J A S M I N N 23

44.8K 1.9K 52
                                    

Please vote, comment and share if you like 🙏
____________________________________________

🍁 Kenapa setiap kali kesakitan kau berikan, semakin aku susah untuk membenci. 🍁

◾◾◾

         
          BARU je tadi dia cakap dia nak jadi suami isteri yang betul-betul. Sekarang nie dia tinggalkan isteri dia nie sorang-sorang pulak.

Eh Minn sejak bila kau jadi mengada macam nie pulak?

Eh biar lah Iskandar tu kan suami aku.

Memang lah dia suami kau, tapi sebelum nie kau tak kisah pun dia nak pergi mana, buat apa. Sekarang nak sibuk-sibuk buat apa?

Eh suka hati lah. Lagipun itu dulu sebelum Iskandar cakap dia nak mulakan balik dengan aku.

Aku mengeluh. Dah macam orang gila dah bergaduh dengan diri-sendiri. Batu-batu kecil di tanah aku kuis dengan kaki.

Dari tadi cuma nama Iskandar saja yang ada dalam fikiran aku. Ish tak boleh jadi nie. Aku geleng kepala laju-laju.

''Minn kenapa tu?'' Teguran itu menghentikan tingkah aku.

Aku sengih. ''Tak ada lah ma, Minn senaman kepala.''

Mama menggeleng kepala perlahan. ''Iskandar mana?''

Bahu terangkat sekali. ''Dia cakap ada benda penting nak selesaikan.''

Mama kerut dahi. ''Benda penting apa? Iskandar nie cuti-cuti pun sibuk lagi dengan kerja haih,''

Aku hanya tersenyum mendengar omelan mama. Aku pun pelik juga sebenarnya, sebelum keluar tadi muka Is tegang semacam je.



          AKU tersentap bila pintu bilik di buka dari luar. Figura Iskandar melangkah masuk ke dalam bilik. Mukanya kelihatan tegang seperti dia keluar pagi tadi. Namun sedikit kusut dan serabai tak seperti tadi gayanya yang kemas rapi.

Aku kerling jam dinding, menunjukkan pukul 12.30 pagi. __Lambatnya Iskandar balik, mana dia pergi sebenarnya?

Aku bangun menghampiri Iskandar yang bersiri di hadapan almari. Sejak masuk dia tak menengurku langsung malah memandang aku pun tidak.

''Is?'' Panggilku perlahan__

Dia menghiraukan aku lalu melangkah ke bilik air. Aku berjauh hati dengan sikapnya. Baru pagi tadi dia mengangkat sebuah ikrar tapi sekarang dia bersikap dingin kembali. Ahh kusutnya!

Aku menunggu sehingga Iskandar selesai. Dalam hati aku berdoa supaya tiada perkara buruk yang akan terjadi antara kami.

Setelah beberapa minit membersihkan diri, Iskandar keluar dari bilik air hanya dengan melilit tuala dipinggangnya. Dia langsung tak menoleh kearahku. Aku menunduk sedih.

''Tutup lampu aku nak tidur!'' Suara dinginnya menyentap aku untuk kembali ke realiti.

Iskandar sudah naik dan berbaring ke katil dengan posisi mengiring dan membelakangi aku.

Kenapa dengan Iskandar__?

''Is kau okay ke?'' Aku nak tahu juga kenapa dengannya? Kenapa dia tiba-tiba berubah.

''Jangan kacau aku.'' Ujarnya dingin.

Aku masih tak mahu mengalah. Dengan berani aku menolak bahunya untuk menghadapku. ''Is bagitahu lah aku, kau kenapa?''

Is tiba-tiba menepis tanganku kasar. ''Aku cakap jangan kacau aku, kau tak faham bahasa ke?!'' Tengkingnya kuat.

Terhenjut sedikit kerana terkejut. Ya Allah apa lagi dugaan kali nie? Aku memandangnya keliru. ''Apa salah aku Is?''

Soalanku membuatkan Is bangkit dan mencengkam bahuku kasar. Aku terkejut dengan perubahannya yang tiba-tiba kasar begini. Tubir mataku mula bertakung.

''Kau tanya apa salah kau? Kau masih berlagak suci dengan aku?'' Iskandar mengetap giginya rapat. Mukanya bengis memandangku. ''Hey betina, aku dah tahu semua rancangan kau. Kau perangkap aku supaya aku kahwin dengan kau. Kau memang betina murah!'' Seraya itu dia melepaskan bahuku kasar sehingga aku terdorong kebelakang.

Aku bungkam mendengar patah perkataan yang keluar dari bibir Iskandar. Pedih, sakit. Itu yang aku rasa sekarang. Dengan badan menggigil aku menentang Iskandar.

''Aku tak perangkap kau. Aku berani bersumpah aku tak buat,'' Aku geleng kepala perlahan. Bibirku bergetar untuk meluah bicara. '' __dan aku bukan betina murah yang terhegeh nak kan kau!'' Ujarku bersama linangan air mata. Aku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Iskandar mencengkam pipiku kasar. ''Kau jangan nak menangis, benci aku tengok air mata palsu kau nie.''

Aku balas renungan tajam Iskandar. Aku memegang tanganya yang masih mencengkam pipiku. ''Aku tak perangkap kau Is, percayalah aku tak buat semua tu.''

Tolonglah Is percayakan aku...

Semakin kuat cengkaman dipipiku lagi kuat daripada semasa dia mengasari aku di hotel. Aku pejam mata. Pedih. ''Habis tu kau nak tuduh Jaslina yang perangkap aku ha? Ke kau nak cakap kekasih gelap kau Edry yang buat semua nie sendiri?''

Aku terkesima. Edry? Apa kena mengena Edry dengan cerita nie? Aku geleng kepala perlahan. Aku tak faham.

''Cakap!!'' Tengkingnya dekat mukaku bersama cengkaman kuat di pipi.

''Tak Is, tak. Edry bukan kekasih gelap aku.''

''Edry bukan kekasih gelap kau? Macam mana Azril? Apa pulak hubungan kau dengan dia? Apa cagaran kau bagi dekat dia untuk suruh dia buat semua nie ha? Kau bagi tubuh kau? Itu cagaran kau?!''

''Is!!'' Teriakku kuat. Tak sangka dia sanggup menuduh aku sebegini rupa. Begitu hina aku dipandangannya.

''Kenapa? Marah? Hey betina yang sepatutnya marah tu aku bukan kau! Kau hancurkan hidup aku. Kau buat aku dan Jaslina tak dapat bersatu!''

Aku pejam mata rapat. Tangan aku tekup ke telinga. Aku tak sanggup lagi nak dengar kata kesat dari mulutnya. Mulut yang sama mengucapkan bahagia pagi tadi.

''Cukup Is, cukup..''Ujarku dalam esakkan kecil. Akhirnya Is melepaskan juga cengkaman tangannya pada pipiku.

''Jangan sampai mama dan papa aku tahu perkara nie atau kau menderita aku kerjakan.'' Lalu dia menarik kasar bantal di sebelahku dan melangkah keluar dari bilik.

Sekali lagi diri ini di uji. Dalam tubuh menggigil aku bangun melangkah ke bilik air. Aku ingin sujud kepada Tuhan. Cuma Dia yang tinggal untukku. Jika begini pengakhiran hidupku dengan Iskandar aku redha. Perasaan sayang yang baru bertandang aku simpan kemas di lubuk hati yang dalam.


Konflik start dah__but no worry sekejap je hahaha 😉 , sis harapkan vote and comment dari you guys, either you like it or not. Sis faham ada yg just selesa jdi silent reader but sometimes please comment some words to me__ gwrrr

J A S M I N NWhere stories live. Discover now