Jasminn special 8

24.2K 980 109
                                    

17 sep 2017


JASMINN : THE LAST FATE

JASMINN : THE LAST FATE

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Jasminn : book two

~ Dia bukan derita, tapi bidadari kesayangan Tuhan ~


             SEMAKIN rapat di tarik tubuhku dengannya. Tangannya semakin di perkemaskan di pinggangku. Aku pejam mata rapat dan biarkan nafasnya bergolak menghembus belakang leherku.

'' kenapa sayang tak nak percaya dekat abang? Sayang dah lupa janji kita? ''

Dia kemaskan lagi pelukannya. Aku sembunyikan mukaku yang basah dengan air mata di sebalik bantal.

Bukan aku yang lupa, tapi kau lupa Iskandar. Kau lupa yang kau seharusnya jujur dengan aku walau apa pun. Dan rasanya sakit sangat bila kau tak jujur.

'' abang minta maaf sebab tinggikan suara dekat sayang, tapi abang tak nak kita macam ni. ''

Satu ciuman singgah di belakang leherku. Tanganya pula mengusap perutku. Tapi itu langsung tak boleh melembutkan hati aku yang sedang terluka sekarang.

Aku tarik tangannya. '' saya nak tidur. ''

Ye. Aku cuma mahu tidur saja sekarang ni, penat menangis dan aku letih. Mataku terasa berat. Aku harap sangat bila aku bangun esok semua ni hanya sebuah mimpi. Aku berharap sangat.

Tangan yang tadi sudah jauh dariku kembali memeluku erat. Aku leraikan lagi tangannya dan cepat-cepat aku tarik selimut hingga ke paras leher. Menutup habis tubuh aku.

Tapi memang aku sedia maklum Iskandar bukan sejenis yang menurut. Dia menarik tubuhku lagi rapat dan memeluk penuh sisi tubuhku. Dua belah lengannya melingkar ke tubuhku.

'' cakap dekat abang kalau sayang nak abang melutut abang akan melutut asalkan sayang maafkan abang dan percayakan abang. ''

Tak semudah itu.

Aku tarik nafas sesak. '' saya nak tidur. '' sekali lagi ku beritahunya dengan suara perlahan dan bergetar. Nafasku juga tak teratur kerana memendam air mata.

Dia mengeluh. '' sayang tidur lah, I just want tell you that I'm only love you. ''

Tepi telingaku dia cium. '' abang tak kan tinggalkan sayang, ''

Aku pejam mata rapat. Alangkah indah jika luahan ini bukan waktu kami bersengketa begini. Pasti aku wanita paling bahagia.

Dahiku pula di cium. '' i love you, ''

Dan pastinya itu lagi membuat aku semakin sakit.



            '' SORRY lah eh, terpaksa menyusahkan korang berdua lagi. ''

J A S M I N NOù les histoires vivent. Découvrez maintenant