PROLOG

4.1K 265 96
                                    

What we see may not be real
What is real we may not see.

Pernah dengar kata-kata di atas?
Kadang-kadang apa yang kita nampak tidak semuanya benar. Tapi kadang-kadang apa yang benar kita tidak dapat melihatnya.

Begitulah juga dengan makhluk halus. Kewujudan makhluk halus banyak diceritakan dalam al-Quran dan hadis tapi hanya segelintir orang yang dapat melihat kebesaran Allah yang menciptanya.

Dan aku adalah salah seorang yang pernah melihatnya.

Seingatku, hijabku sedikit terbuka mulai usia 7 tahun. Hingga kini dengan hijab sedikit terbuka, puluhan objek seram pernah ku saksi dan alami peristiwanya. Dapat menyaksikannya bukanlah satu berita baik, ia adalah berita buruk kerana apa yang kita saksikan semuanya buruk-buruk belaka. Beruntunglah majoriti orang yang tidak dapat melihatnya.

Tujuan aku menulis di sini untuk berkongsi pengalaman-pengalaman seram itu untuk tatapan dan iktibar kepada mereka yang meminati kisah-kisah misteri.

Ia terkumpul dalam 26 siri kisah seram yang aku mulakan dengan kisah seram zaman aku di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti hingga zaman sudah bekerja. Paling banyak kisah seram berlaku masa zaman bekerja, ia mungkin kerana aku banyak berpindah randah dan berada di lokasi titik keras paranormal.

Kisah-kisah misteri yang pernah ku alami pernah tersiar dalam blogku (kini blog aku sudah 2 tahun berabuk tak disentuh). Pernah juga tersiar dalam Fiksyen Shasha walaupun peristiwa-peristiwa yang aku alami bukan fiksyen tapi adalah true story base on my real experience. Karyaku juga pernah tersiar dalam IIUM Confession.

Kerana kisah benar menemui makhluk-makhluk halus ini berterabur dalam banyak media, aku bercadang mengumpulkannya dalam satu antologi kisah-kisah seram untuk dikongsi anak cucu aku dan masyarakat yang meminati cerita-cerita seram. Dengan hasrat itulah maka terlahirnya "Jangan Buka Hijabku" ini.

Beberapa nama orang dan tempat dalam cerita ini sengaja aku tukar atau kaburkan bagi menjaga sensitiviti pihak-pihak yang terlibat.

Hanya satu pesan aku: jika lemah semangat jangan baca tulisan aku ketika berseorangan di waktu malam. Anda dijamin tidak akan dirasuk histeria ketika membaca buku ini. Tapi jika ada gangguan anggaplah ia sebagai satu bonus kerana bukan semua manusia di muka bumi berpeluang melihat misteri keajaiban ciptaanNya..

Doakan aku supaya selepas ini hijabku ditutup rapat oleh Allah. Cukuplah sekadar berdepan dengan pelbagai kisah mistik yang dialami sebelum ini. Semoga selepas ini aku tidak melihat lagi dunia misteri dan tidak perlu lagi aku menulis "Jangan Buka Hijabku 2" pula, insyaallah...

I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA SUKA 😃
ABAIKAN JIKA BENCI 🙄

Episod seterusnya:
HANTU DAPUR----->

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now