J A S M I N N 11

42.9K 1.6K 36
                                    

🍁 Every day might not be good, but there's must have something good in every day. 🍁

◾◾◾

''SAYANG...'' Panggilan mesra itu membuat aku dan Iskandar menoleh.

Betapa terkejutnya aku bila melihat Jaslina datang menghampiri kami. Macam mana dia boleh ada dekat sini, dekat sabah? Aku menoleh Iskandar di sisi membuat aku menjadi bukam. Senyuman di bibir Iskandar menjelaskan semuanya.

Jadi dia ke sini bukan nak luang masa dengan aku. Dia sudah ada rancangan dengan Jaslina. Aku hanya di perbodohkan oleh mereka berdua. Aku senyum senget, dalam hati sudah pelbagai rentak bermain.

''Sayang why you so late? Penat tau I tunggu sorang-sorang,'' Ujarnya dalam nada manja. Jaslina memeluk lengan Iskandar dan menariknya meninggalkan aku yang terkebil-kebil di belakang.

''Sayang kejap,'' Iskandar pusing menoleh memandang aku di belakang. Dia menarik lengannya dari pelukkan Jaslina. Jaslina mendengus geram dan membawa tangan memeluk tubuh.

Iskandar datang menghampiri aku. Dia menghulurkan segugus kunci kepada aku. ''Nah, ni kunci bilik kau.'' Aku memandangnya kelam. ''Kita tidur bilik asing, tapi jangan risau bilik aku kat sebelah bilik kau je so ada apa-apa nanti kau datang je bilik aku.''

Aku memandang kunci di tanganku. Jadi aku dan Iskandar tidur bilik asing. Aku tak kisah tapi macam mana kalau mama tahu pasti mama kecewa. Baru je beberapa hari lepas Iskandar bagitahu yang dia tak akan buat sesuatu yang akan buat mama dia kecewa. Tapi hari ni membuktikan Iskandar hanya berkata-kata. Jadi aku lah ni yang bodoh percaya cakapnya.

''Sayang cepat lah, biar je lah dia ni pandai lah dia nak hidup,'' Jaslina menarik-narik lengan Iskandar. Dia menjelingku tajam.

Aku sebenarnya kesian dekat Jaslina. Dia terlalu cintakan Iskandar dan sepatutnya dia yang berkahwin dengan Iskandar. Tapi aku yang mengacau bilau semuanya. Tapi sekarang patut ke aku kesian dekat dia atau aku yang patut dikasiankan kerana aku isteri Iskandar dan aku di tinggalkan sendirian.

''INI bilik kau dan sebelah ni bilik aku, kalau ada apa-apa ketuk je bilik aku,'' Nasihat Iskandar yang dah berapa kali aku dengar pun aku tak tahu lah. Dia ni risaukan aku ke apa?

Jaslina setia menjeling aku di sisi Iskandar. Aku abaikan saja. ''Sayang perdulikan budak ni boleh tak! Kita datang sini sebab nak spend time together kan?'' Ujar Jaslina dalam nada merajuk. Cemburu kut sebab dari tadi Iskandar nasihat aku itu ini.

Aku menggeleng kepala lalu memasukkan kunci ke dalam lubang pada tombol pintu.
''Sayang, ni kan adik you. Lagipun keselamatan dia bawah tanggungjawab I, kalau jadi apa-apa I nak jawab apa dekat mama emm?'' Iskandar memengang dagu Jaslina memujuk.

Jaslina mencebik. ''She's not anymore after she takes you from me!''

Aku hanya memandang dari sisi. Aku hanya buat lagak biasa walaupun dalam hati aku rasa nak hilangkan diri dari situ.

Aku masuk ke dalam bilik tapi sebelum aku menutup pintu bilik aku mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Jaslina membuat aku ingin rebah ke lantai.

''I tak suka perempuan perampas tu dekat dengan you, I jijik tengok muka dia!''

Aku terus tutup pintu. Aku tak tahu apa balasan dari Iskandar tapi lantaklah. Kalau boleh aku balik je rumah mama dan tak nak pergi mana-mana. Sekurangnya di rumah aku jauh dari orang yang suka mengherdik dan menghina aku.

''SAYANG I tak suka lah you cakap macam tu dekat adik you.'' Kata Iskandar selepas mereka berjaya masuk ke dalam bilik.

Jaslina menghenyakkan punggungnya di katil Iskandar. ''Yang you nak back up dia tiba-tiba kenapa?'' Pangkah Jaslina. Dia benci melihat Iskandar mengambil berat pasal adiknya itu dan dia lebih takut sekiranya Iskandar akan jatuh cinta pada Jasminn.

Iskandar menghela nafas lelah. Dia mengambil tempat di sebelah Jaslina. Dia meletakkan tapak tangannya pada tangan Jaslina. ''Bukan I nak back up dia, I cuma tak nak you terlalu kasar dengan adik you tu'' Pujuk Iskandar perlahan.

''Berapa kali I nak cakap dia bukan adik I, I tak nak perempuan teruk, perempuan perampas tu jadi adik I. You tahu kan perangai dia tu macam mana? Dia memang tak boleh tengok I bahagia tau, dia selalu cemburukan I!'' Ujar Jaslina dalam nada marah.

Iskandar menggeleng perlahan. Dia tahu dia tak salah menilai tapi sepanjang dengan Jasminn dia tak nampak pun apa yang di ceritakan Jaslina padanya terdapat pada Jasminn. Jasminn tak langsung seperti apa yang Jaslina ceritakan.

Tapi dia tak tahu apa punca Jaslina dan keluarganya sangat membenci Jasminn. Dia tekad untuk siasat. Termasuk punca Jasminn datang ke biliknya pada petang tu sehingga mereka di tangkap basah.

Sekiranya Jasminn yang perangkapnya maka dia yang salah menilai Jasminn dan apa yang Jaslina cakap itu betul. Tapi jika sebaliknya maknanya ada yang memusuhi mereka. Tapi siapa?

J A S M I N NWhere stories live. Discover now