Episod 17: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 1

510 79 17
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Seperti pagi-pagi lain, aku antara orang terawal tiba di ofis pada pagi Isnin itu. Masuk saja bilik, ternampak sekeping surat terselit di atas meja. Di penjuru kanan surat terselit tag "SEGERA". Sebuah nota ringkas bertulis tangan tercatat di atas surat itu:

"Sila hadir mesyuarat ini. Saya ada mesyuarat lain."

Itu arahan boss. Arahan yang tidak boleh disanggah sama sekali. Biasanya kalau arahan daripada boss, hanya sakit atau mati saja sebagai alasan untuk menolak arahannya. Boss always right. Full stop!

Aku melihat tarikh mesyuarat yang perlu dihadiri. Alamak..14 haribulan tu kan esok? Mesyuarat itu di Johor Bahru pula. Kalau di KL okaylah juga. Aduhai..baru saja sampai dari Kuching  kelmarin,  esok aku kena pergi ke Johor Bahru pula. Letih!

Aku ke bilik Mira, PA boss. Minta dia tolong uruskan tempahan tiket kapalterbang KL-Johor Bahru-KL. 

10 minit kemudian Mira  datang ke bilik aku.

"Cik Jeff. Saya dah check semua flight. Tapi semua flight ke JB penuh untuk malam ni dan esok" beritahu Mira.

"Err..flight pagi esok pun penuh? Kenapa penuh pulak Mira? Selalunya masih sempat booking, kan?".

"Ramai orang balik kampung kot. Kan lusa public holiday?", Mira membuat andaian.

Memandangkan tiket kapalterbang sudah habis, terpaksalah aku naik kereta ke Johor Bahru. Aku sebenarnya bukan suka sangat naik kereta jauh-jauh seorang diri. Kalau isteri ikut lainlah, tidaklah boring sangat. Ada juga peneman bercakap dalam kereta selama kira-kira 4 jam itu.

"Hello Im.." aku menelefon isteri, "Esok abang kena pi meeting di JB. Nak ikut dak?"

"Alaaa..esok nak pi JB, hari ni baru abang kalut nak bagitau. Esok ada meeting kat klinik, Im kena present satu  paper dalam meeting tu. Jadi sori la Im tak boleh ikut"

Dah tak boleh ikut, apa nak buat!

Esoknya aku bertolak awal ke Johor Bahru. Mesyuarat pukul 2.30 petang tapi pukul 1.00 tengahari aku sudah sampai. Elok juga sampai awal, ada banyak masa untuk aku makan dan solat zohor sebelum mesyuarat bermula.

Mesyuarat habis dalam pukul 5.30 petang. Aku bergegas ke lif untuk ke tempat parking di tingkat bawah. Harap-harap dapat sampai ke rumah di KL awal dalam pukul 9.30 malam.

Tapi ketika keluar lif untuk  ke tempat parking kereta, bahuku ditepuk oleh seseorang.

"Laa..Helmi, apa kabar? Lamanya kita tak jumpa?" tegur aku.

Helmi kawan lama aku masa di UM dulu. Kami pernah menjadi roomate masa menyewa sebuah rumah dekat Bangsar ketika di tahun akhir pengajian di UM. Sekarang dia kerja di sebuah agensi di Johor Bahru.

"Lama aku tak dengar berita tentang kau Jeff. Makin kurus jer, tak cukup makan ke?" tanya Helmi berjenaka.

"Ishhh kau ni. Mana ada kurusnya. Tambah gemuk ada laa. Sekarang ni aku dah 62 kilo tau?" kata aku.

"Jeff...Aku pun dah lama tak jumpa kau. Apa kata kau ikut aku balik ke rumah aku. Boleh borak-borak sikit. Boleh kan? Nanti dinner kat rumah aku. Makan kenyang-kenyang. Bagi gemuk sikit, baru hensem" kata Helmi sambil ketawa kecil.

Kalau ikut hati, aku sangat-sangat keberatan untuk ke mana-mana lepas mesyuarat. Aku agak keletihan sebenarnya. Kalau boleh nak pecut kereta balik ke rumah di KL selaju yang boleh. Malam ini bolehlah tidur awal sikit.

Jangan Buka HijabkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang