Episod 11: IBLIS DALAM ALMARI

616 101 11
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience - paranormal experience!
Teruskan membaca:

Tengahari itu seperti tengahari Jumaat lain, aku ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Cuma hari itu ada beberapa hal besar di ofis berlaku yang menyebabkan aku agak terlewat sampai ke rumah.

Sampai saja aku di rumah, Joe dan Min sudah pun bersiap dengan baju Melayu masing-masing untuk ke masjid.

Kerana sudah sedikit terlewat, aku cuma mandi-mandi seketika, kata orang tua-tua seperti mandi kerbau. Mandi setakat untuk menghilangkan bau tengik peluh masa turun buat inspection di tapak projek pagi tadi.

Ketika sedang nak capai selipar untuk ke masjid, puas dicari tapi selipar masih tak jumpa. Pergi mana selipar burukku itu?

"Ni mesti kerja Afreezal tu. Hantu betoi" kata aku kepada Min dan Joe yang sedang menunggu dalam kereta dengan wajah gelisah kerana kelewatanku.

Afreezal ialah anak bongsu boss kami, encik Nick. Budak lelaki berhidung mancung dan berkulit cerah berusia 5 tahun itu sangat nakal. Dia tak boleh duduk diam, macam budak-budak hyperaktif!

Afreezal kerap datang ke rumah kami dengan basikal BMXnya. Mungkin dia rasa lebih serasi dengan kami yang berusia awal 20an, berbanding rumah-rumah lain atas bukit kecil itu yang dihuni mereka yang sudah pun berkeluarga. Sebab itulah kot Afreezal suka menjengok ke rumah kami.

Bila datang ke rumah biasanya Afreezal terjah ja masuk rumah, macam rumah mak pak dia sendiri. Kemudian dia akan sepahkan majalah atas rak di ruang tamu, kadang- kadang masuk ke dapur dan bilik tidur ikut hati dia saja. Pernah juga lepas kami jamu makan dia terlena atas sofa.

Tapi salah satu hobi dia yang aku paling naik angin ialah sengaja buat benda-benda yang kami tak suka. Selipar disembunyikan, letak bata bawah tayar kereta, sepah-sepah barang di ruang tamu dan baling mainan atas bumbung rumah adalah antara benda kegemarannya untuk sakitkan hati kami.

Dan sekarang selipar aku hilang lagi dalam keadaan kritikal mengejar masa untuk solat Jumaat!

Tengahari Jumaat itu aku rugi 7-8 minit jugalah untuk mencari selipar yang hilang. Akhirnya jumpa juga selipar itu dalam longkang belakang rumah. Ini mesti kerja Afreezal!!

Ketika kereta kami bergerak ke selekoh untuk keluar ke jalan besar ternampak kelibat seorang budak sedang bersembunyi di balik pokok ara besar. Tengok sekali lalu pun semua kami dah kenal siapa budak itu. Afreezal!!

Bila melepasi pokok besar itu, terdengar suara ketawa kecil dari belakang. Seronoknya hati dia dapat menyusahkan aku tadi!

"Budak ni..aku sumpah jadi batu baru tau!" kata aku.

"Lebih baik hang sumpah jadi porche, boleh laa aku sesekali pakai kereta hang" usik Min.

"Kalau aku..aku nak sumpah hantu pokok besar tu sembunyikan budak tu atas pokok tu. Biar dia tak kacau lagi kita lepas ni!" kata Joe dengan geram.

Ketika kami sampai ke dalam masjid, imam sedang membacakan alfatihah di rakaat kedua. Mujur baru terlepas satu rakaat, masih sempat jugalah dapat pahala solat Jumaat. Kalau sampai ke masjid imam dah beri salam, siaplah Afreezal kalau jumpa nanti!

Petang itu lepas solat Jumaat, ketika hendak ke ofis sambung kerja sesi petang, alamak...kasut yang Min letakkan di dalam rak di luar rumah pula hilang. Wajah Afreezal terbayang lagi. Masih tak puas hati lagi ke dia mempermainkan kami?

Walaupun akhirnya kasut yang dipakai Min dijumpai juga dekat perdu pokok buluh berdekatan sempadan kubur tapi kami rugi masa hampir 10 minit melayan game Afreezal petang ini. Damn!!

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now