J A S M I N N 29

49.5K 1.6K 10
                                    

Please vote and comment for next update~
____________________________________________

🍁 Kau datang bagaikan pelangi, kau pergi bila mentari tiba 🍁

◾◾◾


          ''IS bila nak bawa balik Jasminn?''

Iskandar menoleh mamanya. ''Kenapa mama dah rindu Jasminn ke?''

''Eh mama mesti lah rindu kat menantu mama seorang tu, sunyi tau mama Minn tak ada. Is tu tak rindu ke dekat isteri?''

Iskandar garu pelipisnya. Soalan cepumas mama nie lah soalan yang paling susah sekali nak jawab walau dah ada jawapannya. ''Erk.. Is biasa-biasa je,'' Ahh ego betul kau nie Iskandar. Is mengutuk diri sendiri.

Mama senyum sinis. ''hem yelah tu biasa-biasa, macam lah mama tak nampak  macam mana selekehnya kamu sejak Minn tak ada nie. Rindu cakap lah rindu.''

Iskandar pandang mamanya tak percaya. Eh mama aku nie, handsome macam nie dia kata selekeh. ''Ada-ada je mama nie.''

''Is, apa pun masalah yang kamu hadapi selesaikan dengan kematangan. Jangan bawa masalah tu berlarutan hingga tak boleh nak selesaikan lagi. Bila tiba masa tu semuanya dah terlambat, nak sesal pun tak ada guna dah.''

Bahaya nie bila mama dah start mem-scan apa yang dalam fikiran aku. ''Tak ada apa lah mama. Semua okay je,'' Iskandar cuba berseloroh lagi.

Mamanya senyum. ''Is ingat mama tak tau, yang Is dan Jasminn sedang bermasalah hmm.''

Kan. Dah kata mama nie memang bahaya aish. ''Mama Is...''

''Pergi pujuk Jasminn. Mama tahu anak mama nie dah mula sayangkan Minn. Mama doakan yang terbaik untuk Is dan Minn.'' Lalu Iskandar memeluk mamanya erat. ''Terima kasih mama. Esok Is balik kampung,'' pelukan dileraikan.

''Esok kan hari khamis Is tak kerja ke?'' Soal mamanya pelik.

''Esok Is kerja, tapi Is kan boss.'' Ujar Iskandar selamba. Mamanya menggeleng.



          TERKEJUT aku bila melihat kereta toyata vios Iskandar memasuki halaman rumah. Dah lah nak datang tak bagitahu. Mak menjemput Iskandar masuk sementara aku hanya diam di sebelah mak.

''Is duduk lah dulu, mak ke dapur buat air.'' Ajak mak. Namun aku cepat-cepat menengah mak.

''Eh mak tak apa mak duduk sini biar Minn yang buat air,'' Cadangku hanya alasan untuk mengelak dari Iskandar.

Mak memukul tanganku perlahan. ''Eh budak nie. Suami Minn datang tu pergi layan suami biar mak yang pergi buat air,'' Ujar mak terus berlalu ke dapur.

Aku mencebik. Mak nie, bukannya nak tolong. Aku hanya memandang Iskandar sekilas kemudian aku pusing untuk ke bilik. Namun langkahku terbantut bila Iskandar memanggil.

''Minn, sini lah kejap.'' Pamit Iskandar. Aku mengeluh, kalau boleh malas nak pandang muka dia.

''Nak apa?'' Tanyaku mendatar.

Iskandar senyum menggoda. ''Nak kau, boleh?''

Aku mendengus. ''Memain.'' Aku pusingkan badan kembali.

''Okay sorry, aku gurau je. Please come sit here!'' Memang tak berubah Iskandar nie. Perangai suka mengarah orang tu memang tak boleh nak buang langsung. Aku berjalan menghampiri dia dan duduk di kerusi untuk satu tempat duduk. Manakala Iskandar duduk di kerusi dua tempat duduk.

''Suka duduk jauh-jauh kan?''

''Kenapa datang sini?'' Aku abaikan omelan Iskandar.

Dia menggeleng perlahan. ''Kenapa aku tak boleh datang?''

J A S M I N NWhere stories live. Discover now