Episod 22: ALLAHU..JIRANKU CIK PONTI!!

509 73 33
                                    

Amaran: Ini adalah antara episod paling seram dalam buku aku ini. Korang dinasihatkan membaca kisah ini pada waktu malam ketika berseorangan dalam bilik yang bertutup lampu bagi menambah rasa seram..

Teruskan membaca my real experience ini:

Di suatu pagi cerah, telefon di dalam bilik ofisku berdering.

"Hello Cik Jeff" terdengar suara Mira, PA boss di gagang telefon "Boss panggil masuk bilik".

Ehh..orang tua ni, bisik hatiku, tak boleh tengok orang senang sikit. Mesti ada kerja urgent dia nak suruh buat ni.

"Assalamualaikum Tuan Haji" kata aku terus duduk di kerusi selepas melihat isyarat tangan Haji Amri yang mempersilakan aku duduk.

"Tahniah" kata Haji Amri, berdiri dan menghulurkan tangan bersalam denganku. Sekeping surat di tangannya diserahkan kepada aku.

"Alhamdulillahh" kata aku tersenyum selepas membaca tajuk surat itu. Siapa tidak suka bila dapat naik pangkat kan?

"Jadi bulan depanlah you kena pergi kursus naik pangkat tu ye?" kata Hj Amri.

"Ya.." jawab aku sambil mataku merenung kandungan surat dari cawangan naik pangkat itu, "Surat ni kata 2 haribulan depan kursus start. Sehari sebelum tu..1 haribulan saya dah kena pergi lapor diri di SP" jawab aku.

Itu yang tidak seronoknya tentang urusan naik pangkat ni. Memanglah seronok gaji dan elaun naik bertingkat-tingkat. Tetapi yang tidak seronoknya kena pergi kursus naik pangkat pula dahhh.. Kalau seminggu kursus tidak apa lagi, tapi kursus ini selama tiga bulan,..aduhai! Dan yang tidak seronoknya kursus dibuat di sebuah institusi latihan di bandar SP, Kedah.

"Nanti you buat take over note, ye" arah Haji Amri, "Masukkan semua kerja yang you belum siap dan sedang berjalan dalam take over note. Nanti mudah Rizal nak take over your work".

Bila sampai ke rumah aku beritahu puan isteri yang aku kena pergi kursus naik pangkat selama 3 bulan di SP.

"Pergi ja lah bang" kata isteriku, Im, "Naik pangkat kan rezeki. Rugi kalau tolak rezeki"

"Habis Im macam mana? Anak-anak macam mana?" kata aku dengan nada suara risau, "Im nak hantar anak ke tadika lagi, Im nak pi kerja lagi, nak urus makan minum anak-anak lagi... Kalau kursus di KL tak apa juga abang boleh berulang bantu apa yang patut. Tapi ni kursus di Kedah, kena tidur di asrama macam orang bujang..''.

"Abang pi ja la kursus di Kedah tu. Jangan dok pikir Im dan anak-anak di KL ni. Pandailah kami jaga diri.."

Memang aku tahu Im wanita berdikari. Aku tahu dia dapat uruskan rumah dan anak-anak tanpa aku. Tetapi dalam hati tetap risau. Tiga bulan woooo tak dapat dakap bini!!

Dipendekkan cerita, walaupun berjauhan dengan keluarga, tapi kursus itu memang agak interesting juga. Dapat rakan-rakan baru dari seluruh Semenanjung yang sebahagiannya seperti aku, sudah pun berkahwin.

Di Kedah hari kerja kerajaan ialah dari hari Ahad sampai Khamis. Jumaat dan Sabtu cuti. Jadi setiap petang Khamis kami yang berkeluarga dan tinggal di KL dan negeri-negeri lain ini akan balik ke rumah masing-masing. Ada yang balik rumah naik bas, ada yang naik kereta secara bergilir-gilir.

Hari Sabtu malam pula dari rumah kami akan bertolak balik ke SP semula. Biasanya kami tiba di asrama pada pagi Ahad antara jam 5 hingga 7 pagi sebab pukul 8.30 kelas sudah bermula.

Yang paling best, kerana ketika itu tidak banyak kursus, kami peserta kursus seramai lebih kurang 30 orang diberi bilik single room yang biasanya dikhususkan untuk pegawai atasan agensi sahaja. Bilik single room yang kami dapat itu siap dengan bilik air dan sebuah freezer kecil di dalamnya. Aku dapat sebuah bilik di tingkat 4 iaitu tingkat paling atas, lot nombor 2 dari hujung. Bilik paling hujung di sebelah bilik aku kosong tidak berpenghuni.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now