang tak memegang gelas dia raih dan dia genggam. Mata Sephia dia tatap lama; mengumpul keberanian yang ada untuk berbicara soal hati.

            "I know you said that you dah lama suka abang Nael, Nusayr tapi..." Izara tertunduk.

            "Tapi?" Sephia mengerutkan dahi. Mengapa harus ada 'tapi' di belakang?

            "Tapi selama ni, I ingatkan you cakap macam tu sebab you tak nak kitorang tahu yang you sebenarnya suka Nael."

            "Hah?!" Sephia tiba-tiba meledakkan tawanya. Kepala digeleng. "Kenapa pula I nak suka Nael? Have you seen him?" Komen Sephia.

            "Hei!" Izara menampar perlahan lengan Sephia.

            "Oh, sorry, sorry! Lupa pula you suka Nael." Sephia menyengih. "Anyway! Pasal Nael, you tak perlu nak risaulah. I dengan dia memang kawan je. Pasal Nusayr pula, I wasn't lying or trying to cover up anything." Jelasnya, menenangkan fikiran Izara.

            Izara mengangguk faham. Dalam masa yang sama, berharap semuanya akan berjalan lancar buat Sephia dan Nusayr. Siapa tahu, daripada sesi belajar mereka, boleh timbul bibit-bibit cinta seperti yang Sephia harapkan?

            "Eh!" Mata Sephia tiba-tiba membulat. Gelas berisi jus oren di tangan dia letakkan ke atas meja di samping katil Izara dan jam digital pada skrin telefon ditilik. "Alamak, I rasa I dah kena baliklah! Kalau balik lambat sangat, takut parents risau nanti."

            "Oh, you nak I panggilkan Nael—"

            "Eh, tak payahlah!" Tolak Sephia. "I can just book Grab."

            "Grab? Tapikan dah lewat ni." Izara risau. "Tak pun, kalau you nak, I boleh minta driver—"

            "Ish, tak payahlah! Menyusahkan je." Tolak Sephia lagi.

            "Okay." Izara menyerah kalah. "Kalau macam tu, jangan lupa share location dalam group."

            "Okay." Sephia mengangguk bersetuju. "Let me book one now."








KEPALA disandarkan pada cermin kereta pacuan empat roda yang membawanya pulang ke rumah. Anak mata mendongak, menatap kosong lampu-lampu yang berpendar di atas sana; hampir menyentuh angkasa. Separuh daripadanya tak lagi menyala, menandakan hari sudah larut malam dan pekerja sembilan-ke-lima telah tiba di fasa hari di mana mereka merehatkan tubuh yang lelah.

            Sephia Jane melepaskan keluhan panjang, menyebabkan pemandu kereta mencuri pandang ke arahnya melalui cermin tetapi dia langsung tak menyedarinya. Ada yang mengganggu fikirannya; darihal pengakuan cinta Izara kepada Nael.

            Jangan salah faham. Dia tak cemburu. Selama itu, dia ikhlas berkawan dengan Nael tanpa mengharapkan atau tertunggu-tunggu 'sesuatu' muncul di antara mereka. Dia dan Nael sebatas kawan saja dan tiada yang patut disesali. Dia berpuas hati dengan hanya sebatas kawan. Cuma... dia sedikit kecewa kerana ternyata, malam itu, dia bukan pusat perhatian Izara dan Janice.

            Dia gembira Izara akhirnya meraih cinta yang telah lama dia sembunyikan, tetapi bagaimana pula dengannya? Dalam kepala, asyik terngiang-ngiang rancangan Izara dan Janice untuk menunjukkan Nusayr bahawa Sephia juga cantik seperti gadis-gadis lain di dalam hidup Nusayr. Alih-alih, mereka terlupa. Mereka terlupa yang Sephia ternanti-nantikan reaksi Nusayr yang mungkin, dia tak akan pernah dapat lihat.

            Tapi... dalam masa yang sama, memang ditakdirkan malam itu bukan waktu yang sesuai buat dia membuktikan dirinya. Malam itu, malam yang seharusnya semua tetamu merayakan ulangtahun Izara. Dia tak seharusnya pentingkan diri dan hanya mahu lampu disorot ke dia; walaupun memang lumrahnya ke mana-mana mereka pergi, Izara sentiasa menjadi titik perhatian.

            Fikiran yang mula menerawang dan jarum jam yang menghampiri nombor sebelas membuatkan kelopak mata gadis bergaun putih itu berat. Lampu berpendar mula kabur, samar-samar kelihatan sampailah berubah kelam sepenuhnya dan fikirannya pun kosong.

            "Cik? Cik?"

            Sephia menghela nafas dan mengangkat kepala yang dia sandar pada cermin sejak dia masuk ke dalam perut kereta sepuluh minit yang lalu. Cumanya, bila matanya celik semula, ternyata sudah setengah jam berlalu dan dia sudah pun berada dalam kejiranan yang dia telah habiskan separuh hayatnya.

            "Hm?" Sephia masih mamai lagi dan matanya melilar.

            "Kita dah sampai, cik. Ni rumah cik, kan? Saya ikut maps je sebab nak tanya cik, cik terlelaplah pula."

            "Oh." Sephia menggaru kepala. "Kalau ikut maps, inshaAllah betullah tu." Balasnya, masih menggaru kepala.

            Setelah memastikan tambang telah dia bayar melalui aplikasi e-hailing, dia terus meninggalkan perut kereta tanpa berfikir panjang. Hanya setelah kereta yang ditumpangi itu dipandu pergi barulah dia menoleh ke belakang dan menyedari walaupun pemandu tadi mengikuti peta di skrin, ternyata masih saja tersalah rumah. Begitu saja, kantuknya hilang.

            Sephia mengeluh nafas panjang. Bukan salah pemandu tadi. Sephia sendiri yang tetapkan rumah jirannya sebagai lokasi untuk dia diturunkan dan dia tak pernah mengubah lokasi itu. Malah disimpan sebagai 'rumah' di dalam aplikasi tadi. Alasannya, berharap dia terserempak dengan Amar Nusayr tetapi setelah beratus kali diturunkan di situ, belum pernah sekalipun mereka bersemuka tanpa sengaja. Nampak sangat takdir tak pernah menyebelahinya.

            "Phia...Phia..." Sephia tertawa kecil, simpati terhadap diri sendiri kerana mengharapkan sesuatu yang mustahil.

            Dengan helaan nafas dalam, tumit dipalingkan dari rumah yang tak berpagar itu. Langkah berat diatur menuju ke rumahnya, yang terletak hanya beberapa meter dari rumah jirannya yang hanya ada dua orang anak teruna. Alih-alih, tombol pintu rumah anak teruna itu dipulas. Sephia menyangka itu hanyalah sebahagian daripada halusinasinya. Sampailah...

            "Sephia Jane?"

OVERRATEDWhere stories live. Discover now