Jasminn special 4

23.9K 961 42
                                    

24 Aug 2017 / 11 : 40 pm

New Update : Jasminn Book Two

JASMINN : THE LAST FATE

( Episod empat : book two )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Episod empat : book two )

~Dia bukan derita, tapi bidadari kesayangan Tuhan~


           AKU cuma tersenyum, biarkan dia risau padaku.

Selepas letakan aku duduk di kerusi Iskandar mendekati dapur dan api gas di tutup, sebelum nanti aku sambung memasak balik.

'' senyum pula dia, '' tegur Iskandar bila melihat aku masih tersenyum.

Ku usap rambutnya yang duduk mencangkung di depanku. Dia cium perutku. '' baby nanti nak move bagi signal okay. ''

Aku lepas ketawa. Lawak. Risau kemain dia bila tiba-tiba perutku tadi rasa senak macam nak beranak. Iskandar angkat kepalanya memandang aku tak puas hati. Hidungku dia tarik sepuasnya.

'' abang sakit lah, '' ku gosok hidungku kembali. Sakit okay.

'' padan muka. '' Iskandar tarik kerusi dan duduk sebelahku. '' siapa suruh nakal. '' pipiku pula yang jadi mangsanya.

Bibirku mencebik. Ku merenung wajahnya dari tepi. Wajah yang setiap hari berjaya menambak hati aku. Tapi wajah ini termenung pula ku lihat. Ku cuit hidungnya manja. Iskandar memandang wajahku.

'' kenapa termenung? '' di tanyakan saja apa yang bermain di fikiranku.

Dahinya berkerut. '' termenung? Tak ada lah, mana ada abang termenung. ''

Ku pandang saja mukanya tanpa riak. '' kalau kat depan abang sekarang ni orang lain mungkin abang berjaya, tapi dekat depan abang sekarang ni Minn jadi.. '' ku tarik mukanya mendekat dan bibirku sengaja di sentuh ke bibirnya sebelum ku tarik dan ku dekatkan di telinganya, aku tahan saja perasaan geli hati bila dapatku rasa degupan Iskandar menjadi laju. '' jangan cuba untuk tipu apa yang abang pendam pada Minn okay? '' ku tolak dirinya menjauh selepas ku bisikan padanya.

Dari riak mukanya seperti dia terkejut tapi ku tak pasti untuk apa jika dia tidak melakukan apa yang aku bagitahu tadi. Naluri isteri yang ingin meragui kejujuran cuba ku tepis.

'' dah lah Minn nak sambung masak ni, '' dari duduk ku bangun semula untuk menyambung kembali masakan aku yang terhenti tadi.

Iskandar turut bangun dan memelukku dari belakang. Hangat tubuhnya ini sentiasa menjadi peneman aku. '' nak abang tolong tak? ''

Aku senyum. Api yang di tutup Iskandar tadi ku buka kembali. '' nak. '' jawabku ringkas padanya. Iskandar meletakkan dagunya di bahuku. '' okay Minn nak abang buat apa? ''

Ku rungkaikan pelukannya dan ku pusing menghadapnya. Pipinya ku tekap dengan tapak tanganku. '' okay... Minn nak abang tolong jangan kacau Minn masak, boleh? '' dan ku lepaskan pipinya. Dia mencebik.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now