Episod 9: BANGLO PUAKA DI TEPI KUBUR

681 106 30
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!
Teruskan membaca:

Suatu petang hangat ketika matari kian condong ke ufuk timur, aku tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang.

Ketika kakiku menyentuh bumi KL, hati berbaur antara suka dan duka. Suka kerana selepas belasan tahun asyik membelek buku akhirnya aku mendapat kerja pertamaku. Duka kerana terpaksa meninggalkan kampung ku di Pulau Pinang, meninggalkan keluarga besar kami yang sentiasa ceria dengan ketawa adik-adik.

Kawan lamaku, Zack mengambil aku di stesen KTM dan membawa aku ke rumah sewaannya di Kampung Datuk Keramat. Aku menumpang di rumahnya seketika sebelum dapat sewa rumah sendiri nanti. Zack ketika itu sedang menyambung master di UM.

Esoknya aku melaporkan diri bertugas di HQ agensi tempat aku bekerja di Jalan Tun Ismail. Pukul 7.15 pagi aku sudah berada di depan bangunan HQ. Awal aku sampai kerana hati begitu teruja untuk memulakan kerja pertama!

Terdapat 12 anggota baru termasuk aku yang melaporkan diri pada hari itu. Kami perlu menjalani training khas selama 10 hari di HQ sebelum kami ditempatkan di tempat kerja yang belum diketahui lokasinya.

Pada hari terakhir training, pegawai HR membacakan nama kami dan lokasi penempatan kami. Aku akan di tempatkan di Pulau Pinang dan perlu melaporkan diri di HQ negeri di Jalan Penang.

Esoknya aku pulang ke Pulau Pinang bersama seorang lagi rakan, Is yang juga mendapat kerja pertama di Pulau Pinang . Sesampai saja ke rumahku di TG ayah gembira bukan main kerana aku dapat kerja pertama di negeri aku berasal dan bukan KL seperti jangkaannnya.

"Kan mak dah kata, hang sejak kecik selalu akan bernasib baik. La senang laa dapat kerja di Penang" kata emak.

Hari berikutnya aku dan Is pergi melaporkan diri di HQ negeri. Pegawai HR di HQ negeri memberi surat yang menerangkan penempatan lokasi kami bekerja. Aku dapat kerja di bandar NT, rakan aku pula dapat kerja di HQ negeri.

Aku kemudian bergegas ke NT untuk melaporkan diri. Selepas menyerahkan surat kepada kerani HR, aku menemui boss kami bernama encik Nick yang berasal dari Kelantan.

Panjang juga Encik Nick menemu bual aku dari soal official hingga soal peribadi.

"Nanti you duduklah rumah ofis dekat pekan SB. Rumah tu pun dah sebulan kosong sejak Encik Os bertukar ke Pahang. Kalau takut sunyi duduk sorang, ajak kawan-kawan bujang duduk sekali" cadang encik Nick selepas tahu aku belum ada rumah sewa.

Encik Nick kemudian memanggil pemandu ofis kami Pak Man.

"Bawa encik J ke rumah yang encik Os duduk dulu. Dia akan tinggal di sana" arah encik Nick.

Aku kemudian dibawa Pak Man ke rumah yang dikatakan encik Nick.

Jalan masuk ke rumah yang akan aku duduki itu perlu melalui satu jalan kecil yang sungguh damai. Ia jalan berbukit dengan kiri kanan jalan dinaungi pepohon besar dan rimbun dari spesis pokok hujan-hujan dan pokok sena.

Akhirnya sampailah kami ke sebuah rumah di pertengahan bukit kecil itu. Di situlah aku akan tinggal nanti.

Pandang saja rumah itu dada aku sudah berdebar. Aku ingatkan rumah teres tapi rupanya ia sebuah banglo setingkat yang sederhana besar. Empat pokok besar dan rimbun memayungi halaman rumah persis pokok-pokok dalam cerita seram Barat. Banglo setingkat itu menyerupai bangunan British kuno dengan reka bentuk ala-Tudor. Mengikut Pak Man banglo itu dibina tahun 1956, patutlah rekabentuk kolonialnya begitu terserlah.

Masuk ke dalam rumah aku periksa 3 bilik yang sudah disediakan katil, tilam dan almari. Ruang tamu dan ruang makan juga sudah tersedia sofa dan kerusi meja. Di dapur pula sudah tersedia dapur gas. Fully furnished!

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now