J A S M I N N 13

44.4K 1.6K 55
                                    

🍁 Never regret anything that make you smile tomorrow, 🍁

◾◾◾

         DIA terus menolak tubuhku hingga kedalam. Aku tercenggang memandangnya. Iskandar mengunci pintu bilikku.

''Kau ni otak mereng ke apa? Kau dah ada bilik sendiri kan yang nak tidur bilik aku juga ni kenapa?!'' Memang Iskandar dah gila agaknya.

Dia mencerlung memandangku. ''Kau boleh diam tak? Bising lah,'' Ujarnya lalu dengan selamba merebahkan badannya ke katil aku.

''Is pergi lah tidur bilik kau, aku nak tidur lah,'' Rayuku. Moga dia mengerti. Tapi hampeh...

Iskandar mengangkat kepala sedikit memandang aku. ''Aku yang bayar bilik ni. So suka hati aku nak buat apa pun,'' Ujarnya sinis sengaja menyakitkan hati aku.

Aku mendengus geram. ''Okay fine, kau nak sangat tidur dekat sini kan, tidur lah. Aku boleh tidur dekat luar.'' Ujarku dingin lalu melangkah kearah pintu bilik

Belum sempat aku membuka selak pintu Iskandar menarik tanganku menghadapnya. Dia merenungku tajam. ''Dah pergi tidur.'' Intonasinya berubah kasar. Terus dia keluar dari bilik aku.

Bumm!! Bunyi hempasan pintu dari Iskandar. Amboi marah betul. Ahh lantak kau lah. Aku merebahkan badanku ke katil. Tak tunggu lama aku terus terlelap.

Aku mengeliatkan badan. Membetulkan segala urat saraf yang berselirat masa aku tidur. Aku menguap tanpa menutup mulut. Alah bukan ada sesiapa pun aku sorang je.

Aku menyelak selimut ke tepi, aku mengangkat tubuhku dari pembaringan namun aktivitiku terhenti bila terasa seperti ada sesuatu menghalangku. Keadaan bilik yang gelap menyukarkan untuk aku melihat.

Aku gigit bibir bawah. Apa benda ni... Ya Allah kau lindungilah aku Ya Allah. Perlahan-perlahan aku cuba meloloskan diri tapi tak berjaya. Pelukkan itu terlalu kemas. Tak mungkin ini Iskandar semalam dia dah aku halau.

Tak ada cara aku mesti menjerit sekuat hati biar satu hotel ni dengar. Satu....dua....tiga..

''Arghhhhhhhhhhhhh!!!!'' Dengan pantas mulutku ditekup olehnya mengunakan tapak tangan. Aku bergerak-gerak untuk melepaskan diri darinya. Kakiku menendang-nendang ke arahnya.

''Jasminn stop it!''

Suara tu.... tak mungkin Is...

Pap! Bilik tiba-tiba terang berderang. Jelas wajah Iskandar di hadapanku. Dia memandangku tajam. Tangan yang ditekup di mulutku di lepaskan kasar.

''Kau gila ke apa!! Jerit macam orang kena histeria hah!!'' Hambunya pada aku. ''Kalau semua staf sini dengar macam mana? Mana aku nak letak muka aku ni? Ei menyusahkan betullah perempuan ni?!!'' Bentaknya kasar.

Aku duduk memeluk lutut sambil muka aku tundukkan ke bawah. Tiba-tiba aku rasa sedih sangat bila Iskandar marah aku macam ni.

Bukan salah aku pun kau tu yang masuk tiba-tiba dalam bilik ni. Aku takut je... tst tst .. Aku menahan sendu.

Iskandar garu kepala kasar. Dia duduk bersila di hadapan aku. ''Sorry, aku tak sengaja nak marah kau,'' Suaranya mula perlahan tak seperti tadi.

Tanpa menghiraukannya aku turun dari katil. ''Minn....'' Iskandar menahan tangan aku.

''Aku nak solat subuh,'' Ujarku perlahan dengan muka masih menunduk.

Iskandar meraup mukanya. Dia menarik aku untuk duduk kembali. ''Duduk kejap,''

''Aku nak sola...''

''Please sit,'' Bisiknya seperti tidak bermaya. Malas nak panjangkan cerita aku hanya menurut.

Dia menarik aku duduk menghadapnya dan aku hanya menurut. ''Semalam lepas aku keluar dari bilik kau aku tak masuk pun bilik aku lagi, aku tunggu depan pintu bilik kau..'' Aku memandangnya sambil berkerut kening.

''Aku tak tahu kenapa, cuma aku tergerak hati nak tunggu beberapa minit depan pintu bilik kau. After a few minute I go to check your door, either you locked it or not but my thought was right you didn't lock it . Pastu aku buka pintu bilik kau dah gelap and aku cek kau dah tidur tapi tak kunci pintu. Sebab tu aku buat keputusan untuk tidur dalam bilik kau je semalam, sorry.''

Hah? Aku tak kunci pintu? Aku tercenggang seketika. Macam mana kau boleh secuai ni Minn? Nasib baik Iskandar kalau orang lain. Ish.

''Tapi tu bukan satu tiket untuk kau tidur dalam bilik aku kan?'' Serkapku pada Iskandar.

Iskandar seperti kelu untuk berkata. Dia mengosok belakang tengkuknya. ''Erk.. I just can't sleep without my bantal peluk.'' Ujarnya bersama sengihan kecil.

Aku tercenggang. What the? Kau anggap aku ni bantal peluk kau.

''Apa, kau ingat after a few month we sleep together aku boleh biasakan diri tak ada kau as bantal peluk aku?''

Aku mencebik. ''Eleh, yang pergi tempah bilik asing-asing siapa suruh?'' Omelku perlahan.

''I hear that Minn,''

Aku pekakkan telinga. ''Dah lah aku nak pergi solat,'' Lalu aku bangun berdiri. Belum sempat kakiku melangkah tiba-tiba Iskandar menarik tanganku.

''Minn....''

Aku mendengus geram. Aku berpaling memandangnya. ''Apa lag...''

Belum sempat bicaraku habis Iskandar terus menarik aku kedalam pelukkannya. Hangat. Untuk seketika aku terbuai. Tapi untuk apa pelukkan ini?

Tangan Iskandar kemas dipinggangku manakala satu lagi naik membelai rambutku lembut. Terasa tubuhku menegang dan darahku berhenti mengalir. Aku terdiam seketika.

Aku dapat rasakan sentuhan hangat di leherku membuatkan aku mengeliat kegelian dengan salingan nafsu yang datang mencucuk tiba-tiba. Aku tak pernah merasakan semua ni. Sentuhan Iskandar, belaian Iskandar betul-betul mendamaikan aku ketika ini.

Dia meramas pinggangku perlahan. Automatik tanganku naik membalas pelukkannya. Aku meramas belakang badannya perlahan.

''Is....'' Seruku perlahan. Tolong Is hentikan, aku tak mahu kalah dengan nafsuku.

''Shuu...'' Serentak dengan ciuman lembut di leherku. Kenapa rasa seperti ini mendamaikan.

''Emm'' Aku cuba sembunyikan rasa yang kian bergelodak dalam jiwaku. Iaitu nafsu.

Perlahan-lahan ciuman singgah pada belakang telinganku kemudian jatuh ke pipiku. Untuk seketika Is meletakkan bibirnya di tepi bibirku, antara bibir dan pipi.

Aku dapat rasakan bulu romaku merending meremang. Pertama kali aku dapat rasakan sentuhan sensual biarpun ianya sekadar sentuhan biasa.

''Is....emm'' Terus mulutku terkunci bila bibirnya rapat menekap bibir mulusku. Mataku membulat dengan sentuhan tiba-tibanya.

Aku dapat rasakan urutan lembut pada bibirku. Bibirku hanya terkatup rapat tanpa melakukan apa-apa pergerakkan. Aku terbuai dengan sentuhannya.

Namun ianya hanya sekejap bila aku teringat yang aku belum solat subuh dan waktu dah nak dekat habis. Bertuah betul lah Iskandar masa ni dia nak menggoda aku. Aku menolak dia perlahan.

Dia tersentap memandang aku. Seperti dia juga baru tersedar akan perlakuannya yang tersasar jauh.

''Kita tak solat subuh lagi ni, waktu dah nak dekat habis,'' Aku terus mengatakan niatku sebelum dia salah faham.

Iskandar mengangguk kepala. Dia berdeham seketika. ''Erk.. Aku balik mandi dekat bilik aku kejap, nanti kita solat sesama ye,'' Usulnya.

Aku hanya angguk kepala kerana aku juga masih malu dengan apa yang berlaku tadi. Aku menghela nafas lega bila Iskandar sudah keluar dari bilikku.

''Minn... apa kau dah buat ni?'' Aku mengetuk kepalaku sendiri.

____________________________________________

Seperti janji sis pada seseorg u know who u are hahaa sis update 3 bab mlm nie.  Kalau jln ceritanya menghampakan sis minta maaf bebyk ye I lost of idea. Sis cuba cari blk ilham sis.

Just that for tonight. Will update more soon 😄

P/s Iskandar nie main cikucat pulak dengan Jasminn ye .

J A S M I N NWhere stories live. Discover now