Episod 19: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON

461 75 24
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Adalah menjadi lumrah bagi setiap perkahwinan manusia normal, ia akan disusuli dengan kelahiran cahaya mata. Begitulah juga perkahwinan aku dan Im. Kebetulan Allah jadikan kami agak subur. Pantang rapat pasti ada hasilnya! Lalu lahirlah anak-anak berderetan hampir setiap tahun!

Anak-anak pula bila sudah pandai berjalan, sering ajak keluar rumah jalan-jalan ambil angin. Maka akhirnya setiap hujung minggu telah menjadi rutin wajib pula untuk aku membawa anak-anak ke taman reakreasi, supermarket, rumah saudara mara atau paling kurang pun ronda-ronda naik kereta tanpa arah pusing KL.

Suatu hari, isteriku Im mengajak kami sekeluarga bercuti di Port Dickson atau PD. Sebenarnya aku dan isteri memang sudah lama merancang hendak bercuti ke PD dan bermalam di sana selama beberapa hari. Cuma masa tidak mengizinkan melakukannya lebih awal.

Akhirnya angan-angan itu menjadi kenyataan. Lalu suatu petang cerah, aku, isteri dan tiga orang anak tiba di sebuah chalet tepi laut di PD. Adik perempuan aku, Ani bersama anak perempuannya ikut serta bercuti bersama kami di PD. Kami rancang untuk tinggal di chalet PD itu selama 3 hari.

Chalet di PD yang aku sewa tersebut mempunyai tiga bilik. Aku, isteri dan tiga anak tinggal di master bedroom, Ani dan anaknya tinggal di satu lagi bilik. Satu bilik lagi dibiarkan kosong.

Semuanya boleh dikatakan lengkap di chalet itu. Bilik tidur yang kemas, hall yang agak luas bersama sofa yang selesa dan ruang dapur yang siap dengan dapur gas dan pinggan mangkuk asas untuk memasak. Sebelum bertolak ke PD, Im sudah sediakan bekalan bahan makanan mentah - beras, gula, teh, susu, bawang, cili, garam, roti dan lain-lain untuk dibawa ke PD. Tidak perlu lagi terkejar-kejar mencari kedai makan kerana semuanya dimasak sendiri nanti oleh Im dan Ani sepanjang percutian ini.

Hari pertama tinggal di situ hanya satu peristiwa kecil berlaku. Ani mengadu malam tadi dia susah hendak tidur. Macam ada gangguan yang mengganggu tidurnya.

"Malam tadi tak dengar apa-apa ka?" tanya Ani.

"Apa yang Ani dengar? Kami semua dalam bilik tidur mati" jawab aku.

"Macam dengar suara pompuan gelak dekat luar bilik".

"Pompuan gelak? Mungkin suara penyewa chalet sebelah yang gelak tu kot" kataku sekadar untuk menyedapkan hati.

"Tapi dia gelak semacam la, abang Jeff. Meremang bulu roma dengar".

Sejujurnya sebelum aku ke PD aku telah diberi amaran oleh rakan seofis supaya berhati-hati ketika menyewa chalet di PD.

"Aku bukan nak takutkan kau. Tapi banyak cerita orang tentang chalet PD. Jumpa pompuan dalam bilik mandi le, jumpa pompuan kat dapur le, dekat katil le, macam-macam" kata kawan aku Burn.

"Tapi tak apalah, kau pun dah booking chalet tu kan? Cuma kau berhati-hati sikit di sana. Jangan cakap besar dalam chalet, jangan sebut perkataan-perkataan yang berbau mistik yang boleh mengundang benda pelik datang..", nasihat Burn.

Nasihat Burn itu aku pegang. Sebelum bertolak pun aku sudah beritahu isteri, anak-anak dan Ani supaya jaga pertuturan semasa di chalet. Kita tidak pasti apa yang kita tidak nampak mereka tidak nampak kita.

Hari kedua di PD, lepas saja sarapan pagi, aku, Im, Ani dan anak-anak kami ke pantai. Semua kami terjun ke laut, kami cuba menikmati mandian laut yang jarang dilakukan bersama. Paling seronok pastilah anak-anak kerana itu adalah pengalaman pertama mereka mandi laut di pantai PD.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now