Episod 12: OPS CANTAS KEPALA JIN

512 94 24
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience -  paranormal experience!
Teruskan membaca:

Begitu cepat masa berlalu. Setahun, dua tahun dan kini sudah tiga tahun aku tinggal di banglo tepi kubur itu.

Dalam tempoh tiga tahun itu banyak perkara yang sudah berubah. Joe sudah berkahwin beberapa bulan lepas. Selepas berkahwin, Joe berpindah keluar dari rumah kami. Dia tinggal bersama isterinya di sebuah rumah teres yang letaknya cuma 6 kilometer dari rumah kami.

Min pula sudah bertunang. Tunangnya bukan calang-calang orang, seorang yang digeruni dalam bidang guaman syarie. Jika berkahwin nanti, Min juga seperti Joe pasti akan meninggalkan rumah ini.

Cuma aku masih tetap seperti aku. Aku masih tak laku-laku di mata mana-mana wanita planet bumi, hahaha! Apa boleh buat, tiada wanita yang sudi merisik dan melamarku. Pernah teringat nak buat iklan dalam TV mempromosikan diri sendiri, tapi apa nak kata masalah kekangan kewangan menghalang!

Selepas sebulan Joe berpindah rumah, rumah kami menerima seorang rakan baru bernama Mus. Lalu tinggallah aku, Min dan Mus di rumah itu.

Mus pegawai veterinar dari Kelantan tapi kerana sudah lama tinggal di Utara, slang Kelantannya sudah hampir luntur. Sekali dengar semua orang akan menyangka dia orang Utara.

Mus sebenarnya sudah berkahwin. Isterinya juga orang Kelantan, seorang guru sekolah di Pasir Mas. Mereka sudah setahun berkahwin tapi belum dikurniakan anak. Setiap 2 atau 3 minggu sekali Mus akan balik ke Pasir Mas untuk menemui isterinya.

Suatu hari ketika cuti sekolah, isteri Mus datang bercuti di Pulau Pinang. Sepanjang percutiannya, isteri Mus tinggal di rumah kakaknya di bandar PB yang letaknya cuma 12 kilometer dari rumah kami. Maka dalam tempoh itu Mus hari-hari lepas ofis akan ke PB menemani isterinya.

Tapi suatu petang Mus muncul bersama seorang wanita yang agak cantik di pintu rumah kami.

"Ini isteri aku, Ju" Mus memperkenal isterinya kepada kami, "Kami nak tidur kat sini semalam dua. Boleh tak?"

Aku memerhatikan beg pakaian yang dibawa Mus. Tak kan pula aku nak kata tak boleh dalam keadaan mereka dan beg pakaian sudah berada di dalam rumah?

Dalam hati memang rasa kurang selesa dengan kehadiran wanita dalam rumah kami. Kami sudah terbiasa cuma berseluar pendek atau berkain pelikat tanpa berbaju di dalam rumah. Ruang tamu pula jarang berkemas. Tapi bila ada wanita dalam rumah kenalah ubah ketrampilan nanti!

"Nak duduk seminggu pun tak apa, Mus. Ni pun rumah hang juga kan?" kata aku sebagai ketua rumah. Hipokrit!

Pada malam itu, kami tidur agak awal. Pukul 11.00 malam aku dan Min sudah masuk ke dalam bilik masing-masing. Maklumlah petang tadi agak keletihan bermain bola hingga ke masa tambahan.

Mus dan isteri masuk bilik lebih awal dari kami. Faham-faham sajalah pasangan yang sudah lama tak jumpa kan?

Kira-kira pukul 1.00 pagi aku dikejutkan dengan bunyi jeritan wanita dari dalam bilik Mus. Aku hanya membatu dalam bilik. Mus dan isterinya bergaduh ke?

Ahh, biarlah mereka bergaduh manja. Itu urusan laki bini. Mengapa aku perlu ambik pot?

Tapi bila jeritan semakin nyaring, aku mula mensyakki sesuatu. Entah-entah...

Aku kuakkan sedikit daun pintu bilik. Mataku cuba memandang ke arah bilik Mus. Bilik Mus kelihatan sedikit terbuka dengan cahaya lampu terpasang.

Kemudian suara jeritan wanita terhenti. Tapi beberapa minit selepas itu kelihatan Mus keluar dari bilik dengan sebilah parang panjang. Hatiku mula rasa resah. Mus nak mengamuk serang sapa pula dah?

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now