J A S M I N N 21

48K 2K 39
                                    

Please vote, comment and share if you like 🙏
____________________________________________

🌟 Star can't shine without darkness, because you a star and i'm your darkness. Beautiful darkness 🌟

◾◾◾

          AKU merenung segenap alam di ruang mataku. Fikiranku masih terkenangkan arwah ayah yang baru saja pergi meninggalkan aku dan penyiksaan jiwa ditambah lagi dengan permintaan mak untuk tidak mahu melihat mukaku lagi.

Ya Allah apa lagi yang kau ingin mendugaku? Aku insan yang tampak kuat di luaran tapi sebenarnya aku lemah. Aku tak kuat untuk melalui setiap dugaanMu Ya Allah.

Setitis demi setitis air mata mengalir menangisi nasib yang sentiasa di rundung duka. Aku tahu, sekarang aku menjadi Jasminn yang lemah, Jasminn yang kuat menangis. Tapi apa dayaku? Hati aku telah remuk, hancur di badai ombak.

''Ayah...'' Aku menyeru nama yang aku rindu itu perlahan.

Aku dongak melihat langit yang sedikit redup. Kenapa secepat ini ayah pergi meninggalkan Minn? Minn dah tak ada sesiapa lagi, kenapa ayah buat Minn macam nie?

Dalam mengelamun aku tersentap bila terasa ada tangan menyentuh bahuku perlahan. Aku berpaling memandang gerangannya lalu aku memberinya senyuman.

''Minn buat apa dekat sini?'' Mama melabuhkan punggungnya disebelahku. Sebelah tangannya naik memeluk bahuku. Memberi sedikit kehangatan padaku. Alangkah indah jika mak melayanku begini.

''Minn ambil angin je ma,''

''Ambil angin sampai menangis hmm?'' Soalan perangkap mama menyebabkan aku cepat-cepat meraba pipiku. Nyata pipiku basah dengan air mata. Aku mengelapnya dengan hujung bajuku.

Mama tiba-tiba menarik tanganku dan dia pula memegang pipiku kemudian diusapnya dengan ibu jari. Aku berasa nyaman dengan sentuhan mama.

''Minn tak perlu hapuskan air mata nie. Mama tak marah Minn menangis, Minn menangis lah sepuas hati Minn. Mama tahu hati anak mama nie tengah rapuh... kalau dengan tangisan boleh buat hati anak mama nie terubat dan kembali menjadi kuat. Jadi Minn menangis lah,'' Ujar mama sayu.

Serentak itu makin lebat air mata jatuh membasahi pipi. Mama lantas menarik aku dalam dakapannya. Erat.

''Kenapa nasib hidup Minn begini?'' Tanpa sedar aku meluah isi hati yang terpendam.

''Kenapa Allah uji Minn macam nie? Minn hamba yang tak layak untuk mendapat bahagia ke? Kenapa mak bencikan Minn, apa salah Minn?''

Aku terasa pelukkan makin dieratkan. Aku pejamkan mata. Aku gambarkan yang memelukku kini adalah mak. Ya Tuhan...

''Kenapa mak benci Minn? Mak janganlah marah Minn, Minn sayangkan mak. Minn minta ampun kalau Minn buat salah dengan mak,'' Luahku dengan membayangkan aku sedang bermonolog dengan mak.

          ISKANDAR duduk berteleku di meja makan dapur sambil tangannya memusing-musing gelas yang berisi air kosong di atas meja. Fikiran melayan jauh mengenang nasib Jasminn.

Pada mulanya memang dia tiada sekelumit perasaan pun pada wanita itu, tapi hati mula memainkan peranan mencelarukan perasaannya. Dia tak pasti apa perasaannya terhadap Jasminn tapi setiap kali melihat air mata wanita itu hatinya menjadi sakit, dadanya terasa sebu dan sesak.

Dia keliru sama ada cintanya terhadap Jaslina atau tanggungjawabnya terhadap Jasminn. Tapi janji itu. Janji yang dia lafaskan pada Jasminn beberapa hari yang lepas. Iskandar menarik nafas berat. Hatinya galau, dia menjadi keliru.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now