さようなら..さようなら (SAYÕNARA..SAYÕNARA)

448 75 89
                                    


Setiap kehidupan pasti ada kematian. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Setiap perjalanan pasti ada penamatnya.

Begitulah resam hidup - tiada yang kekal abadi kecuali Yang Maha Esa. Dan begitulah juga novel aku ini. Episod 26 yang korang baca sebelum ini adalah catatan terakhir aku tentang pengalaman aku menemui makhluk-makhluk misteri. Tiada lagi episod baru tentang cerita hantu lepas ini.

Aku mula menulis cerita "Jangan Buka Hijabku" pada 20 Oktober 2020. Syukur alhamdulillah target aku untuk menyiapkan 26 episod dalam tempoh dua bulan tercapai. Kalau ada masa aku bercadang hendak print cerita ini bagi tatapan anak cucuku kelak.

Aku memohon maaf sekiranya cerita aku menyentuh perasaan mana-mana pihak tidak kira yang masih hidup atau sudah meninggal.

Aku juga meminta maaf jika peminat-peminat kisah seram mendapati pengalaman yang aku coretkan dari episod 1 hingga 26 tidaklah seseram seperti yang mereka harapkan. Faham-faham sajalah true story, kalau ditambah babak rekaan bagi memantapkan senses of horror maka  akan hilanglah keaslian kisah benar. Sedangkan maksud aku menulis cuma untuk bercerita tentang apa yang aku sebenarnya alami tanpa tokok tambah. Seram atau tidak seram itulah pengalaman sebenar aku.

Walaupun novel ini sudah melabuhkan tirainya tetapi aku akan terus aktif sebagai pembaca Watpadd. Aku akan terus buka watpadd, baca tulisan korang, terus komen dan vote. Itu janji aku.

Terima kasih kepada  yang sudi mengorbankan masa berharga mereka dengan membaca, komen, kongsi dan  vote cerita yang tidak sehebat mana ini. Thank you for your kind cooperation. I really appreciate your help.

Bye bye readers.

さようなら
Sayōnara
😢😭😢😭

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now