J A S M I N N 4

42K 1.5K 34
                                    

🌸Tuhan jangan Kau lemah kan aku, kuatkan aku sehingga tiba masa untuk Kau mencabut nyawa dari jasadku.🌸

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹


DAH dua minggu berlalu. Seperti yang di rancang keluarga Iskandar datang untuk merisik kakak dan aku pula terpaksa terperangkap sekali kena duduk di rumah melayan tetamu.

Aku nak je lari keluar. Tak teringin aku nak duduk kat sini. Tapi mak dah warning aku awal-awal jadi terpaksa lah aku jadi tunggul sementara tunggu diaorang habis berbincang.

Eh Jaslina yang nak kahwin kenapa aku pula yang kena ada sekali.

''Ini siapa pula? Adik Jaslina ke?'' Tersentap aku bila pertanyaan itu seperti di tujukan kepada aku. Aku memandang makcik yang cantik bergaya dengan gelang bertingkat-tingkat dua belah tangan. Aku tak tahu macam mana dia nak ambil air wudud dengan gelang tangan sebanyak itu.

''Aah adik Jaslina. Anak bongsu saya, tapi dia ni pemalas sikit tak macam kakak abang dia rajin. Itu yang berjaya sampai dapat sambung pengajian tu.'' Yeah bravo mak bravo. Teruskan merendah-rendahkan anak mak ni depan orang yang tak kenal.

Makcik itu dan yang lain hanya tersenyum. ''Takpa lah tak dapat sambung belajar pun. Perempuan ni tinggi mana pun belajarnya last kat dapur juga tempat dia,'' Seloroh makcik itu dengan senyuman. Entah kenapa hati aku jadi senang melihat senyuman makcik tu.

Mak senyum senget sambil menjeling aku. ''Dah lah cakap pasal budak tak bertuah ni. Kita teruskan lah dengan perbincangan Jaslina dengan Is.'' Ujar mak. Manakala jarinya mencubit peha kiriku.

''Yelah. Betul juga cakap cikYah. Jadi macam mana bila kita nak letak tarikhnya?''

Dan perbincangan di teruskan. Aku hanya menjadi tunggul dan memekakkan telinga. Malas nak ambil tahu.


AKU menguis batu-batu kecil menggunakan ranting kayu. Dada aku sebak tapi air mata tak mahu mengalir cuma redup wajah yang aku pamirkan pada alam.

Kenapa mak? Kenapa Jasminn di benci oleh mak? Kenapa Jasminn di pulau oleh ayah? Kenapa layanan yang Jasminn dapat tak sama dengan Jaslina dan Syakir dapat. Jasminn bukan anak mak dan ayah ke? Jasminn nie anak pungut ye?

Aku tarik lutut rapat ke dada dan di peluk dengan tangan. Kepala aku jatuh kan di atas kepala lutut dan mengiring ke sisi.

Kenapa aku di lahirkan Tuhan? Jika aku tak di ingini oleh orang tua ku kenapa aku di wujudkan? Aku tak minta untuk diri aku jadi begini. Aku pun nak rasa bahagia. Aku pun nak rasa di kasihi.

''Woi berangan!!''Jerkahan dan tolakkan kasar membuat aku jatuh tergolek ke bawah. Edry gelak terbahak memandang aku tergolek ke bawah.

Sialan betul lah. Aku bangun berdiri sambil mengibas-ngibas habuk di baju aku. Aku pandang Edry dengan wajah bengis. ''Babi kau eh?'' Aku tumbuk kasar bahunya sampai dia menyeringai kesakitan.

''Aku tak sengaja lah. Sorry lah wei.'' Tangannya mengosok bahu. Sakit juga kena tumbuk ngan minah ni.

''Kau nak apa?! Kau kalau tak menyemak dalam hidup aku tak boleh eh?'' Celaka betul mengganggu je orang nak melayan perasaan.

''Duduk ah sini,'' Edry menepuk tempat disebelahnya.

Aku memandangnya dengan jelingan. ''Kau nak apa?!'' Tanyaku dengan suara nyaring.

Edry tutup telinganya tiba-tiba. Dia memandangku dengan dahi berkerut. ''Kau ni kalau tak menjerit tak boleh ke? Boleh pekak telinga aku macam ni.''

Aku angkat kening memandangnya. Aku menjerit eh? Aku rasa aku dah tercopy genetik mak lah pula suka menjerit.

''Duduk ah sini,'' Ajaknya lembut. Sekali lagi tempat kosong di sebelahnya di tepuk.

Aku mengeluh. Malas nak bertekak dengan Edry akhirnya aku duduk juga sebelah Edry. Tapi bukan tempat yang dia tepuk jauh sikit. Tak kuasa nak duduk dekat-dekat dengan celaka ni.

''Wei mana kakak kau eh? Aku tak nampak pun dia lagi sepanjang dia balik ni?''

Aku dah agak dah. ''Kau cari kat sini memang lah tak ada. Dia dekat rumah lah bodoh.'' Sakastik aku menjawab. Tu lah siapa suruh bebal sangat dengan aku.

Edry tarik nafas menahan sabar. ''Maksud aku, aku tak nampak pun dia pergi kedai ke pusing-pusing kampung ke? Dia memang tak keluar rumah eh?''

Aku memandangnya dengan senyum sinis. ''Dia tak biasa dengan panas kat kampung so dia takut nak keluar takut hitam macam kau,''

Edry memandang aku dengan dahi berkerut. ''Ye ye je kau ni. Tak lah aku rasa sebab Tolong mak kau kut itu yang tak keluar tu. Ye lah nak harapkan kau tolong makcik Yah tu sampai kiamat pun takkan tolong. Nasib baik ada Jaslina.'' Edry senyum bangga dengan pandangannya lurus ke depan.

Aku memandangnya jelek. ''Kalau kau dah tahu cari dia kat sini buat apa pergi lah cari dia kat rumah.''

Edry menggeleng kepala. ''Ish tak nak lah aku, nanti nampak sangat aku ni desprate.'' Ujarnya lalu senyum menggada.

Aku mengjulingkan mata ke atas. ''Kau memang desprate pun.'' Aku bangun nak balik.

Namun sebelum melangkah aku baru teringat sesuatu. ''Woi nanti dua bulan akan datang Jaslina nak kahwin dengan pakwe dia dari KL,'' Aku senyum sinis.

Aku nampak riak wajah Edry yang terkejut. Terus mati senyuman di bibir dia. Dia bangun mendekati aku.

''Kau cakap betul-betul, dia nak kahwin?'' Soal Edry perlahan. Entah kenapa aku dapat rasa kekecewaan Edry. Tak kan dia serius kut nakkan Jaslina. Tak sedar diri betul si Edry ni. Aku ingatkan dia cuma main-main je.

''Kau ada nampak muka aku ni macam main-main ke?'' Ujarku serius. Jari telunjuk menghala ke mukaku. ''Dah lah aku nak balik. Nanti datang lah rumah jumpa Lina sebelum dia jadi isteri orang,'' Ujarku dalam nada mengejek langsung meninggalkannya dengan wajah tercenggang.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now