J A S M I N N 27

48.9K 1.6K 9
                                    

Please vote, comment and share if you like 🙏
____________________________________________

🍁 Bila hatinya sudah menjadi keras, sekeras batu kerikil. Saat itu kau semakin jauh dengannya. 🍁

◾◾◾

          PERLAHAN dia menapak masuk kedalam bilik tidurnya bersama Jasminn. Dia menghampiri Jasminn yang sudah sibuai lena. Iskandar duduk di birai katil.

Wajah putih bersih itu direnung sedalam-dalamnya. Mata sembab itu diperhati, dia tahu sebab dia Jasminn menangis. Iskandar mengutuk diri sendiri, kesal dengan apa yang terjadi.

Tangan kanannya menolak sedikit rambut yang menutupi dahi licin Jasminn sebelum sebuah ciuman dilabuhkan di situ. Jauh dasar hatinya dia merindui saat mereka masih berbaik. Tapi dia yang hancurkan semua itu.

Iskandar mengeluh kesal. Dia bangun menuju ke meja solek, dia meletakkan iphonenya di atas meja solek sebelum tangannya cekap menarik tali leher yang tergantung di lehernya. Namun perbuatannya terhenti bila pandangannya teralih kearah sesuatu yang berkilau di atas meja solek.

Iskandar mengambil cincin emas bertahta permata berlian di atas meja. ''Cincin Jasminn?'' Dahinya berkerut. Kenapa dia tanggalkan?

'Aku akan kahwin dengan Jaslina tak lama lagi. Bila kau nak aku lepaskan kau.'

Bagai pita rakaman otaknya memainkan semula ucapanya, dia menjadi sayu semula dan rasa kesal yang bertimbun-timbun. Masih sempatkah dia perbetulkan semuanya.


          MATAKU tak berkelip melihat muka Iskandar yang begitu rapat denganku. Mana tak terkejut buka-buka je mata tengok Iskandar elok je tidur di sebelahnya. Siap lengannya dirangkul dipinggang aku erat.

Sudahnya tubuhku kaku seketika. Nak bergerak takut Iskandar berjaga. Kalau boleh aku taknak Iskandar terjaga dan melihat keadaan kami bergini. Apa yang jadi masih segar dalam fikiran aku.

Aduh macam mana nie nak bangun? Ada juga aku tolak si Is nie. Perlahan-lahan aku cuba menarik tangan yang erat memeluk pinggangku ini.

Kring!kring!

Opocot mak kau terbang! Latahku dalam hati. Cepat-cepat aku pejam mata kembali. Aku terasa Is menarik tangannya dari pinggangku. Yes, dia dah bangun.

Kring!kring!

Aku buka sedikit mata. Aku nampak Is mencapai telifon nokiaku di sebelah. Siapa pula yang call?

''Hello,'' Sahut Iskandar dengan suara serak.

''Minn tidur lagi, kenapa?'' Aku hanya mendengar tanpa membuka mata.

''Apa?! Macam mana boleh jadi macam tu?''

Mendengar suara cemas Iskandar serta-merta perasaanku tak sedap.

''Yelah, yelah kita orang balik. Wa'alaikumusalam,'' Iskandar meletakkan semula telifonku di atas meja. Aku kembali rapatkan mataku sebelum Iskandar perasaan.

Terasa sentuhan Iskandar di bahuku, dia mengoncang tubuhku perlahan. ''Minn bangun~'' Alahai kenapa mendayu sangat suara Is nie.

Aku pura-pura baru terjaga. Aku buat gaya menguap setelah itu aku buat gaya terkejut melihat Iskandar. Yeah Minn you acting was great. ''Kau buat apa dekat sini?'' Soalku tanpa memandangnya. Amboi Minn dah lah kau menumpang bilik dia boleh pulak kau tanya soalan macam tu, nasib dia tak halau kau je.

Aku tersentap bila dengan berani Iskandar mengenggam tanganku. ''Minn kita kena balik kampung sekarang,'' Ucap Iskandar lembut tak seperti dua hari lepas dia menengkingku.

Perlahan aku menarik tanganku dari genggamannya. Aku hanya diam tak bersuara. Sebenarnya memang aku nak balik kampung pun tapi bukan dengan Iskandar. Aku nak balik sorang-sorang.

''Minn, kita settle hal kita kemudian. But sekarang kita balik kampung dulu ye. Mak jatuh tangga,''

Baris akhir ayatnya membuat aku tercenggang. Mak jatuh tangga? ''Teruk ke?'' Akhirnya aku bersuara walaupun sedikit kekok.

''Aku tak tahu, tapi tadi Syakir call suruh kita balik.'' Terang Iskandar. Kemudian dia senyum kearah aku tanganku dicapai sekali lagi. ''I miss you wife,''

Aku terkesima namun dengan pantas aku larikan pandanganku daripadanya. Aku tak mahu kata-katanya terkesan dalam hati aku.


          ''KENAPA kau suruh dia balik sini, aku tak nak tengok muka dia. Sebab dia Jaslina pergi dari rumah nie! Bawa dia pergi!'' Pekik mak sekuat hati.

Aku hanya mampu menggeleng kepala. Hati sudah lali dengan kebencian mak. Iskandar cuba memberiku kekuatan dengan memeluk bahuku namun dengan lembut aku tepis lengannya. Sekarang aku sudah tidak perlukan simpati sesiapa.

Dengan selamba aku mendekati mak dan duduk di hujung kaki mak. Kaki yang membengkak kebiruan itu aku ambil dan letakkan di atas riba. Nie kalau mak tendang nie apa pun tak boleh sebab dah dekat sangat dengan kaki mak.

''Kau nak buat apa dengan kaki aku ha?!''

Aku hanya memandang mak sekilas sebelum pandanganku jatuh ke kaki mak semula. ''Nak urut kaki mak lah,'' Jeda.

''Tak payah, aku tak nak kau sentuh aku. Tepi!'' Aku hanya buat pekak dengan jerkahan mak. Tanganku cekap mengurut kaki mak. Bakat mengurut turun temurun dari arwah nenek aku nie tiada siapa pun tahu.

''Hoi, kau pekak ke? Aku cakap aku tak nak kau sentuh aku!''

Aku hanya menggeleng. ''Mak, Minn tahu mak benci Minn. Tapi sekarang nie mak tengah sakit, jadi mak sambung benci Jasminn lepas mak sihat okay.'' Ujarku dengan perasaan kosong. Iskandar yang setia memandangku aku hiraukan.

Pelik juga aku dia tak risau dengan kepergian Jaslina. Sampai je ke kampung tadi Syakir bagitahu mak jatuh tangga sebab nak halang Jaslina daripada pergi dari sini. Jaslina keluar bawa beg besar tak tahu kemana?

Mak cakap nie semua sebab aku yang merampas Iskandar dari dia. Bukankah mereka sudah merancang untuk berkahwin dah kenapa pula Jaslina pergi lari. Aih kusut lah aku. Lantak korang lah.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now