Episod 21: SUMPAHAN BAPA JIN

471 80 26
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Suatu hari minggu ketika matahari Januari sedang memancarkan cahaya panasnya, isteriku Im memberi satu idea bernas.

"Abang..Tahun Baru Cina bulan depan kita dapat cuti dua hari kan?"

"Ahaa..dua hari," jawabku yang ketika itu sedang mengemop lantai ruang tamu.

"Kita balik kampung, nak?" Im bersuara lagi sambil tangan membelek kalendar yang tersangkut di dinding rumah, "Cuti Tahun Baru Cina hari Khamis dan Jumaat. Sabtu dan Ahad memang kita cuti. Jumaat lepas tu pula ada public holiday. Kalau kita ambik cuti empat hari..."

"Kalau kita ambik cuti empat hari, kita dapat cuti berapa hari?" aku memotong cakap isteri sambil tangan terus mengemob lantai. Di dalam hati, aku juga sangat berminat dengan rencana balik kampung Im. Maklumlah sudah beberapa bulan kami tidak balik ke rumah orang tuaku di Penang dan rumah orang tua Im di Kedah.

"Kalau kita ambik cuti empat hari kita boleh dapat cuti sebelas hari. Wowww..banyaknya cuti..best!" kata Im terlompat kecil kerana gembira dengan ideanya.

"Nanti abang cuba apply cuti. Harap-harap boss approve" kata aku.

Memang boss aku kalau bab staff cuti dia alergik sikit. Dia mahu semua orang macam dia: workaholic, jarang bercuti, public holiday pun datang kerja.

Tapi alhamdulillah..mujur juga boss aku yang sangat cerewet itu akhirnya luluskan juga cuti aku. Cuti Im juga diluluskan bossnya.

Maka pada suatu pagi dingin, aku, Im dan anak-anak bertolak balik ke Utara Semenanjung.

___________________________________

Kami mulakan percutian kami di rumah orang tua Im di Alor Setar. Rancangan kami, hari pertama dan kedua cuti cuma nak habiskan masa di rumah mentua dan melawat sanak saudara sekitar Alor Setar. Hari ketiga pula kami cadang nak ke Langkawi, tidur dua tiga malam di sana. Minggu berikutnya hendak ke Penang, melawat beberapa tempat menarik seperti Batu Feringgi, Padang Kota dan Penang Hill.

Tetapi manusia cuma merancang. Allah jua Yang Maha Perancang...

"Abang.." pinta Im di hari pertama kami bercuti, "Jom kita pi tengok dusun kita di Sintok. Lama dah tak tengok dusun. Entah-entah dah semak samun dusun kita".

Kami sebenarnya ada membeli sebidang tanah dusun di Sintok, tidak jauh dari Universiti Utara Malaysia. Rancangan kami tanah seluas lebih kurang seekar itu nak ditanam durian, mempelam, manggis dan rambutan. Bila sudah hampir hendak pencen nanti kami akan dirikan sebuah banglo di situ untuk tempat tinggal di hari tua. Itulah perancangan kami.

Petang itu lepas solat asar, aku dan Im bergerak meninggalkan rumah mentua di Alor Setar untuk ke dusun kami di Sintok. Lima orang anak aku ikut sama.

"Fitt, Famie, Fann tak payah ikut ke Sintok lah". Tiba-tiba terdengar suara bapa mentua memberi cadangan, "Tak baik budak-budak kecik masuk belukar"

Ketika itu Fitt berumur tiga tahun lebih, Famie dua tahun lebih dan Fann setahun lebih. Isteriku memang jenis subur..pantang bersentuh, mesti jadi anak, haha!

Tetapi ketiga-tiga anak lelaki kami yang paling kecil itu menangis dan berguling-guling ke lantai bila dihalang ikut kami. Lalu akhirnya semua lima anak mengekori kami ke dusun di Sintok.

Bila sampai ke dusun..ya Allah dusun sudah semak samun dipenuhi belukar. Maklumlah sudah lama tidak balik tengok dusun.

Aku buka pintu kereta MPV, ambil peralatan pembersihan dusun yang berada dalam bonet dan terus masuk ke dusun diikuti isteri dan anak-anak.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now