Episod 18: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 2

418 72 16
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Lama juga aku berhenti di plaza tol Nilai. Aku perlu masa untuk menenangkan diri. Perlu pulihkan rasa menggeletar yang menusuk ke seluruh saraf kaki, tangan dan tubuhku. Tanpa ketenangan diri itu bagaimana kaki dan tanganku akan berfungsi normal untuk aku memandu balik ke rumahku di Ampang sejauh kurang lebih 50 kilometer lagi itu?

Apabila kaki dan tangan aku sudah pulih dari rasa menggeletar, barulah aku memulakan perjalanan semula balik ke Kuala Lumpur.

Dengan ucapan bismillah diikuti doa ketika memulakan perjalanan, aku menghidupkan enjin kereta menghala ke lebuhraya arah Kuala Lumpur.

Keretaku mengekori sebuah bas ekspress yang pada hematku sedang dalam perjalanan ke Utara. Aku bergerak sedekat mungkin mengekori bas itu. Sekurang-kurangnya aku sudah ada teman menguatkan semangat di atas lebuhraya. Jadi aku tidaklah terlalu takut sangat.

Ketika menghampiri Kuala Lumpur, kenderaan kebanyakannya bas dan lori semakin banyak di jalanan. Kereta dan motor juga tidak kurangnya ketika memasuki tol Kuala Lumpur. Aku sudah mampu tersenyum sedikit. Ketakutan aku beransur hilang apabila merasai aku sudah berada di perut Kuala Lumpur yang walaupun sudah dinihari tapi masih meriah lagi.

Sampai saja di rumah, aku terus membasuh kaki di paip air luar rumah. Itu petua orang-orang tua yang masih aku pegang: kalau berjalan malam, basuh kaki dulu di luar rumah sebelum masuk ke dalam rumah. Ia bagi menghalang makhluk halus yang mungkin ikut kita memasuki rumah.

Ketika sampai ke dalam rumah jam sudah merangkak hampir ke angka 5.00 pagi. Panjangnya perjalanan aku kali ini. Sepatutnya kurang dari 4 jam aku sudah boleh tiba di rumah dari Johor Bahru. Tetapi pelbagai peristiwa di jalanan menyebabkan aku mengambil masa hampir 7 jam untuk tiba di rumah.

Selepas mandi dan solat subuh barulah aku memanjakan diri menghampiri katil untuk tidur. Isteri yang terbangun bertanya aku pelbagai soalan mengapa aku tiba lewat di rumah. Tetapi aku tidak menjawabnya.

"Tengahari nanti abang cerita. Nak tidur dulu. Letih sangat" aku memberi alasan sambil merebahkan diri atas katil.

Bangun tidur tengahari Rabu, badan terasa begitu lemah. Rasa berdenyut menguasai seluruh pelusuk kepala. Aku menelan dua biji panadol untuk meredakan sakit kepala. Nasib baik hari ini public holiday, tidak perlu pergi kerja.

Semoga esok hilanglah sakit kepala itu!

Tetapi malangnya bila bangun pagi Khamis rasa pening masih tidak hilang. Bukan saja pening, rasa badan begitu membahang.

"Abang demam ni.." kata isteriku Im sambil menyentuh dahiku, "Lepas breakfast jom kita pi klinik"

Aku hanya mampu minum seteguk air suam sebagai pelapik perut untuk sarapan pagi itu. Roti sekeping pun tidak berjaya dihabiskan dalam keadaan badan tidak sihat seperti itu.

Aku pergi ke klinik ditemani isteri yang kebetulan mengambil cuti tambahan selepas public holiday kelmarin.

"Encik Jeff berehat dulu kat rumah dalam 2 hari ni. Demam agak tinggi, 39°C. Kalau tak baik juga datang sini lagi nanti." kata Dr Azhar selepas membuat pemeriksaan ke atas diriku. Tangannya menghulurkan aku sekeping sijil cuti sakit.

Selepas 2 hari, demam aku sudah berkurangan tetapi rasa lemah masih menguasai diri. Nafsu makan tertutup sama sekali. Hanya bubur nasi menjadi rutin pemakanan aku. Itu pun untuk menghabiskan separuh mangkuk bubur pun jenuh gagahkan diri.

Aku ke klinik sekali lagi keesokannya.Bila sampai di klinik, Dr Azhar memeriksa suhu badan aku sekali lagi.

"Sudah kurang demamnya ni, encik Jeff. Tak tinggi macam hari tu lagi. Encik Jeff dapat jangkitan dari mana agaknya?"

"Kawan seofis kot" aku membohongi Dr Azhar. Tak kan aku nak beritahu aku terkejut melihat hantu menyerupai Amoi berdekatan Nilai? Mana ada doktor mempercayai cerita hantu?

Suatu hari selepas sembuh dari demam yang memakan masa hampir seminggu, aku bertemu dengan jiran sebelah rumah, Syed, yang kebetulan baru balik kerja. Syed orang Pontian, Johor. Dia seorang pegawai TNB.

"Aittt..lama tak nampak" tegur Syed, "Balik kampung ke?".

"Ada je kat rumah. Demam lepas balik Johor hari tu," beritahu aku.

"Musim cuaca tak menentu ni ramai orang demam, Jeff. Agaknya you kena hujan kat Johor kot?"

"Bukan sebab hujan, Syed...tapi..."

Syed merenung wajahku. Menunggu sambungan ayat yang tidak sempat aku habiskan.

Berat juga aku hendak bercerita tentang hal-hal mistik ini sebenarnya. Walaupun dengan jiran sebelah rumah yang selalu kami saling menyantuni bila bertemu, tapi bercerita tentang hal mistik bukan semua orang boleh percaya.

Tetapi akhirnya aku pun bercerita juga tentang kepergian aku ke Johor Bahru, apa yang aku nampak di Nilai dan rentetan peristiwa hingga aku demam.

"Bila you lalu dekat highway dekat Nilai tu you pernah perasan tak ada satu kubur besar Cina di tepi lebuhraya?" tanya Syed.

Aku berfikir seketika. Ketika itu aku tidak dapat mengingati tentang kubur yang dikatakan Syed. Ya lah, aku bukan selalu gunakan lebuhraya PLUS hala selatan. Jadi aku tidak hafal sangat apa yang ada di kiri kanan lebuhraya itu. Kalau Lebuhraya PLUS hala utara aku lebih arif kerana aku kerap gunakan bila balik ke kampungku di Penang atau rumah mentua di Kedah.

"Jadi maksud you, apa yang I nampak tu ada kaitan dengan perkuburan Cina tu?" tanya aku.

"I'm not sure, but may be..Kan kawasan perkuburan selalunya keras? Apa lagi di pagi buta macam tu, iblis berkeliaran, semua boleh jadi", jawab Syed.

"You pun pernah terserempak dengan benda tu ke? Kan you selalu balik kampung di Johor?" tanya aku.

"Tak pernah le pula I terserempak dengan apa-apa benda pelik sepanjang highway. Lagi pun I selalu balik kampung waktu siang.." balas Syed.

Sejak itu jika aku ke Negeri Sembilan, Melaka atau Johor melalui Lebuhraya Plus, leherku pasti akan menoleh ke arah perkuburan Cina Nilai di seberang lebuhraya. Bayangan perempuan bergaun putih, berambut panjang dengan wajah pucat dan renungan mata yang kosong masih ku ingati hinga kini.

I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA KORANG SUKA 😃
ABAIKAN JIKA KORANG BENCI 😭

Episod seterusnya:
Tragedi Pantai PD 1 -------->>

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now