J A S M I N N - Bonus!

55.5K 1.8K 96
                                    

Seperti dijanjikan nindiaa bonus chapter of JASMINN. saya minta maaf klu menghambarkan and tak kena dengan citarasa korang. Semoga korang terhibur membaca.

◾◾◾

           AKU melemparkan ke jauh pandangan aku, ketenangan yang menyapa membuat aku tidak mahu bergerak dari sini. Melihat kehijauan padi melayarkan semua kenangan yang aku lalui sepanjang hidup.

''Sayang, jauh termenung ingat siapa?'' Sambil tangannya menyentuh perutku yang tunggu masa saja. Aku tersenyum manis memandangnya.

Betapa bersyukur yang aku rasa kini. Akhirnya Allah memberi aku kebahagian yang jauh dari aku harapkan dan hadirkan orang orang yang begitu menyanyangi aku. Segala kelukaan yang aku rasa dulu kini dibalas dengan bahagia yang tak terhingga.

Iskandar, suami yang pastinya aku tak mimpi untuk miliki kini dia menjadi yang paling berharga buatku. Setiap cinta dan sayang yang dia curahkan sungguh membuat aku manusia paling bertuah di bumi ini.

Mak, yang dulu terlalu membenci dan menyalahkan kelahiran aku kini tebar melayangkan kasih sayangnya padaku. Setiap hari kucupan kasih sayang singgah ke wajahku sebagai ganti yang tak pernah dia berikan dulu. Syakir abangku juga semakin hari semakin rapat denganku. Walaupun dia sudah berkahwin tapi dia tetap menjaga keselamatan aku jika Iskandar terpaksa pulang ke KL atas urusan kerja.

Jaslina? Siapa sangka kepergianya dulu memberi sinar baru dalam hidupnya. Dia pulang sebagai Jaslina yang baru. Yang menerima takdir yang dah di tentukan Allah s.w.t dan dia pulang dengan sebuah kemaafan. Aku dan dia menjadi semakin akrab, dia juga turut menjaga aku sepanjang di kampung. Jaslina kini cantik bertudung dan dia juga bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seseorang yang dia jumpa semasa dia pergi membawa diri, seseorang yang berjaya mengubahnya menjadi lebih baik. Aku panjat kesyukuran pada ilahi.

Kini aku menanti saat kelahiran pertama anak aku bersama Iskandar. Dalam usia perkhawinan kami nak masuk dua tahun kami di berikan rezeki anak, walaupun agak lambat tapi aku tetap bersyukur. Iskandar orang yang paling gembira dan yang paling banyak menjaga segala jenis pantang yang ibu mengandung patut buat. Lagaknya sering buat aku geli hati. Katanya ini baby pertama dan tanda cinta sebab tu kena jaga betul betul.

Aku memilih untuk melahirkan anak pertama kami di kampung walaupun mama Iskandar agak keberatan kerana dia nak jaga aku bila berpantang nanti tapi aku utarakan sebab kenapa aku nak bersalin di kampung mama Iskandar setuju juga akhirnya. Kerana di kampung tempat yang banyak mengajar aku erti hidup dan menjadikan aku seorang yang kuat. Jadi aku nak anak aku nanti turut menjadi seorang manusia yang kuat, tabah menghadapi ujiannya nanti.

''Sayang dah masuk sembilan bulan dah kan?'' Pertanyaan Iskandar buat aku berkerut.

''Yelah abang nie adui, tak nampak ke perut Minn besar macam nie.'' Omelku. Apa punya suami lah isteri mengandung berapa bulan pun tak ingat ish.

Iskandar garu kepala yang tak gatal, dia sengih. ''Sorry lah sayang abang busy sangat. Due date sayang bila?''

Mata aku juling ke atas sambil menggeleng. ''Emm...'' Aku tengok skrin Iphone 7 pluss di tangan. Iphone ni hadiah Iskandar untuk hari lahir ku yang ke 23 tahun. ''Lusa lah due date Minn,'' Jeda.

''What?!'' Aku tersentap dengan jerkahan Iskandar. Aku pandang mukanya yang dah pucat tak berdarah.

''Abang kenapa?'' Soalku risau. Tanpa menjawab soalanku Iskandar pantas mencempung tubuhku yang bertambah bebannya.

Aku tercenggang memandang Iskandar. Dadanya aku pukul perlahan. ''Abang ni kenapa? Turunkan Minn lah!''

Tanpa menghiraukan aku Iskandar membawa aku masuk ke dalam rumah. ''Sayang kenapa tak cakap kat abang due date sayang lusa?''

J A S M I N NWhere stories live. Discover now