Episod 13: TILAM PUAKA 1

511 82 19
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience:  paranormal experience!
Teruskan membaca:

Suatu hari selepas beberapa hari nazak, jiran yang tinggal di sebelah rumah ayahku yang kami panggil Pak Teh meninggal dunia. Aku yang pada hari itu sedang bekerja di bandar NT segera bergegas pulang ke kampungku di TG untuk menziarahi mayat Pak Teh.

Tidak jauh jarak NT dan TG, cuma kira-kira sejam perjalanan naik kereta sampailah ke destinasinya.

Sesampai aku di rumah, kelihatan orang sudah ramai di halaman rumah aruah Pak Teh, malah melimpah hingga ke halaman rumah ayah aku.

Hari itu adalah hari sedih bagi keluarga kami di TG. Ini kerana aruah Pak Teh adalah jiran paling dekat dengan rumah ayah yang semasa hidupnya hari-hari dijumpai dan saling disantuni.

Aruah Pak Teh memang orang terkenal di kampung itu. Dia seorang tua yang sangat baik, terlalu baik. Pandai mengurut pula tu. Masa kecil bila aku jatuh pokok rambutan dan tanganku terseliuh, aruah Pak Tehlah yang mengurut dan membetulkan tangan aku hingga pulih sepenuhnya secara percuma. Bila aku dimarahi ayah, aruah Pak Teh dan Mak Tehlah yang menenang dan memujuk aku.

Aruah Pak Teh juga seorang kaki masjid. Walau jarak masjid dengan rumah aruah Pak Teh kira-kira 2 kilometer ia tidak menghalang Pak Teh berjemaah di masjid setiap waktu kecuali jika dia tak sihat. Biasanya Pak Teh hanya mengayuh basikal tua untuk ke masjid, tak kira waktu Subuh atau Isyak.

Selain itu aruah Pak Teh seorang yang sangat cool. Tak pernah sekali aku dengar dia marah apa lagi bercakap benda buruk. Malah keluarga kami juga banyak kali pernah dibantunya.

__________________________________

Seminggu selepas kematian aruah Pak Teh, aku sekali lagi pulang ke rumah keluargaku di TG bagi menjenguk ibu dan ayah. Memang sudah menjadi rutinku sejak kerja di NT, setiap hujung minggu akan balik kampung, kecuali jika ada urusan penting di ofis.

Ketika pulang ke kampung itulah ibu bercerita macam-macam yang berlaku di rumah aruah Pak Teh lepas dia meninggal. Aku agak terkejut dengan cerita ibu. Macam tak percaya pulak!

"Sehari lepas aruah Pak Teh meninggal, malam tu mak dengar macam bunyi suara kucing di luar rumah," cerita ibu, "Tapi masa mak pi buka pintu, tak dak pula nampak kucing di luar rumah".

"Lepas tu mak dengar macam suara lelaki berdehem dari luar rumah aruah Pak Teh. Mak heran juga sebab dalam rumah tu tak dak lelaki lepas kematian Pak Teh. Bila mak tengok ke arah rumah aruah Pak Teh....Ya Allah, mak nampak satu kelibat hitam dan besar dok perhati mak!"

"Kelibat? Mak tak salah tengok ka? Bayang pokok kot?" aku cuba menyedapkan hati yang tiba-tiba rasa berdebar pula.

"Ishh hang ni. Mak walau umur dah dekat 50 tapi tak rabun lagi laa. Bukan macam hang, muda-muda lagi dah pakai spect" hujah ibu dengan wajah serius.

"Tinggi ka kelibat yang mak nampak tu, mak?" tanya aku.

"Uishhh..tinggi! Agaknya dalam 20 kaki kot" jawab ibu.

20 kaki? Maknanya dalam 6 meter lebih juga laa. Tinggi tu!

Dua malam kemudian pula ketika hendak mengambil wuduk di dapur, ibu kata dia ternampak satu bebola api besar berterbangan dari arah bendang dan kemudiannya mendarat di atas bumbung rumah aruah Pak Teh.

"Mujur masa tu mak dah selesai ambik wuduk. Kalau belum ambik wuduk lagi, kena panggil ayah hang laa teman mak ke dapur agaknya" beritau ibu.

"Mak Teh macam mana mak? Dia tak nampak apa-apa ka di rumah dia?" tanya aku.

"Entah la. Mak pun tak pernah tanya dia. Lagi pun Mak Teh masih bersedih. Nanti Jeff pi la jenguk-jenguk Mak Teh. Tapi jangan cakap sikit pun apa yang mak nampak kat Mak Teh, tau? Pi laa sat gi rumah depa nooo.. Mana tau loyar buruk Jeff mungkin dapat hiburkan Mak Teh"

Petang itu, aku ditemani dua orang adik perempuanku - Nor dan Ani - pergi ke rumah aruah Pak Teh untuk menziarahi Mak Teh. Selepas kematian Pak Teh, rumah separuh batu dan separuh kayu itu dihuni oleh Mak Teh dan seorang anak perempuannya.

Kehilangan Pak Teh membawa kesan mendalam kepada Mak Teh kerana selama ini banyak urusan rumah seperti ke kedai beli barang, bayar bil letrik dan air semuanya dikendalikan Pak Teh.

Mak Teh menerima kunjungan aku dan adik-adikku dengan wajah tidak berapa ceria. Aku faham apa yang dirasanya, rasa kehilangan dan kekosongan yang pasti mengambil masa panjang untuk pulih. Maklumlah 50 tahun berkongsi kasih, kini Pak Teh sudah tiada lagi di dunia ini.

Sedang bersembang dengan Mak Teh diselangi lawak bodoh yang sengaja aku cipta, tiba-tiba perhatian aku tertarik kepada katil bujang yang menempatkan aruah Pak Teh masa dia sakit selama beberapa hari sebelum kematiannya.

Mengapa tilam katil itu seperti bergerak bila ku jeling dengan ekor mataku? Bukan sekali aku menjeling. Tapi berkali-kali. Dan setiap kali menjeling dengan ekor mata nampak macam tilam katil itu bergerak. Sekejap melengkung ke atas, sekejap melengkung ke bawah.

Tapi bila mata aku memandang tepat ke arah tilam tidak nampak pula ada apa-apa pergerakan di situ. Aneh, kata hatiku!

"Nor ada nampak dak tilam katil tu..macam.." kataku kepada adik aku.

"Macam apa?" tanya Nor.

"Tak dak apalah.." kataku bila menyedari Mak Teh sedang memerhatikan aku.

Kerana tidak berpuashati dengan apa yang aku nampak dengan ekor mata, aku bangun untuk memeriksa tilam katil itu dengan mataku sendiri.

Aku mendekati katil itu. Ternampak bahagian tengah tilam melengkung ke dalam seperti ada orang sedang tidur di atasnya.

"Ehh..awat melengkung pula tilam ni, awat tak rata?" tanya aku kepada Nor dan Ani yang berada di sebelahku, "Bukan ada orang tidur atas tilam ni pun"

Aku yang gatal tangan kemudiannya mengubah posisi tilam itu, bahagian atas ku terbalikkan ke bawah dan bahagian bawah ku tukar ke atas supaya ia nampak rata dan tidak melengkung lagi.

Kemudian aku pergi kepada Mak Teh untuk meneruskan perbualan dan lawak jenaka bodohku.

"Abang..mai sat" panggil Ani, yang kebetulan sedang berada dekat katil aruah Pak Teh.

Aku bergerak ke arah Ani.

"Awat Ani?" tanya aku berbisik. Takut pula Mak Teh mendengar perbualan kami.

"Tu.." Ani menunjukkan jarinya ke arah katil di sebelahnya.

Agak terkejut aku bila melihat tilam di atas katil itu melengkung kembali di bahagian tengah, pada hal tadi aku sudah membetulkannya menjadi rata. Macam ada sesuatu benda berat yang tidak kelihatan sedang tidur di atasnya!

Aku mengalihkan sekali lagi posisi tilam itu: bahagian atas diterbalikkan ke bawah dan bahagian bawah diletakkan di atas bagi menjadikan ia kembali rata. Kemudian aku dan adik-adikku meninggalkan katil untuk meneruskan perbualan dengan Mak Teh.

Sebelum pulang ke rumah sekali lagi aku ke arah katil itu. Dan Ya Allah..tilam bahagian tengah melengkung kembali ke dalam. Siapa gerangan yang sedang tidur di atasnya?

Lepas itu beberapa kali aku membuat eksperimen ke atas tilam itu dengan mengalihkan posisinya. Tapi tilam itu hanya menjadi rata ketika aku berada dekat dan tepat memerhatikannya. Bila aku bergerak meninggalkan katil dan kemudian berpaling ke arah lain, tilam itu yang asalnya rata kembali melengkung!

Permainan apakah ini? Tanya hati aku.

Esoknya aku tinggalkan rumah orang tuaku di TG untuk pulang ke rumahku di NT kerana pada hari Isnin aku harus kembali bekerja.

Dalam perjalanan pulang menaiki kereta ke rumahku di NT, hati tidak habis-habis bertanya: apa misteri di sebalik tilam melengkung itu? Ada ke teori fizik yang boleh menjelaskan teka teki itu? Aku tidak dapat menjawabnya kerana result fizik aku pun so so saja!! 😃

I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA SUKA 😃
ABAIKAN JIKA BENCI 😭

Episod seterusnya:
Tilam Puaka 2 -------------->

Jangan Buka HijabkuOn viuen les histories. Descobreix ara