J A S M I N N 25

45.7K 1.6K 29
                                    

Please vote, comment and share if you like 🙏
____________________________________________

🍁 Pertama kali aku mencintai kau yang tidak bisa aku miliki. 🍁

◾◾◾


          KALI nie Is tidak tidur satu bilik dengan aku. Aku tak tahu dia tidur bilik yang mana. Ya Allah sakitnya rasa nie.

Baru saja hati ini ingin merasa bahagia bersama Iskandar, begini pula jadinya. Mesti ada saja halangan untuk aku merasa bahagia.

Aku bangun dari baringan. Telifon nokia lama aku capai di sisi katil. Aku mencari number pemilik nama Iskandar dan jariku terhenti di situ, aku tenung sahaja number telifon Is tanpa buat apa-apa. Kenapa dengan mudah kau membenci aku Is?

Aku tarik lutut rapat ke dada dan melabuhkan kepalaku di situ. Mungkin ini yang tertulis untuk perjalanan hidupku. Kehadirannya cuma sementara dan bahagia yang dia berikan juga sementara. Aku sedar aku tak layak mendampingi Is, aku bukan Jaslina, cinta hati pertama dan terakhirnya. Aku nie cuma halangan sementara dia untuk bersama Jaslina.

Tak apa lah Minn, kau kena juga kuat untuk hadapi hari-hari kau. Kau dah tiada sesiapa lagi. Tapi sebelum nie pun kau tak pernah ada sesiapa, kau cuma sendirian. Selamanya.

Dari duduk meringkuk aku rebahkan semula badan ke katil. Cuba untuk melelapkan mata, tapi mata aku terasa segar bugar pulak.

Tekak terasa haus pula, tapi malasnya nak turun bawah. Beberapa kali bergolek atas katil aku buat keputusan untuk turun ke dapur. Ini semua gara-gara tak boleh nak tidur ish.

Kaki aku melangkah perlahan menuruni tangga, akibat keadaan yang gelap menyukarkan aku untuk melihat. Setelah pasti betul-betul ruang masuk dapur aku tekan suis lampu dapur di sebelah.

Pap! Cerah!

''Opocot mak kau!'' Terbeliak mataku tanpa sengaja bila melihat Iskandar sedang elok duduk di kerusi dapur. Seperti keadaanku Iskandar juga seakan terkejut sebelum mukanya di naturalkan kembali.

Aku berdeham perlahan. Tangan naik mengusap dada sendiri. Aku berkira sama ada nak naik atas semula atau teruskan niat aku yang tadi. Tapi melihat Iskandar rasa haus aku hilang serta-merta.

Melihatkan Iskandar tak menoleh kearahku langsung aku pusing semula untuk naik ke atas. Namun kakiku menjadi kaku sebaik saja soalan tak terduga keluar dari mulut Iskandar.

''Bila kau nak aku lepaskan kau?''

Bagaikan jantungku di tusuk dengan pisau yang tajam. Begitulah rasa sakitnya. Tak betah untuk berdiri lama di situ, aku tarik nafas sedalam-dalamnya kemudian aku hembus perlahan. Bibirku bergerak-gerak untuk mengucap sesuatu yang sangat berat untuk aku katakan.

''Terserah pada kau bila yang kau nak,'' Ucapku dalam getar, tanpa menoleh aku berlalu tinggalkan Iskandar sendirian.

Dengan pantas tangga aku panjat walaupun dalam gelap aku sudah tidak perduli. Setelah pintu bilik aku tutup rapat, aku hempaskan tubuhku ke belakang pintu, perlahan punggungku mencecah lantai.

Dengan hati yang terluka aku lepaskan tangisanku di belakang pintu. Aku bawa sebelah tangan menutup mukaku yang sudah banjir dengan air mata.

Ingin saja aku teriak dalam kedinginan malam. Biar angin malam membawa pergi rasa sakit ini. Pertama kali aku rasa sakit seperti dikhianati seperti ini.  Aku tekup mulutku supaya tangisanku tidak berbunyi.

Mengapa dengan mudahnya kau menghancurkan hati aku macam nie Is? Setelah kau berjanji untuk menjadi suami yang aku harapkan kemudian kau taburkan kembali racun dalam janji kau.

Cincin yang tersarung cantik di jari manis aku pandang sayu. Perlahan-lahan aku menariknya keluar dari jariku. Mungkin bukan takdir untuk cincin ini berada di jari manis aku untuk selamanya. Aku tekupkan mukaku ke lutut dan menangis semahunya.

Aku bangun menuju katil. Aku penat, aku hanya mahu berehat. Jika ini takdirku mungkin aku patut merelakanya.



          ISKANDAR menongkat mukanya dengan tapak tangan di atas meja. Dia menarik nafas kemudian melepaskannya perlahan. Apa yang dia tanyakan pada Jasminn semalam terulang tayar di kepalanya.

Sebenarnya dia tak terniat pun nak tanyakan soalan tu pada Jasminn, tak pernah terdetik langsung dalam hatinya. Tapi bila melihat muka Jasminn serta-merta egonya datang dan perasaan marahnya meluap-luap.

Dia tak sangka perhubungannya dengan Jasminn menjadi semakin sulit macam nie.

Dia sendiri pernah katakan pada Jasminn yang perpisahan bukan jalan penyesaian tapi semalam dia yang mahukan perpisahan itu terjadi.

''Ahh kusutlah! Aku tak tahu kenapa aku perlu rasa kesal macam nie kalau ye pun Jasminn yang perangkap aku.'' Iskandar mengeluh perlahan.

Tok! Tok!

Ketukkan di pintu mengembalikan Iskandar pada realiti. Dia membetulkan posisi duduknya. ''Masuk.''

PA Iskandar melangkah masuk ke ruangan pejabat Iskandar. ''Encik Iskandar, ada orang nak jumpa dengan Encik.''

''Siapa?'' Soal Iskandar malas. Sememangnya dia tiada mood untuk berjumpa dengan sesiapa.

PA Iskandar angkat bahu. ''Saya tak pasti Encik, katanya penting.''

Iskandar menoleh. ''Dia ada buat temu janji?''

PA Iskandar menggeleng seketika. ''Tapi katanya..ini ada kaitan dengan encik dan isteri encik.'' Butir bicara PAnya membuat tubuh Iskandar menegak. Berkerut dahi dia memandang  PAnya.

''Panggil dia masuk.''

J A S M I N NWhere stories live. Discover now