Episod 24: GADIS AYU BERKEBAYA KUNING

451 70 37
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Suatu petang isnin di pejabatku di Kangar:

"Jeff..paper pembinaan Kompleks Pembangunan Daerah yang baru tu dah siap ke?," tanya encik Rosman yang tiba-tiba terpacul berdiri di depan pintu bilik pejabatku. Encik Rosman adalah boss di agensi tempat aku kerja di Kangar. Dia orang Johor.

"Belum siap lagi la boss. Esok pagi siap kot. Komen dari pejabat tanah, jabatan perancang, JKR, JPS semua belum dapat" jawab aku.

"I tak ada masa le Jeff. Esok seharian meeting di KL. Lusa dah nak kena bentang paper tu kat Exco. You kena siapkan sebelum 5.00 petang ni boleh tak? I nak tengok draf dia dulu" desak boss.

"I try my best, boss.." jawabku sambil mata melihat jam yang sudah masuk pukul 3.00 petang. Dalam hati aku sudah mengagak tidak mungkin kertas itu dapat aku siapkan sebelum pukul 5.00 petang. Banyak jabatan-jabatan teknikal belum beri komen. Project cost estimation pun belum siap lagi. Hendak karang kertas kerja ikut formatnya lagi.

Itu tidak masuk kerja urgent lain yang bertimbun dalam fail atas meja. Ada yang target date esok kena siap, lusa kena siap, tiga hari lagi kena siap. Laporan mesyuarat yang aku hadir di KL tiga hari lepas dan laporan mesyuarat di Ipoh kelmarin pun belum sempat buat. Haihhhh..botak la kepala aku nanti kalau semua nak disiapkan serentak!

Sedang aku asyik memberi tumpuan untuk siapkan kertas kerja projek Kompleks Pembangunan Daerah, tiba-tiba tepat pukul 5.00 petang encik Rosman muncul sekali lagi di depan pintu bilik aku.

"Dah siap ke paper tu Jeff?" tanya encik Rosman  dengan wajah macam tidak puas hati.

"Belum siap boss. Sikit jer lagi siaplah. Tadi sedang rancak buat paper big boss panggil mengadap dia pulak. Rasanya dalam pukul 7.00 nanti siap la kot, " jawab aku.

"You guarantee ke pukul 7.00 siap, Jeff? Entah-entah lepas isyak pun tak siap." Haii..orang tua ni macam hendak bergaduh dengan aku jer. Wahai hati, bertenanglah.

"Macam ni le Jeff..." kata encik Rosman sambil melihat jam tangannya, "You kena siapkan paper tu hari ni juga, tau? By hook or by crook you kena siapkan sebelum pukul 10.00 malam ni. I dah tak ada masa ni. Bila siap you e-mail kat I nanti, okay? Nanti bolehlah I baca sebelum tidur atau masa kat airport esok."

"Insyaallah boss..boss tak balik lagi ka?" kata aku melunakkan suara. Saja nak melembutkan hati sendiri yang kadang-kadang rimas dengan arahan bertalu-talu boss.

"Tu le..petang ni rasa hati nak balik lambat sikit. Tapi Dato' Sahid ajak main golf pula dah... Tak ikut dia nanti payah pula,". Aku cuma tersenyum. Kata tadi tak ada masa. Main golf ada masa pula. Aku tergelak sendiri dalam hati.

Dato' Sahid ialah big boss kami. Big boss yang hanya pikir dia saja betul walaupun yang dia kata betul itu banyak bengkoknya!

Aku teruskan kerja menaip kertas kerja di dalam komputer. Ada lima jam lagi sebelum target time pukul 10.00. Nampaknya malam ini aku kena stay back kat ofis lagilah. 

Sebenarnya boleh saja aku balik ke rumah, siapkan kertas kerja di rumah, kemudian e-mail kepada boss. Tapi itulah..di rumah  dengan anak-anak kecil yang suka mengganggu, susah nak concentrate kalau buat kerja. Di ofis tiada siapa ganggu aku buat kerja. Boss dan semua staff sudah cabut balik rumah. Yang ada di ofis cuma aku dan bunyi benda-benda yang bergerak atas siling yang mungkin tikus!

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now