J A S M I N N 34

50.2K 1.5K 14
                                    

Vote and comment for next updated.
____________________________________________

🍁 I wish you were told me from the start that you were gonna break my heart 🍁

◾◾◾

          TERASA ruang yang kekok antara aku dan dia. Aku hanya diam tak berkutik begitu juga dengan dia. Hanya sedutan nafas saja yang kedengaran antara kami.

__Terbeliak mata memadang tepat ke hadapan. Terasa nafas tersekat-sekat di saluran penafasanku dan terasa darah bagai berhenti mengalir di setiap pembuluh darah dalam tubuhku.

__Iskandar!

''Minn__'' mulutku hanya terkunci tanpa suara biarpun dia menyeru namaku perlahan.


Tubuhku kaku menghadapnya. Tujuh bulan perpisahan bagaikan tujuh tahun lamanya. Segala ruang rindu yang terkumpul akhirnya reda dilepaskan.

Mata itu masih tajam merenungku sama seperti dulu cuma saluran yang di kirim ke hatiku berbeza dari dulu. Akhirnya aku mengalah tunduk merenung lantai tanah di gazebo kecil halaman belakang.

''Sampai bila nak duduk dekat sini?'' Soalan itu agak dingin di ruang pendengaran aku.

Dengusan tak sengaja dariku bila mendengar soalanya. ''Kenapa cari?'' Soalan aku jawab dengan soalan.

Dari pandangan sisi aku perasan Iskandar memandang aku tajam. ''Kenapa tak nak balik rumah?'' Sekali lagi soalan di utarakan tanpa memberi aku jawapan.

''Dah balik,'' Jawabku datar. Betul lah aku pernah balik sekali.

''Cuma sekali?'' Jadi Iskandar tahu aku pernah balik?

''Dah tahu kenapa tanya?'' Soalku dingin. Sungguh bukan kedinginan begini yang aku harapkan bila kami bertemu.

Iskandar mengeluh perlahan. ''Kenapa Minn cuma balik masa abang tak ada?''

Aku telan air liur. Abang? Panggilan itu masih dia gunakan walaupun aku pergi tinggalkan dia. Aku menolehnya sekilas sebelum mata aku larikan ke arah bertentangan. Aku tak nak dia tengok air mataku mengalir. Hatiku menjadi keras semula bila berdepan dengan Iskandar. Segala nasihat Raihan habis berterbangan entah ke mana. Adakah sebab aku belum betul-betul ikhlas memaafkanya? Macam mana pula bila berdepan dengan mak nanti?

Bahuku terhenjut bila tangan kekar Iskandar menyentuh kulit tangan aku. Aku mahu menariknya tapi Iskandar menggenggam kuat. Aku cuba lagi tarik sehingga Iskandar menarik tanganku dan di lekapkan ke tengah dadanya. Matanya redup memandang aku.

Iskandar tujuh bulan lepas sangat berbeza dengan Iskandar di depan mata aku sekarang. Rambutnya mula panjang dan dagunya terdapat bulu halus. Mukanya seperti tak terurus, badanya juga sedikit kurus. Iskandar tak makan ke?

''Minn masih marahkan abang ke? Minn dah betul-betul benci dekat abang?'' Ulas Iskandar serius.

Aku hanya tunduk memandang kaki. Tak sanggup bertentangan denganya.

''Minn looked me, abang cintakan Minn, abang sungguh-sungguh cintakan Minn. Bagi abang peluang sayang,'' Iskandar membawa tanganku ke bibirnya dan di kucup bersungguh di situ.

Aku cuba menarik tanganku dari di cium Iskandar. Risau jika ada yang memandang kami, tak enak pula walaupun kami nie suami isteri yang sah.

''Is lepaslah, segan orang tengok.'' Aku cuba menolak kepalanya.

Iskandar angkat kepala dan memandang mukaku tepat. ''Abang rindu nak dengar suara Minn, abang rindu nak dengar sayang panggil nama abang.'' Matanya berkaca. Sayu pula aku dengar luahanya. Nak saja aku jerit yang aku juga rindukan dia tapi seperti ada sesuatu yang menghalang hasratku.

Aku tarik nafas yang mula rasa tersekat. ''Is kau balik lah.'' Aku tersentap dengan apa yang keluar dari bibirku sendiri. Bukan itu yang aku nak cakap sebenarnya. Ah hati kenapa kau ego sangat.

Serta-merta usapan di pipi aku berhenti. Iskandar menjatuhkan tanganya. ''Kenapa Minn? Benci sangat ke Minn dengan abang?'' Sudah berapa kali dia tanyakan soalan itu, tapi satu pun aku tak mampu jawab. Sudahnya kaki di tanah menjadi tempat mata aku berlabuh.

''Susah rupanya nak dapatkan kemaafan dari seorang Jasminn.''

Aku angkat kepala menolehnya. Adakah itu pertanda dia akan mengalah untuk mendapatkan aku? Hati aku mula rasa kecewa.

Dia memandang aku seperti seorang yang tak bermaya. ''Kalau ini yang Minn nak abang akan ikut,'' serangkap katanya buat aku rasa nak rebah ke tanah.

Bibirnya mengukir senyuman nipis. ''Kalau dengan perpisahan boleh buat Minn maafkan abang dan boleh buat Minn bahagian... abang akan pergi,''

Aku ternganga, air mata mula terbias mengalir ke pipi. Tangan Iskandar menyentuh pipiku lembut. ''Semoga Minn bahagia walau bukan dengan abang.''

Satu ciuman berlabuh di dahiku sebelum Iskandar bangun meninggalkan aku kaku di situ.

Aku geleng kepala laju. Aku tak nak Iskandar pergi, tapi tak pula kakiku pergi menghalang langkahnya, tak pula kakiku pergi mengejarnya seolah-olah kaki aku di gam di situ.

''Is....'' Airmata semakin laju mengalir menuruni pipi. ''Minn pun cintakan abang,'' Bersama air mata yang semakin laju aku rebah jatuh ke tanah. Sebelum mataku pejam rapat terdengar namaku di panggil.


''Minn!'' Suara tu, adakah suara Iskandar?



Two chapter left, finale and one bonus of Jasminn but it's gonna update two day after, that's mean no update tomorrow___hew hew.

Feel free to vote and leave some comment ya! Dah bab hujung ni comment lah sikit reader syg. I really want to know either you like or not Jasminn?

J A S M I N NWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu