J A S M I N N 30

50.2K 1.5K 6
                                    

🍁 Setiap kesakitan yang kau beri aku bawa hingga ke mati~Jasminn 🍁

◾◾◾


          ''MAK BERSALAH....'' Mak mengesat air mata dengan lengan baju. ''Jasminn tak salah apa-apa, kelahiran dia bukan satu kesalahan. Tapi mak yang bersalah tak dapat menerima takdir ketentuan,'' Mak menangis tersedu-sedu.

Iskandar masih dalam posisi yang sama. Berdiri sambil menyeluk tangan ke dalam pokek seluar. Aku pegang dada menahan debar di dada di sebalik dinding. Apa maksud mak, apa yang tak salah?

Mak mengesat sisa air mata di pipi tuanya. ''Mak menganggap kelahiran Jasminn satu musibah, satu malang petaka...''

Allah... aku jatuh terduduk. Air mata tak dapat ku bendung lagi, terus jatuh membasahi pipi. Apa salah Jasminn mak? Sampai macam tu sekali mak menganggap Jasminn?

''Lepas Jasminn di lahirkan macam-macam yang terjadi dalam hidup kami. Nenek, atuk dan abang no dua Jasminn meninggal dalam kemalangan semasa nak datang melawat mak di hospital. Ayah Jasminn jatuh bankrup dan pernah di penjarakan atas tuduhan rasuah. Kami jatuh miskin dan di hina oleh orang kampung...''

Air mata ku jatuh berderai. Tapak tangan aku tekup pada mulut agar esakku tak kedengaran. Tubuhku menggigil menahan rasa sebak dan sedih. Nak saja aku meraung pada alam. Bertapa sakitnya hatiku kini. Bila kelahiranku dipersalahkan atas kejadian malang yang menimpa keluarga ini.

Aku terduduk di sebalik dinding sambil menangis teresak-esak.

''Macam-macam lagi pekara buruk yang terjadi sejak Jasminn dilahirkan sampai mak.... menganggap kehadirannya sial dalam rumah nie. Sampai mak abaikan dia, menghina dia dan tak adil pada dia,'' Usai berkata aku dengar tangisan kuat dari mak.

Aku bawa tanganku yang menggigil meraup muka. Aku lepaskan tangisanku di tapak tangan. Ya Allah, kenapa kau jadikan takdir hidup aku begini? Kelahiranku nie satu malang petaka Ya Allah? Aku susahkan banyak orang. Aku susahkan mak, aku susahkan ayah dan sekarang aku susahkan Is. Apa aku harus tinggalkan Is supaya aku tak membawa sial pada hidup dia? Ya Allah bertapa pedihnya hati nie.

Rintihku sendiri. Aku bawa lutut rapat ke dada. Aku letak muka ke lutut melepaskan segala rasa derita yang aku tanggung. Peritnya hidup nie Ya Allah.

 Peritnya hidup nie Ya Allah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

''Mak.. Jasminn tak bersalah mak, apa yang terjadi nie takdir Allah,'' Suara Iskandar kendur. Betapa pedih hatinya mendengar apa yang keluar dari mulut mak mentuanya.

Dia tak sangka begitu perit kehidupan yang terpaksa di tanggung isterinya. Dia tahu dia juga bersalah kerana melayan Jasminn dengan teruk dan dia yakin dia bertambah bersalah setelah tahu apa yang ditanggung oleh isterinya.

Mak Yah mengangguk kepala. Tangan di bawa meraup ke muka. ''Mak tahu. Mak bersalah, mak bersalah sangat. Mak tahu Jasminn derita, Jasminn sedih, tapi mak butakan mata butakan hati untuk melihat dia. Mak kejam Is, mak kejam,'' Mak Yah meraung kuat. Dia menyesal atas segala layanan buruknya pada Jasminn sebelum ini.

Iskandar menghampiri mak Yah. Bahu wanita itu di peluk dan di gosok perlahan. ''Kita bersalah mak, Is juga bersalah. Kita tak pernah ambil tahu apa yang Jasminn rasa. Tapi masih belum terlambat untuk buat semua tu, Is yakin hati Jasminn lembut.'' Ya dia tahu Jasminn akan maafkan segala kesalahan mak nya.

Walaupun perwatakan Jasminn kasar tapi dia tahu hati Jasminn lembut dan mudah tersentuh. Sikap kasar dia hanya untuk menutup perasaan sebenar dia.



          AKU menyedut kembali hingus yang mahu keluar. Setelah puas melepaskan segala kesedihan di bantal aku bangun mencapai beg baju. Tanganku cekap melipat dan memasukkan baju ke dalam beg.

Jika kelahiran aku satu malang petaka jadi biarlah aku pergi. Jika kehadiran aku menyusahkan jadi biarlah aku melenyapkan diri dari pandangan mereka. Aku berhenti sebentar dari tugasku bila hingus masih galak menuruni ke hidung, aku sedut kembali hingus dan menyambung memasukkan baju dalam beg.

Krek! Bunyi pintu kayu di buka. Tanpa aku menoleh aku tahu siapa. Terasa katilku berhenjut.

''Minn, kenapa masukkan baju dalam beg?'' Sesungguhnya aku malas mahu bercakap dengannya. Bukan, aku malas bercakap dengan sesiapa pun. Kalau boleh aku tak nak bercakap langsung, biar aku jadi bisu pun tak apa.

Astaghfirullah. Aku beristighfar dalam hati.

''Nak balik kuala lumpur lah,'' Ucapku tanpa memandangnya.

''Lah aku tak paksa pun kau balik. Kalau kau nak duduk sini lagi, duduk lah.''

''Tak apa aku ikut kau balik je.''

''Kau okay ke mak tinggal sorang-sorang,''

Tanganku berhenti dari melipat baju. Aku tarik nafas berat. Memang aku tak sampai hati nak tinggal mak, tapi hati aku sakit sangat sekarang nie.

''Aku dah call syakir, suruh dia balik teman mak pulak. Lagipun mak dah okay,''

Kerja melipat terhenti semula bila tangan Iskandar berada di bahuku. ''Kalau kau nak teman mak tak apa lah, aku kesini bukan nak paksa kau balik.'' Ish Iskandar nie kenapa.

Aku menepis tangannya di bahuku kasar. Aku tahu dia mungkin tersentap dengan tindakkan aku. ''Kalau kau tak bagi aku tumpang kereta kau tak apa aku balik sendiri naik bas,'' Sebenarnya segan juga nak balik ke rumah Iskandar, tapi aku tak tahu harus ke mana jadi aku terpaksa tebalkan muka mengikutnya balik.

''Minn kenapa cakap macam tu, aku tak cakap pun kau tak boleh naik kereta aku kan?''

Jadi kenapa kau macam tak bagi aku balik ke sana ataupun kau memang tak nak aku balik ke sana lagi sebab kau akan kahwin dengan Jaslina tak lama lagi?

Ntah kenapa aku menjadi sakit hati sendiri. ''Dah lah aku nak tidur,'' Ucapku dingin. Lalu aku memanjat katil dan tidur membelakangkannya. Aku dengan keluhan dari Iskandar.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now