BAB 18

55 13 2
                                    

BIBIR digigit. Perut memulas hebat, menghantar ketulan ke anak tekak, membuatkannya mual. Mata pula sekejap-sekejap mencuri pandang jejaka yang sedang membaca akhbar Bahasa Inggeris dari Jepun. Entah mengapa dia membaca suratan akhbar daripada tahun 1950an padahal beritanya sudah lapuk ditelan zaman. Sempat juga dia menilik satu artikel yang ada dalam suratan akhbar itu; tentang pembangunan semula bandar Tokyo selepas mengalami kemusnahan teruk berpunca daripada Perang Dunia Kedua.

Ah, mengapa dia harus gemuruh seteruk itu? Dia cuma mahu Nusayr menjelaskan satu soalan daripada belasan soalan yang kertas di depan matanya kandung. Bukankah memang tugas Nusayr untuk menjelaskan semua itu kepadanya? Nusayr pengajar, dia pelajar. Tak sepatutnya dia takut untuk bertanya soalan. Lagi pula, malu bertanya kan nanti sesat jalan?

"Nak buang air besar ke?"

"HAH?" Pen hitam jenama Pilot kesayangan rakyat Malaysia jatuh ke meja rotan.

Nusayr menahan tawanya. Secawan kopi di meja lantas dia bawah ke mulut. Menyembunyikan bibirnya yang tak lagi mendatar. Ah, semudah itu Sephia menghiburkannya!

Selepas menghirup sedikit Mocha yang dia pesan, dia letakkan semula cawan ke atas piringnya. Memandangkan petang itu dia tak perlu bersekang mata atau memerah otak seperti di makmal, dia memilih minuman dengan kandungan kafein yang lebih sedikit berbanding Espresso.

"Kalau tak, kenapa muka pucat?" Komennya tanpa melihat sekilas pun wajah gadis yang mendapat kejutan berat itu. "Ada apa-apa soalan yang awak tak faham ke?" Sambungnya tanpa menunggu jawapan daripada Sephia.

"A-Ada."

Barulah Nusayr membuat pergerakan besar. Kalau tadi, hanya bebola mata dan tangannya saja yang bergerak. Kali itu, sekali tubuhnya dia palingkan agar menghadap ke kiri, di mana Sephia berada. Meja rotan itu bulat bentuknya. Jadi, Sephia tidaklah duduk serapat mana dengannya.

"Mana?"

"Ni." Sephia menyorong kertas soalannya.

"Discuss the role of community-based conservation initiatives in mitigating the impacts of climate change on local ecosystems. Provide specific examples of successful projects and analyse the effectiveness of their strategies in promoting sustainability and resilience."

Sephia membetulkan semula posisi bebola matanya. Sambil Nusayr membaca soalan yang tertera, dia seakan-akan dapat melihat setiap patah perkataan mengelilingi kepalanya; menjulingkan mata.

"Hm... saya rasa soalan ni dah keluar dua tahun lepas."

Sephia mengerutkan dahi. "Macam mana awak tahu? Bukan awak dah lama graduate ke?"

Nusayr tertawa kecil. Tak mengulas lebih panjang soal itu. Tak perlulah Sephia tahu pensyarahnya untuk subjek itu seringkali menghubungi Nusayr, memintanya untuk menyemak soalan peperiksaan terakhir pelajar Sains Persekitaran.

"Okay. So apa yang awak tak faham?"

"Semua."

"S-Semua?" Sebelah alis Nusayr menjongket, menyangka Sephia sekadar bergurau. Bila gadis itu menatapnya tanpa sebarang ekspresi di wajah, dia terpaksa berdehem. "Ooookayyy." Kepala diangguk-angguk.

Setelah meminta izin, Nusayr pun mencapai highlighter marker pen berwarna kuning langsat milik Sephia. Kertas soalan didorong lebih dekat ke Sephia.

"Untuk dapat markah penuh, awak kena jelaskan lima perkara. Pertama, jelaskan 'community-based observation initatives'. Contohnya?"

"C-Contohnya... active participation from the community?" Sephia menyengih, gemuruh.

OVERRATEDUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum