J A S M I N N 35 - end

59.5K 1.7K 50
                                    

Vote and comment for next update
____________________________________________

🍁 For all the things my hands have held the best by far is you 🍁

◾◾◾

          AKU buka mata perlahan, dengan kepala yang tiba-tiba terasa berdenyut aku cuba gagahkan untuk bangun bersandar di kepala katil. Mata aku menerawang sekeliling, aku masih di bilik yang aku menetap selama tujuh bulan lebih. Mataku mencari Iskandar, kalau tak silap tadi Iskandar ada dengan aku. Bunyi pintu bilik mengalih mataku ke situ.

''Minn dah sedar?'' Aku kecewa bila bukan orang yang harapkan membuka pintu. Aku mengeluh tunduk.

Kak Jiha duduk di sisi katil dan mengambil tanganku di riba. ''Okay ke tak ni?'' Soalnya sekali lagi.

Aku hanya mengangguk kecil dengan kepala masih menunduk. Sungguh aku hanya ingin menangis je sekarang. Kenapa Iskandar pergi tinggalkan aku? Kenapa dia tak berusaha pujuk aku?

''Minn bersabar ye, semua ujian Allah bagi ni sebab dia tahu Minn kuat.'' Kata-kata kak Jiha membuat air mata aku mengalir laju ke pipi dan tangisan aku tak berselindung lagi dari kak Jiha.

Kak Jiha menarik aku ke dalam pelukannya, aku tak membalas tapi aku lepaskan tangisan di bahu kak Jiha.

''Kalau sebab kuat Allah turunkan ujian, orang dah tak nak jadi kuat, orang nak jadi manusia yang lemah!'' Ucapku sedikit terbit perasaan marah di hati.

Kak Jiha mengosok belakang badanku. ''Astaghfirullah Minn istighfar tak baik cakap macam tu dik. Ingat setiap manusia yang hidup dekat dunia ni pasti di uji.''

Aku teresak di bahu kak Jiha. Aku tahu, tapi aku tak kuat lagi. Aku penat dengan semua ujian ni.

Kak Jiha menolak tubuhku perlahan. Air mataku di sapu perlahan. Perbuatanya buat aku teringat pada Iskandar. ''Minn solat ye, minta ampun pada Allah. Doa banyak banyak supaya Allah bagi petunjuk pada Minn,'' Katanya dengan senyum tipis di bibir. Aku angguk lemah.


           ''APA kata Minn balik jumpa suami Minn,''

Aku geleng kepala. Aku sendiri tak tahu kenapa aku terlalu keras kepala padahal dalam hati aku terlalu rindu lelaki itu.

''Minn, kalau ummie tahu Minn dah kahwin ummie tak bagi Minn duduk sini, melainkan rumah tangga Minn ada masalah ataupun Minn isteri yang di dera. Tapi Minn sendiri cakap kat ummie tadi yang suami Minn baik dan tak ada masalah apa-apa cuma Minn yang larikan diri, jadi ummie rasa Minn patut balik ke sisi suami Minn semula.''

Aku hanya tunduk menekur lantai tak berani bertentang mata dengan ummie. Aku tahu aku bersalah membohonginya tapi aku tak ada pilihan. Lepas Iskandar datang semalam aku terpaksa bagitahu ummie status aku sebagai isteri orang.

''Minn ummie bukan tak suka kamu duduk dekat sini, tapi Minn ada suami dan sepatutnya tempat Minn di sisi suami Minn. Ummie tak nak nanti Minn jadi isteri yang nusyuz, dengar cakap ummie ye sayang balik ke sisi suami kamu. Ummie yakin dia masih sayangkan Jasminn,''

Ada betul juga cakap ummie. Aku terlalu ikutkan rasa sakit nie, sampai aku tak nampak sebetulnya apa yang Allah dah bagi pada aku.

''Minn malu.'' Ye aku malu untuk berdepan dengan mereka semua. Aku takut mereka tak terima aku.

Ummie bangun dan berdiri di sisi aku, bahu aku dipeluk sekejap. ''Ummie yakin mereka faham.''

Aku pandang ummie untuk mencari keyakinan pada matanya. Selepas yakin aku tunduk semula kepalaku. ''Minn rindu suami Minn..'' Ucapku dalam nada lirih.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now