J A S M I N N 24

44.3K 1.9K 61
                                    

Please vote, comment and share if you like 🙏
____________________________________________

🍁 Aku benci kerana aku sayang, aku kecewa kerana aku cinta. 🍁

◾◾◾

          __AKU memohon padamu Tuhan hapuskan semua penderitaanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          __AKU memohon padamu Tuhan hapuskan semua penderitaanku. Aku mohon padamu Tuhan beri aku kekuatan. Aku bersujud padamu Ya Allah.

ISKANDAR mendekat wanita yang menelifonnya pagi tadi. Tapi dahinya berkerut bila melihat ada seorang lelaki lain disisinya.

''Jaslina?'' Matanya tajam menikam pada wajah lelaki dihadapannya kini. Untuk tujuan apa Jaslina bawa dia berjumpa dengan lelaki ini?

''Sayang, finally you came. I ada benda penting nak bagitahu you.'' Mata Iskandar tak lepas lagi memerhati lelaki di hadapannya kini.

Perasaan akan pandangan Iskandar, Jaslina bersuara. ''Sayang kenalkan ini Edry, teman spesial Jasminn.''

Penjelasan Jaslina membuat Iskandar terkesima. Barulah matanya beralih memandang Jaslina. ''Apa maksud you?''

''Edry kau bagitahu Iskandar apa yang kau bagitahu aku. Sayang Edry nie kekasih gelap Jasminn kalau you nak tahu.''

''What! Nonsense! Tak mungkin. Woi kau nak apa ha? Baik kau cakap betul-betul sebelum aku pecahkan muka kau!''

''Sayang! You tak percaya dekat I ke?''

Iskandar geleng kepala. Susah dia nak percaya. Tak mungkin Jasminn macam tu. Edry hanya diam tak berkutik.

''Edry bagitahu Is perkara yang sebenar?'' Desak Jaslina. Edry seolah serba-salah untuk membuka mulut.

''Bagitahu apa?!'' Soal Is dengan suara tinggi.

Jaslina mendengus geram melihat kebisuan Edry. ''Sayang, perempuan tak guna tu perangkap you supaya you kahwin dengan dia. Dia sengaja nak pisahkan kita sebab dia cemburu dengan I. Dia yang rancang semua nie supaya you kena tangkap basah dengan dia!''

Iskandar terpempam. Terbeliak matanya memandang Jaslina. Serentak itu baju Edry dicengkam dan ditarik kasar. Sebelah tangannya mengenggam penumbuk. Dengan dada berdegup lagu dia merenung Edry tajam.

''Kau cakap dekat aku, apa tujuan kau buat semua nie! Aku tahu kau sengaja nak fitnah Jasminn kan?!'' Pekik Iskandar ke muka Edry.

Jaslina menarik tangan Is dari cengkaman baju Edry. Dia benci melihat perubahan Edry yang dia tak sangka. Ternyata Iskandar tak percayakannya malah percayakan perempuan perampas tu.

''Edry cakap lah!'' Dia mengetap gigi geram kearah Edry.

''Kau cakap cepat, sebelum hancur muka kau aku kerjakan!'' Marah Iskandar sampai kemuncaknya.

Cepat-cepat Edry angguk kepala. Kecut juga tengok muka Iskandar yang bengis begini walaupun dia juga lelaki. ''Be..betul, Jasminn perangkap kau. Dia upah aku untuk perangkap korang berdua.''

Cengkaman di baju Edry di lepaskan, perlahan punggungnya dilabuhkan di kerusi. Matanya tajam lurus kedepan. Amarahnya kian memucak. Bibir bawah digigit geram. Hidungnya kembang kempis menahan dada yang mula berombak kasar.

Jasminn... Aku pantang orang menipu aku. Kau silap besar Jasminn.

''Arghhhhh!!!'' Iskandar meramas kasar rambutnya. Habis barang di meja kerjanya ditepis jatuh kebawah.

Buk! Tumbukannya tepat di atas meja. ''Kenapa Jasminn, kenapa kau buat aku macam nie?!''

Dia bangun menuju tingkap. Satu lagi tumbukan dilepaskan di cermin bilik pejabatnya. Dahinya disandarkan di cermin berlapikan lengan kirinya manakala tangan kanan dijadikan bentuk penumbuk dan dilekapkan pada cermin.

Kau bermain api Jasminn. Kau tak kenal lagi siapa aku.

''Bodoh!! Kenapa lepas aku yakin untuk serahkan hati aku pada kau semua nie terbongkar. Apa rancangan kau Jasminn?''

Serta dengan itu berdas-das tumbukkan di lepaskan di cermin. Nasib baik cermin itu kekar dan tebal tidak lut hanya dengan tumbukan.

''Aku benci kau! Aku benci kau!!!'' Jerit Iskandar kuat. Melepaskan rasa sakit di dadanya. Sakit di tipu. Tapi betul ke Jasminn menipunya?

  

          JAM menunjukkan pukul 11:45 malam. Tapi batang hidung Iskandar tak nampak pun. Lepas apa yang terjadi semalam masing-masing mengelak untuk bertembung.

Aku pun tak perasan bila masa Iskandar pergi kerja. Bangun-bangun je mama cakap Iskandar dah keluar dulu. Nasib baik mama tak mengesyaki apa-apa. Kalau tak jenuh aku nak menjawab.

Aku duduk di balkoni bilik Iskandar. Angin malam yang menyapa mukaku sangat mendamaikan, kalau kat kampung nie mesti seronok.

Ahh, kampung? Aku masih ada hak ke kat kampung tu lepas mak menghalau aku dan tak mengaku aku anak dia.

Aku mengeluh, agaknya apa nak jadi dengan hidup aku nie. Lepas satu, satu masalah datang. Aku tak tahu apa akan terjadi pada hubungan aku dengan Iskandar.

Lamunanku terhenti bila mendengar pintu bilik di buka dari luar. Aku bangun dan keluar dari balkoni, melihat Iskandar berusaha menguraikan ikatan tali lehernya. Dia tak perasankan aku.

Masa bila Iskandar balik pun aku tak sedar nampak sangat aku mengelamun jauh. Aku menghampiri Iskandar. Aku bertekad untuk menyelesaiankan masalah yang terjadi nie. Tak ada guna kalau dua-duanya ego.

Aku telan air liur yang mula terasa kelat. ''Is?'' Panggilku perlahan.

Iskandar tersentap kemudian menyambung kembali 'kerjanya'. ''Is, kita perlu berbincang.'' Tuturku perlahan.

Iskandar mencampak tali leher yang berjaya dia leraikan ke bakul baju kotor. Kini tangannya berkerja untuk membuka butang baju. Aku tahu dia sengaja menyibukkan dirinya.

''Is kita perlu berbicang, aku tak nak benda nie berlarutan.'' Ujarku sekali lagi. Kini lebih berani. Biar Iskandar menjadi api dan aku akan menjadi airnya. Memadam api kemarahannya.

Iskandar pusing menghadapku dengan dengan muka bengisnya. Aku hanya membalas dengan pandangan sayuku.

''Aku tak rasa aku perlu berbincang dengan perempuan murah macam kau!'' Zapp! Tepat menikam ke dalam jantungku.

Ya Allah, begitu besar marahnya padaku. Aku kerdipkan beberapa kali sebelum aku menentang pandangannya semula. Aku tak mahu jadi seperti dulu, melawan apa jua yang mereka lemparkan pada aku semata-mata untuk menunjukkan aku nie kuat padahal tidak.

''Aku tak tahu apa salah aku pada kau. Sumpah demi Tuhan aku tak perangkap kau. Aku tak tahu macam mana semua tu boleh terjadi, tapi aku tak buat apa-apa Is.''

Is mencengkam lenganku kuat. Kalau tak fikirkan ini rumah mama dah lama aku menjerit sekuat hati aku. ''Jangan kau nak bersumpah depan aku! Perempuan macam kau tak layak nak sebut nama Tuhan. Pergi, jangan tunjuk muka kau depan aku!''

Sedikit penolakkan dari Iskandar menyebabkan aku terdorong sedikit kebelakang. Iskandar melangkah ke kamar mandi, seketika dia berpaling memandangku.

''Tak lama lagi aku akan kahwin dengan Jaslina. Jadi aku tak nak tengok muka kau dekat sini nanti.''

Dum!

Tubuh melorot jatuh ke lantai. Ya Allah terlalu cepat semua dugaan yang kau datangkan padaku. Aku tak kuat Ya Allah, aku tak kuat. Aku teresak dengan kepalaku menekur lantai.

Please don't hate my iskandar 😂 . Seperti biasa vote and comment kalau sudi kalau tak pun tak apa 😳

J A S M I N NWhere stories live. Discover now