J A S M I N N 28

49.2K 1.5K 22
                                    

Please vote, comment and share if you like 🙏
____________________________________________

🍁 Jadikan semalam kenangan terindah, kerana hari ini adalah kebahagian semalam 🍁

◾◾◾

          AKU menghirup udara segar di kampung. Aku tersenyum sendiri bila terkenangkan kenangan zaman kecilku di kampung. Walaupun ia tak seindah yang lain tapi aku tetap gembira sekurangnya waktu kecil aku bebas melakukan apa saja.

Sudah dua minggu aku di kampung atas permintaanku sendiri. Iskandar terpaksa balik atas urusan kerja lagipun aku tak kisah malah lebih baik jika kami berjauhan.

Dalam dua minggu nie aku kuatkan hati menjaga mak. Dia dah tak banyak mengherdikku dengan kata kesatnya. Walau pada mulanya mak banyak menolak tapi aku tetap memaksanya sehingga dengan sendiri dia merelakan aku menjaganya, merelakan aku mengurut kakinya dan menyuap mak makan. Kecederaan mak tak ada lah parah, cuma bengkak di kaki saja. Sekarang pun mak dah boleh berjalan semula.

Aku termenung jauh. Mataku luas memandang kehijauan padi yang terbentang. perasaan nyaman membuat hati yang terluka teruk sedikit terubat. Rindu dengan tempat yang selalu aku singgah bila kepalaku serabut.

''Jasminn?''

Aku menoleh kearah manusia yang menyebut namaku.

Edry?

''Aku tahu kau mesti kat sini,'' Dia senyum padaku kemudian tanpa sengan silu duduk di sebelahku. Perangai tak berubah.

''Kau cari aku ke?'' Soalku dengan sejuta kepelikkan.

Edry tak menjawab malah matanya tepat merenungku. Seram sejuk pulak dengan mamat nie. Aku mengesok sedikit ketepi, menjarakkan kedudukan aku dan dia.

Edry ketawa kecil. ''Aku bukan nak buat apa-apa pun dekat kau lah,''

Aku mencebik. ''Bukan boleh percaya,''

''Minn, sebenarnya... aku nak minta maaf dekat kau. Aku tak patut perangkap kau dulu,''

Kata-kata Edry betul-betul buat aku rasa nak tergolek jatuh ke tanah. Apa semua orang pelik nie? Aku pandangnya dengan dahi berkerut.

Edry pandang aku dengan pandangan sangsi. ''Is tak ada bagitahu kau apa-apa?''

Aku tercenggang. ''Bagitahu? Bagitahu apa?''

Edry tunduk memandang tanah. Mungkin dia sedar yang dia dah terlepas cakap.

''Edry bagitahu aku apa yang kau sembunyikan?'' Desakku. Edry mengeluh perlahan.

Aku mendengus geram. ''Edry?''

Setelah di desak beberapa kali Edry menceritakan perkara yang sebenar. Dari awal hingga akhir. Dari macam mana dia ambik telifon Jaslina secara sembunyi dan menghantar sms kepadaku, kemudian macam mana dia call pejabat agama sehingga aku dan Iskandar tertangkap. Kemudian ditambah pula bila dia termakan pujukkan Jaslina untuk menfitnah aku sehingga menyebab berlaku pergaduhan antara aku dan Iskandar.

Aku duduk bersandang di tiang. Bahu yang tadi tegap kini membengkok lemah. Aku menarik dan hembus nafas beberapa kali. Terasa nak pecahkan muka Edry nie ada juga tapi tak ada guna benda pun dah jadi. Marah tu memang lah marah. Bukan setakat marah tapi sedih, kecewa, bengang semua bercampur aduk.

Aku letih untuk menangis, aku letih untuk merasa kecewa, aku penat untuk merasa derita jadi biarlah apa yang dah berlaku nie. Aku bangun dari duduk.

''Minn... aku minta maaf,''

Aku diam. Kalau lah dengan sepatah ucapan minta maaf tu boleh mengembalikan keadaan seperti sedia kala, kalau lah kan.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now