J A S M I N N 3

44.3K 1.5K 37
                                    

🌸Kerana kau aku menderita, kerana kau aku menangis, kerana kau aku tidak kenal erti kasih dan cinta...🌸

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

AKU duduk pandang awan biru. Pandangan yang menenangkan hati aku. Hati yang terlalu lama di sakiti.

Tak ada siapa yang nak dengar luahan rasa hatiku. Terkadang aku berasa penat, penat untuk hidup. Kadang-kadang aku terfikir untuk apa aku perlu bertahan hidup sedangkan aku tak di ingini pun.

Aku tak ada matlamat, aku tak ada cita-cita, aku tak ada impian. Aku cuma manusia yang terkurung di bawah tempurung, tiada jalan untuk aku keluar. Aku cuma hidup untuk cacian dan hinaan orang.

Penat berteleku di batas padi aku bangun berdiri. Kakiku melangkah ke jalan.

''Oi betina!!''

Aku tak berpaling aku jalan terus kedepan. Mangkuk ayun ni kalau tak ganggu ketenangan aku memang tak sah lah.

''Woi pekak aku panggil kau lah!'' Tanpa aku sedar Edry menarik lengan aku.

Aku memandangnya tajam. Aku rentap lenganku kasar dan aku kepalkan penumpuk lalu aku halakan tepat ke mukanya. Dia angkat tangan menahan penumbukku dari singgah ke mukanya.

''Lagi sekali kau sentuh aku, penumbuk ni tepat kena kat muka kau nanti!'' Aku bagi amaran kepadanya.

Edry memandang aku memcebik. ''Eleh, entah-entah dah berapa ramai dah jantan sentuh kau. Nak belagak suci lagi.'' Tanpa sengan silu dia membuat tuduhan kepada aku.

Aku mengetap gigi rapat. ''Kau berhambus sekarang.''

Dia angkat tangan mengalah. ''Alah rileks ar, aku kat sini bukan nak ambil tahu pasal kau...'' Edry senyum. Dia merapatkan badannya kearah aku. Keningnya di naikkan ke atas. ''Aku nak tanya pasal kakak kau. Aku dengar dia dah balik, betul ke?'' Edry tayangkan gigi kuningnya. werk pengotor.

Aku menjelingnya. ''Ntah aku tak tahu.'' Aku angkat kaki laju meninggalkannya.

Edry mengejar aku dari belakang. ''Wei mana boleh tak tahu kau kan duduk satu rumah dengan dia?''

Aku pusing menghadapnya. ''Kau ni kalau satu hari tak kacau aku tak boleh ke?'' Geram betul lah aku dengar mamat ni.

Edry angkat kening. ''Siapa kata aku nak kacau kau? Aku tanya pasal kakak kau?''

Aku membawa tangan memeluk tubuh. Menyampah! Kakak, kakak. Aku tak cemburu sebab Edry sukakan Jaslina tapi aku menyampah kenapa semua orang tanya pasal dia dekat aku, kalau nak tahu apa-apa pergi lah tanya dia sendiri tak pun tanya mak.

''Tak payah tanya aku, pergi lah tanya dia sendiri.'' Aku jalan laju meninggalkan Edry di belakang.

''Woi jap lah,'' Edry tarik lengan aku lagi dan...

Buk!!!

Edry mengosok batang hidungnya. Badannya menunduk. ''Aduh.. sakit lah sial! Asal kau tumbuk aku?'' Tanyannya dengan wajah menyinga.

Aku tayang muka selamba. ''Aku dah bagi amaran kan jangan sentuh aku.''

Edry memandang aku tajam. Bibirnya digigit. ''Kau tahu tak kenapa tak ada orang nak dekat kau?'' Tanya Edry tiba-tiba.

Aku pusing badan berlalu tanpa mengendahkannya.

''Sebab kau ni kasar, tak ada gaya perempuan langsung. Dah lah selekeh, hodoh pula tu tak macam kakak kau Jaslina tu. Cantik, bijak, ber....''

Pak! Aku menyepak lutut Edry. Itu untuk celaka macam kau.

Edry menunduk mengosok lututnya pula. ''Sakit lah sial, kau nie apahal?'' Mukanya masih menyerigai kesakitan.

Aku memandangnya tajam. ''Kau tu apahal? Aku tak cari masalah dengan kau so kau jangan nak buat masalah dengan aku.'' Puih! Terus aku berjalan meniggalkan Edry yang dalam kesakitan.

''Wei sampai ke tua pun tak ada orang nak lah dekat kau. Betina sial bodoh tak sedar diri!!'' hambur Edry dengan kata kesatnya dari jauh. Aku berjalan dengan memekakkan telinga.

Tak apa minn kau dah biasa. Biasa sangat dah, sampai hati kau tak ada rasa apa-apa dah.


''HAH! kau pergi mana sekarang baru nak balik?'' Jerit mak. Mak ni tak bosan ke nampak aku je nak jerit nampak aku je nak maki. Aku yang dengar ni pun bosan.

''Bakal abang ipar kau nak balik dah ni, tolong lah hormat tetamu sikit.'' Aku biarkan je mak dengan mood membebelnya.

Aku memandang Iskandar. Nak balik pun bagitahu balik je lah. Semak.

''kau tak payah nak jeling sangat lah. Tu ambil buah-buahan tu bawa masuk dalam bonet kereta is,'' Aku memandang Jaslina tak puas hati. Suka hati kau je ye mengarah aku.

''Tercegat apa lagi kat situ tak dengar ke kakak kau suruh ambil buah masuk dalam kereta.'' Kata dokongan dari mak pula. Jaslina senyum senget. Kejam. Kenapa manusia ni kejam dengan aku.

Perlahan-lahan aku mengangkat beg plastik yang berisi buah rambutan dan pisang. Aku berjalan kearah merpati dua sejoli dan aku berdiri di hadapan mereka.

''Bonet kat belakang ye,'' Ujar Jaslina dengan senyum menggada.

Aku tersenyum sinis. Dengan perasaan geram aku campak plastik buah itu tepat terkena kaki Iskandar menyebabkan dua merpati tu terkejut macam beruk. ''Letak sendiri.'' Ujarku. Aku gelak dalam hati. Terhibur melihat dua beruk tu terkejut.

''Mak!!!!'' Jaslina menjerit kuat memanggil mak. Iskandar pula tunduk mengosok kakinya. Aku perasan pandangan tajamnya kepada aku tapi aku perduli apa. Dengan selamba aku panjat tangga kayu masuk kedalam rumah.

''Lina kenapa ni?'' Aku dengar mak bertanya kalut.

''Tengok ni apa budak jahanam tu buat, dia campak plastik buah ni kat kaki is.'' Adu Jaslina dengan suara menggada.

''Ya Allah bertuah punya budak. Jasminn sini kau!!!'' Mak megamuk ke? Hahaha aku baringkan tubuhku ke katil. Bibir aku ukir senyuman lebar. Tu lah lain kali jangan menggada nak suruh aku buat itu buat ini.

''Is maafkan anak makcik ye, nanti makcik ajar dia.'' Aku hanya dengar dari bilik perbualan mereka.

''Eh tak ada apa lah makcik, biasa lah budak-budak. Saya balik dulu lah makcik, Lina I balik dulu ye.'' Aku senyum sinis. Budak? Kau tak tahu ke aku cuma muda dua tahun je dari korang?

J A S M I N NWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu