J A S M I N N 22

47.1K 1.9K 13
                                    

Please vote, comment and share if you like 🙏
____________________________________________

🌸Kebahagiaan itu datang pada hati-hati yang redha dan ikhlas dengannya. 🌸

◾◾◾

   
          AKU membuka mata perlahan, kantupku masih terasa akibat terlalu banyak menangis semalam. Aku pejam celik pejam celik mata beberapa kali sebelum mataku terbuka luas.

Terkejut bukan main bila melihat posisi Iskandar terlalu rapat denganku. Nak kata seinci pun tak sebab dekat sangat, sampaikan setiap nafas Iskandar terasa menyapa mukaku.

Mata yang masih terpejam rapat itu aku tenung sayu. Tak terbayang sekiranya suatu saat aku terpaksa berpisah dengannya. Kerana untuk saat ini aku hanya ada dia.

Perlahan tanganku naik mengelus pipi yang sedikit berkumis itu. Kemudian jariku mengikut bentuk hidung mancungnya. Bibir merah jambu itu aku perhatikan, akibat jarak kami terlalu dekat dadaku sedikit berdebar memerhatikan bibir bersih itu. Aku sedia maklum Iskandar bukan sejenis yang merokok.

Is, aku tak tahu macam mana aku nak lalui hari-hari aku lepas kita dah tak bersama lagi. Tubir mataku mula terasa panas.

''Is...'' Seruku perlahan. Tujuanku bukan untuk mengejutkannya dari lena tapi sekadar menyeru namanya untuku simpan dalam hatiku.

Tapi bila mata Iskandar tiba-tiba terbuka luas, cepat-cepat aku menjarakkan mukaku dangan mukanya.

Iskandar tenung ke mataku dalam. ''What are you doing?'' Soalnya sedikit tegas.

Aku gigit bibir bawah. Aku geleng kepala perlahan. ''Tak ada buat apa,'' Ucapku dengan nada sayu.

Aku cuba untuk bangun dan menjauh darinya namun pergerakkan aku terhalang bila tangannya masih erat merangkul di pinggangku.

Aku cuba menarik tangan Iskandar yang kemas di pinggangku namun dia lebih pantas bertindak bila dia menarik aku lebih rapat dengannya. Aku terkaku seketika.

''I'm asking you, what are you doing to me?''

Kenapa Iskandar marah benar, kalau tak suka aku menyentuhnya kenapa peluk aku begini. Tanpa mampu tahan setitis air mata jatuh ke pipi akhirnya.

''Hey, kenapa nangis nie emm?'' Tangannya naik menyapu air mata di pipiku. Terasa pelukan dieratkan.

''Sekarang nie kuat betul dia menangis ye,'' Iskandar ketawa halus. ''Aku tak marah lah, I'm just asking. Baru nak minta suruh buat lebih dah menangis,'' Usik Iskandar bersama tawanya.

Aku terpempam. Cis, tak guna dia permainkan aku. Aku menolak tubuhnya kasar. ''Tepilah.'' Arahku kasar.

Baru je nak bangun dari katil Iskandar menarikku semula sehingga aku terjelepuk jatuh ke dadanya. Terbeliak mataku memandangnya. Hanya seinci jarak antara kami. Hembusan nafas hangatnya menyapa mukaku membuat aku meremang.

''Nak bawa pergi mana garang-garang ni ha?''

''Nak bawa pergi mandi, tepi lah!'' Sekali lagi aku menolak tubuhnya.

Tiba-tiba Iskandar bangun dan menarik tanganku turun dari katil. Aku memerhatinya pelik. ''Is kau nak bawa aku pergi mana nie?''

Iskandar pusing memandangku. ''Pergi bilik air lah, tadi kata nak bawa pergi mandi. Jom lah''

Membeliak mataku memandangnya. ''Iskandar kau jangan nak mengada eh. Aku tumbuk karang!'' Ei kenapa dengan mamat nie tiba-tiba nak menggedik pulak nie. Aku bukan Jaslina lah.

Iskandar sengih kemudian dia menarik aku rapat dengannya. Seriau betul lah aku dengan dia nie. Dia memegang kedua belah pipiku.

''Minn aku nie suami kau tahu, jangan lah kasar sangat. Orang lain tak ada tahu isteri dia kasar macam nie,'' Bibirnya di cebikan, pura-pura merajuk.

Aduh, dia nie dah kenapa? Aku celik mata besar-besar memandangnya.

Iskandar kerutkan dahi. ''Asal pandang aku macam tu hmm?''

Aku telan air liur. ''Sebab__kau tak macam Iskandar__''

Iskandar senyum nipis. ''Kenapa kau tak suka Iskandar yang macam nie, kau suka Iskandar yang dulu hmm?''

Macam pelik pula Iskandar menyebut namanya sendiri.

''Bukan macam tu tapi aku..emm..seram,'' Ucapku perlahan.

Iskandar semakin menarik aku rapat dengannya. ''Nak seram kenapa, aku bukan hantu tapi suami kau.'' Bisiknya perlahan di telinga aku bersama hembusan nafas yang di sengajakan ke telinga aku.

''Is jauh lah,'' Aku menolak Iskandar menjauh dariku. Tak tahan dengan gelodak godaannya.

Iskandar mengeluh perlahan. Kedua belah bahuku diramas lembut. Matanya tajam menikam mataku. ''Minn, kita mula balik.''

Hah? Tercenggang aku memandangnya.

''Kau jadi isteri aku yang sebenar dan aku jadi suami kau yang sebenar.''

Apa berbelit Is cakap nie. Semakin tak faham aku. ''Habis sekarang kita suami isteri olok-olok ke?''

Pap!

Satu ketukkan di dahiku. ''Aww..sakit lah,'' Aku menjeling Iskandar tajam. Suka hati dia je ketuk dahi aku.

''Maksud aku suami isteri yang sebenar. Suami isteri zahir dan batin. Kau dan aku,'' Jari telunjuk sebelah kiri dan kanan di rapat kan.

Aku nak tergelak mendengar penjelasan Iskandar. ''Kau faham tak? Macam mana aku nak terangkan dekat kau ye Minn ish!'' Iskandar mengaru kepalanya.

Melihat kekalutan Iskandar membuatkan aku terburai ketawa besar. Iskandar mengcerlung memandangku.

Ketawaku mati bila dia merapatkan mukanya ke mukaku sekali lagi. ''So, kau nak tak?'' Nadanya sudah bertukar menjadi romantik.

Aku telan air liur. Dengan jarak dekat begini membuatkan jantungku berdegup secara tak normal. Terkaku jadinya.

''I assumed your silent as yes,'' Ucap Iskandar kemudian. Pipiku sudah membahang.

''Thank you wife,'' Seketika terasa pipiku disentuh lembut dengan bibirnya kemudian beralih ke bibirku sebelum Iskandar berlalu ke kamar mandi.

Tiada patah yang dapat aku keluarkan dari mulutku. Aku berdiri tegap seperti pantung cendana. Seketika mencerna apa yang Iskandar luahkan dan apa yang di buat tadi.

Pipiku merona merah. Aku sentuh kedua belah pipiku. Aku tarik nafas dan lepas. Aku ulang beberapa kali kemudian.. ''arghh!!'' Cepat-cepat aku tutup mulut semula.

Iskandar? Suami? Isteri? Selamanya? Bibirku membentuk senyuman kebahagian. ''Aku sayang kau husband,'' Sekali lagi senyuman terbit di bibirku.

Tiba-tiba aku merasa aku menjadi Jasminn yang gedik pula walaupun itu bukan sifatku, tapi dengan Iskandar tak mustahil kot. Bibirku menyunggil sengih.

Terima kasih Ya Allah,

____________________________________________

Eh, eh belum tamat lagi. Kalau nak lagi jangan lupa vote ye ")

J A S M I N NOnde histórias criam vida. Descubra agora