TEASER 1

38.2K 1.3K 4
                                    

''Mak bersalah...'' Mak mengesat air mata dengan lengan baju. ''Jasminn tak salah apa-apa, kelahiran dia bukan satu kesalahan. Tapi mak yang bersalah tak dapat menerima takdir ketentuan ilahi,'' Mak menangis tersedu-sedu.

Iskandar masih dalam posisi yang sama. Berdiri sambil menyeluk tangan ke dalam pokek seluar. Aku pengang dada menahan debar di dada di sebalik dinding. Apa maksud mak, Jasminn tak faham?

Mak mengesat sisa air mata di pipi tuanya. ''Mak menganggap kelahiran Jasminn satu musibah, satu malang petaka...''

Allah... aku jatuh terduduk. Air mata tak dapat ku bendung lagi, terus jatuh membasahi pipi. Apa salah Jasminn mak? Sampai macam tu sekali mak menganggap Jasminn?

''Lepas Jasminn di lahirkan macam-macam yang terjadi dalam hidup kami. Nenek, atuk dan abang no dua Jasminn meninggal dalam kemalangan semasa nak datang melawat mak di hospital. Ayah Jasminn jatuh bankrup dan pernah di penjarakan atas tuduhan rasuah. Kami jatuh miskin dan di hina oleh masyarakat...''

Air mata ku jatuh berderai. Tapak tangan aku tekup pada mulut agar esakkanku tak kedengaran. Tubuhku menggigil menahan rasa sebak dan sedih. Nak saja aku meraung pada alam. Bertapa sakitnya hatiku kini.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now