J A S M I N N 33

49.4K 1.5K 16
                                    

Vote and comment for next update.
____________________________________________

🍁 Senyumanya hanya luaran kerana hatinya menangis derita. Senyumanya hanya pura-pura kerana air matanya adalah benar. 🍁

◾◾◾


          MASUK tujuh bulan aku berada di rumah titian kasih raudhah dekat pulau pinang nie. Akibat buntu untuk pergi ke mana membawa aku ke sini.

Hari nie genap setahun usia perkhawinan aku dan Iskandar setelah lima bulan aku hidup bersamanya. Apa lah khabar dia sekarang. Apa yang aku lalui beberapa bulan yang lepas membuat aku nekad untuk pergi membawa diri.

Sebenarnya aku tahu tentang rumah titian kasih raudhah nie daripada akbar metro yang aku baca semasa di kampung. Nasib baik tergerak hati aku untuk menyimpan alamatnya. Selepas pengakuan mak yang membuat hati aku remuk aku teringat tentang tempat nie. Walaupun semua ahli keluarga tahu ke mana aku pergi tapi tak ada seorang tahu di mana aku tinggal, aku minta mereka supaya jangan mencari aku termasuk Iskandar. Cuma sekali aku balik kesana itu pun semasa Iskandar tiada di rumah.

Nasib baik lah warga titian kasih raudhah nie sudi terima aku di sini. Kalau nak di ikutkan aku bukan lah remaja bermasalah ataupun isteri yang di dera suami, tapi bila aku katakan aku ingin mencari ketenangan pengetua di sini mengalu-alukan kedatangan aku. Mereka melayan aku dengan baik sekali, sangat menenangkan berada di sini.

Semasa aku di sini pelbagai kerja kebajikan yang aku lakukan termasuk memasak, mencuci tak ada lah aku duduk percuma saja di sini. Aku juga di ajar menjahit baju kurung, sepanjang di sini aku sudah mendapat beberapa helai tempahan baju kurung. Boleh lah untuk mengisi duit poket.

''Assalamualaikum,''

Aku menoleh akibat terkejut, melihat gerangan yang menegur lalu bibirku ukir senyuman. ''Wa'alaikumusalam ustaz,''

Ustaz Raihan, dia anak kepada pengusahan rumah titian kasih raudhah nie yang dipanggil ummie, dan juga pengajar dan penceramah kepada ahli-ahli di sini. Orangnya segak dengan rambut di sisir rapi ke tepi, agak skema tapi tetap kelihatan kacak dengan kulit putih bersihnya.

Raihan melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Tak dekat jaraknya adalah dalam lima jengkal tangan. Aku betulkan selendang di kepala. Sejak berada di sini aku dah mula menutup rambutku dengan selandang dan tudung yang di berikan ummie padaku.

''Minn kenapa temenung je dekat luar nie, kenapa tak masuk?''

Aku garu kepala yang tak gatal. ''Emm.. ambil angin,'' Aku sengih padanya.

Raihan tersenyum melihatku. Aku bukan apa, sebenarnya segan dengan Raihan nie. Segan sebab dia satu-satunya lelaki yang aku boleh bercakap dalam nada lembut tak seperti selalu.

''Dekat dalam tu ada angin eh?'' Seloroh Raihan bersama lirikan matanya kearah aku.

Aku senyum sipu malu.

''Kalau rindu katakan rindu, kalau sayang katakan sayang,'' Raihan menyengetkan sedikit badanya kearah aku.

Aku terkelu. Aku tahu katanya tak bermaksudan apa-apa tapi ialah seolah tepat mengenai aku. Aku tunduk menekur jemari di riba.

''Tiada siapa yang saya nak rindu ustaz,'' Ucapku perlahan. Tiada siapa di sini yang tahu aku sudah berkahwin.

''Ye ke tiada siapa? Kalau tiada kenapa sampai ke sini lari mencari ketenangan emm?''

Aku melarikan pandangan. Tak mahu dia menebak kebohongan aku.

''Kenapa perlu simpan rasa sakit hati tu kalau nak cari kebahagian?'' Soanya lagi.

Kali nie mataku tepat memandangnya. Apa maksud dia?

''Kebahagian yang awak cari tu ada dalam diri awak, awak cuma perlu lepaskan saja.'' Makin berkerut dahi aku memandangnya.

''Allah s.w.t tak akan mencipta sesuatu perkara itu dengan nasibnya malang, melainkan ada hikmah di setiap yang terjadi.

Sama macam awak, Allah tak mencipta awak dengan nasib yang malang. Di setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah yang awak belum jumpa,'' Lembut sahaja nasihatnya di pendengaran aku.

Nafas berat aku lepaskan. Kenapa terlalu panjang ujianya untuk mendapat satu ganjaran di hujungnya?

''Jangan biarkan diri awak tersakiti untuk kali kedua.''

Aku tak tahu berapa garis dah kedutan di dahi aku dari tadi asyik berkerut je. Aku pandangnya dengan riak biasa.

''maksud ustaz apa?''

Dia senyum nipis. ''Maafkan orang yang sakitkan hati awak,'' Ucapnya lembut.

Aku pula tercenggang. Semudah tu? ''Maafkan saja, lepastu biarkan?'' Hati aku mula tak berpuas hati dengan fikiran Raihan yang begitu mudah.

Tawa halus terlepas dari bibinya. Aku mendengus kecil menduga dia mempermainkan aku. Raihan nie walaupun gelaranya ustaz tapi dia hanya dua tahun tua dari aku kiranya sebaya Iskandar dan Jaslina.

''Maksud saya, bila awak dah sakit hati dengan orang tu cepat-cepat maafkan dia jangan biarkan hati awak sakit untuk kali kedua dengan membenci dia. Bila awak dah maafkan dia, awak dah tak bencikan dia. Awak boleh teruskan kehidupan awak tanpa ada rasa sakit dan benci, dan awak jauh dari menyimpan dendam pada dia. Awak tak perlu nak buang masa dengan ingat rasa sakit hati tu.'' Cukup lengkap penerangan Raihan, tak faham lagi tak tahu lah.

Muka ku dongak melihat kepulan awan yang berarak perlahan. Bagaikan baru tersedar sesuatu. Mungkin sebab tu aku tak rasa bahagia sebab terlalu lama aku simpan rasa sakit hati nie.

''Ikhlas tu tiang utama,'' Aku memandangnya pula. ''Ikhlas memaafkan, ikhlas melupakan, ikhlas bukan dari mulut semata tapi nie..'' Jari telunjuknya tepat menunding ke dadanya. ''Ikhlas dari hati.''

Tubir mata yang terasa panas mula bergenang, pandangan yang jelas mula menjadi kabur. Aku tarik nafas panjang.

Terlalu banyak rupanya khilaf dalam diri sendiri. Selama ini asyik berfikir tentang sakit hati sendiri tanpa cuba untuk lupakan. Aku tinggalkan semua yang aku sayang sebab terlalu benarkan rasa sakit hati nie menguasai diri.

''Saya bersalah,'' Perlahan suaraku meratapi rasa hati.

''Apa yang saya cakap bukan untuk bagitahu Jasminn salah. Jasminn tak salah, lumrah manusia lemah untuk lawan rasa hati yang banyak kali di sakiti. Tapi saya tak nak Jasminn buang masa dengan sakit hati tu. Solat, mengaji itu ubat untuk penyakit hati. Doa semoga Allah kuatkan hati Jasminn untuk memaafkan dan mengikhlaskan mereka.''

Nafas lega aku tarik untuk seketika, rasa lega dapat luahkan apa yang kita rasa pada seseorang. Aku memandangnya, senyum kecil terbias di bibir. ''Terima kasih ustaz,''

Raihan menggeleng perlahan, badanya dialih menghadap aku. Walaupun jarak kedudukan yang jauh tapi aku tetap tak selesa.

''Minn nie memang tak nak dengar cakap saya kan?''

Aku memandangnya terkejut. Apa yang aku tak dengar? ''Kenapa pula?''

''Ye lah berapa kali saya cakap jangan panggil saya ustaz, panggil Raihan je.'' Ujarnya dalam usikan. Aku gelak perlahan. Ingatkan apalah tadi.

Tak sempat aku nak membalas bila namaku di panggil.

''Kak Minn ada orang nak jumpa.''

Dahiku berkerut. Aku pandang Raihan di sebelah. ''Pergi lah jumpa,''

Dengan langkah berat aku bangun juga memasuki ruang rumah. Siapa pula nak jumpa aku? Setahu aku tak ada siapa pun tahu aku dekat sini.


Nak buat double update tapi tak jadi esok lusa lah sambung. Selamat membaca anak-anak 😗

_semua nama tempat dan watak adalah rekaan semata-mata.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now