J A S M I N N 32

50K 1.6K 24
                                    

Vote and comment for next update
____________________________________________

🍁 Bila hatinya sudah menjadi keras, sekeras batu kerikil. 🍁

◾◾◾


          ''MINN yakin Minn nak pergi?'' Soal mama sekali lagi. Setelah semalaman aku fikirkan semuanya dan aku tekad dengan keputusanku. Aku perlu pergi.

Dari tadi Iskandar hanya menunduk tanpa memandangku. Wajahnya redup dan kusut. Papa Is mengeluh dan menggeleng kepala.

Mama memandang Iskandar tajam. ''Is cakap sesuatu jangan diam macam orang bodoh macam nie. Pujuk isteri kamu supaya jangan pergi!'' Suara mama sudah mula meninggi. Aku jadi kecut perut tiba-tiba.

''Mar sabar, biar diorang selesaikan masalah nie. Minn walau apapun keputusan Minn papa harap Minn fikir semasak-masaknya,'' Nasihat papa padaku.

''Minn dah fikir semasak-masaknya papa,'' Bicaraku membuat semua orang mengeluh kecuali Iskandar.

Mama geleng kepala. ''Apa nak jadi dengan korang nie? Is tolonglah jangan diam macam nie?!''

''Kalau dia nak pergi juga biarlah dia pergi mama papa.'' Kata putus Is buat aku terkedu dan hatiku terhenyak pilu. Iskandar bangun meninggalkan kami bertiga.

''Is!!'' Mama menjerit kuat nama Iskandar.

Aku cuba cekalkan hatiku untuk kelihatan kuat. Aku bangun dan duduk melutut di depan mama. ''Mama izinkan Minn pergi ye? Minn janji nanti bila-bila Minn datang lah sini jenguk mama dengan papa.'' Janjiku.

Mama memandangku sayu. Tangannya mengusap kepalaku. ''Kenapa Minn buat mama macam nie emm? Mama tak nak semua jadi macam nie.'' Ujar mama bersama linangan air mata di pipi tuanya. Papa Is mengenggam erat tangan mama.

Aku senyum kelat. Mataku pejam seketika. ''Ma, Minn minta maaf. Minn cuma nak ubat hati Minn yang terluka. Minn minta mama dan papa doakan Minn, doakan supaya Minn jumpa ketenangan yang Minn cari. '' Aku tunduk kepala mencium tangan mama, setitis air mata jatuh membasahi tangan mama.

''Minn janji Minn datang sini jenguk mama?'' Soal mama dalam tangisanya.

Aku angguk kepala. InshaAllah mama.

''Minn jaga diri Minn dekat sana. Papa sentiasa doakan kebahagiaan Minn,'' kata papa pula. Aku senyum. Syukur mempunyai kedua mentua yang sangat penyayang seperti mereka. Akhirnya aku jatuh kedalam pelukan mereka.


           PERLAHAN kakiku melangkah masuk ke dalam bilik tidur aku dan Iskandar selama beberapa bulan aku menjadi isterinya. Nafas berat aku lepas. Mungkin ini menjadi hari terakhir aku tidur di kamar ini.

Pandanganku jatuh pada susuk Iskandar di balkoni perlahan kaki ku bawa menghampirinya. Adakah aku jatuh cinta pada orang yang salah Ya Allah?

''Is?'' Panggilku perlahan. Dia sedikit tersentap, aku nampak dia seperti mengelap sesuatu di mukanya.

''Aku nak minta ampun kalau selama aku jadi isteri kau, aku banyak sakitkan hati kau. Aku nak minta ampun kalau aku tak pernah menjadi isteri yang terbaik untuk kau. Halalkan segala makan minum aku, halalkan nafkah yang kau berikan pada aku. Izinkan aku pergi.'' Aku tarik nafas dalam supaya tiada air mata yang jatuh. Aku perlu kuat.

Iskandar berpaling menghadapku. Matanya tajam memandangku. ''Perlu ke pergi?'' Suaranya lirih menyoalku.

Aku larikan pandanganku ke depan. ''Ini yang terbaik untuk kita,'' Ye ini yang terbaik, biar aku yang pergi dulu sebelum kau meninggalkan aku.

''Terbaik untuk kita atau terbaik untuk kau?'' Soalnya keras.

Aku pandang Iskandar, mataku tajam menikam matanya. ''Untuk apa lagi hubungan nie...'' Aku pandang semula ke depan. ''Hati aku terlalu sakit Is untuk semua nie. Aku penat nak hadap semua nie.'' Akhirnya air mataku menitis jua di hadapanya.

Dia mengeluh. Iskandar menghampiri aku. ''Kenapa mengalah sebelum berjuang?'' Bisiknya perlahan di telinga aku.

Aku geleng kepala. Salah Is, aku banyak kali berjuang, tapi ujian tu terlalu banyak sehingga aku menjadi kalah dalam perjuangan aku. Aku tak kuat Is.

Aku tersentap bila Is mengenggam tanganku. Dia memaksa aku menghadapnya. ''Tolong jangan pergi Minn..'' Dia memandangku sayu, ''Tolong jangan tinggalkan aku, bagi aku satu lagi peluang?'' Rayunya bersungguh.

Aku menggeleng. Aku takut perkara yang sama berulang lagi. Aku masih tak yakin kebenaran Iskandar sayangkan aku. Aku takut jika ini cuma perasaan dia sementara. Aku takut dia akan berubah kembali.

''Kenapa? Benci sangat ke kau dekat aku?''

Aku menggeleng lagi. Ini bukan benci Iskandar. Aku takut aku salah jika aku percayakan kau sekali lagi.

Iskandar mengalah. Genggaman di tangan aku dia lepaskan perlahan. Dia berpaling lalu melangkah masuk ke dalam meninggalkan aku sendirian di balkoni. Aku mengeluh berat.

Aku pergi untuk ubat kesakitan hati yang aku tanggung selama ini. Kesakitan pada kebencian mak padaku, kesakitan pada fitnah yang Jaslina beri padaku, kesakitan pada layanan Iskandar padaku.

Aku tak tahu apa nasib yang harus aku pikul lagi selepas ini. Jika malang menjemputku maka benar andaian mak aku nie pembawa sial. Jadi aku harus jauhkan diriku dari semua orang.


          MALAM terakhir aku tidur bersama Iskandar. Jika ikutkan hati aku nak saja tidur di bilik berasingan tapi Iskandar merayuku untuk aku tidur dengannya malam nie. Melihat kesedihan pada wajah itu membuat aku menurut.

Aku bungkam bila tangannya merangkul pinggangku dan cuba menarik tubuhku rapat dengan tubuhnya. Ish tak makan saman betul lah mamat nie, dah janji tak nak sentuh-sentuh.

''Is lepas lah.'' Rungutku. Geram pula dengan tingkah selambanya.

''Shuu..'' Rangkulannya makin dieratkan. Entah kenapa aku mengesan bunyi esakan darinya.

''Is?'' Aku cuba berpaling untuk menghadapnya namun Iskandar menghalang malah tangannya lebih erat memeluku. Sebelah lagi tangannya menyeluk ke bawah tubuhku sekali gus mengunci aku kemas dalam pelukanya.

''Minn.. jangan tinggalkan abang, abang sayang Minn, abang cintakan Minn.'' Aku terkedu. Abang? Perlahan air mataku mula jatuh.

''Abang tahu abang banyak kali sakitkan hati Minn, abang minta maaf sayang.'' Makin deras air mataku mengalir. Kenapa baru sekarang Iskandar?

Aku gigit bibir kuat. Aku pejam mata rapat. Betulkah apa yang diucapkan Iskandar? Macam mana kalau sekali lagi aku dilukai?

''Abang merayu jangan tinggalkan abang..please..'' Terdengar esakan kecil dari Iskandar. Dia menekupkan muka di belakang badanku. Tangan aku tekup rapat ke muka menzahirkan perasaanku di situ. Semuanya sudah terlambat. Hati aku sudah terlampau sakit dan kecewa. Jadi aku perlu bawa diri untuk mengubatinya.

Akan aku ingat malam nie, malam sedikit memberi aku rasa bahagia tapi pedih. Akan aku simpan rasa kehangatan pelukan Iskandar malam nie. Malam terakhir kami bersama.

''Saya pun sayangkan awak Is, tapi saya perlu pergi. '' Bisikku perlahan sebelum aku pejam mata rapat.

Aku ingin menyimpan memori ini kemas dalam ingatan aku.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now