Episod 5: SPIRIT OF THE COIN 1

879 138 37
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!
Teruskan membaca:

Cerita ini berlaku ketika aku di Tingkatan Enam di sebuah sekolah yang àgak popular di Pulau Pinang.

Ramai rakan-rakan sekelas aku tinggal di asrama yang disediakan pihak sekolah. Jarak antara asrama dan sekolah cuma 50 meter saja. Untuk ke sekolah hanya perlu jalan kaki. Jimat duit, jimat tenaga.

Bukan saja pelajar yang berasal luar dari bandaraya Pulau Pinang, yang rumah tidak jauh sangat dari sekolah pun ada yang tinggal di asrama. Kononnya mereka tinggal di asrama bagi memudahkan pembelajaran. Maklumlah semuanya ada cita-cita yang sama untuk melanjutkan pendidikan ke universiti.

Asrama sekolah kami itu adalah satu bangunan lama yang letaknya berhampiran satu kawasan perkuburan Kristian yang agak luas. Di satu sudut perkuburan terdapat beberapa kubur yang menempatkan mayat tentera British yang menjadi korban Perang Dunia Kedua.

Aku bagaimana pun tidak tinggal di asrama. Ini kerana aku lebih selesa tinggal dengan sepupu di Butterworth. Setiap hari aku berulang alik naik feri menyeberang laut dari Butterworth ke sekolah yang terletak di bandaraya Pulau Pinang. Turun feri kena naik bas pula untuk ke sekolah. Selama dua tahun bersekolah di situ hampir setiap hari aku dilambung ombak Laut Melaka hingga air laut yang sering terpercik ke muka sudah tak terasa lagi masinnya.

Di sekolah kami ada seorang gadis Cina bernama Jenny Lew. Jenny memang cantik, maklumlah neneknya orang putih dari Scotland. Matanya bundar, hidung sedikit mancung, rambut hitam keperangan dan bertubuh tinggi seperti fizikal orang Eropah. Jenny memang jadi kegilaan beberapa pelajar lelaki tapi Jenny tak pernah menunjukkan minat terhadap sesiapa. Semua kami dilayannya dengan baik sebagai kawan.

Jenny adalah anak kepada seorang pemilik kedai besar di bandaraya Pulau Pinang. Walaupun banglo elit keluarganya cuma terletak tidak sampai 10 km dari sekolah tapi Jenny memilih untuk tinggal di asrama atas alasan bagi memudahkan pembelajarannya.

Jenny walaupun berketurunan Kristian tapi sering mempersendakan agamanya. Dia selalu berbangga dengan pegangan free thinkernya yang tidak mempercayai apa-apa agama. Kadang-kadang sindirannya terhadap Tuhan dan Jesus membuatkan kami pelajar Islam tersinggung. Menghina Jesus sebagai "Yahudi bodoh" membuat ramai yang marah kerana Jesus atau Isa adalah Nabi kedua puluh empat dalam ajaran Islam.

Bila ada yang bercerita tentang Tuhan, Jenny selalu akan mempertikaikan kewujudan Tuhan.

"Kalau Tuhan ada, tunjukkan kat I" itu yang selalu diulanginya.

Kalau kita sebut tentang alam yang luas ini adalah bukti kewujudan Tuhan yang menciptaya, tentang angin dan oksigen yang wujud tapi tidak kelihatan, Jenny hanya akan ketawa.

"I cakap tentang Tuhan, you pula cakap tentang oksigen, tentang letrik, tentang apa-apa benda lain. I bukannya nak tengok angin, oksigen atau arus letrik. I cuma nak tengok macam mana rupa Tuhan. Jika Jesus yang bodoh itu ada rupa, mengapa Tuhan tak ada rupa?"

Masa itu zaman jahiliyah, usia kami pula masih muda, tau nak seronok saja dan mencuba benda-benda baru.

Begitulah pada suatu malam Sabtu budak-budak di asrama perempuan bermain permainan "spirit of the coin". Permainan itu sangat popular di kalangan pelajar asrama untuk memenuhi masa lapang dan lari dari tekanan waktu belajar yang sangat padat di sebelah siang.

Cara nak main permainan berhantu "spirit of the coin" ini mudah saja. Pertama kena sediakan wang syiling 20 sen atau 50 sen lama. Maksud lama itu ialah wang syiling yang dah tak pakai dan laku lagi di zaman ini, contohnya duit syiling zaman Malaysia baru-baru merdeka yang menggunakan syiling British yang di belakangnya ada gambar Queen Elizabeth. Nak cari duit syiling lama ini bukan mudah, tak ramai yang menyimpannya lagi. Kalau tak ada jalan lain kenalah dapatkan di pasar karat yang harganya bukan murah.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now