Episod 15: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 1

572 87 27
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Selepas menghabiskan khidmat selama beberapa tahun di NT, suatu hari HQ negeri menelefonku.

"Cik Jeff..permohonan cik Jeff nak bertukar ke KL dah approved. Cik Jeff nak pergi KL tak?" tanya Tini, ketua unit HR di HQ negeri.

"Mestilah nak! Bila saya kena transfer ke KL?" tanyaku.

"Cik Jeff kena report duty next month..15 haribulan. Petang ni official letter keluar." jawab Tini.

Gembiranya aku dapat bertukar ke HQ. Dekatlah sikit aku dengan isteriku, Im yang baru aku kahwini beberapa bulan lepas.

Isteriku, Im berasal dari Alor Setar. Aku pula berasal dari Penang. Mudah untuk kami berkomunikasi kerana kedua-dua kami orang Utara yang menggunakan slang bahasa yang sama.

Isteriku bekerja di sebuah klinik kesihatan kerajaan di Bentong, Pahang. Aku pula kerja di Penang. Kalau nak jumpa isteri aku terpaksa melalui perjalanan berliku dari Penang ke Bentong  sejauh lebih 400 km. Kini lepas bertukar ke KL, aku akan lebih dekat dengan Im. Jarak Bentong dan KL cuma 70 km saja.

15 haribulan aku report duty di HQ KL. HQ KL mengarahkan  aku untuk memulakan tugas di ofis cawangan Damansara.

Aku mulanya menyewa rumah di Gombak. Sebuah rumah teres berdekatan Lebuhraya Karak. Tapi beberapa bulan lepas aku bertukar ke KL, isteriku Im pula bertukar dari Bentong ke KL. Alhamdulillah, dapatlah kami suami isteri tinggal serumah.

Kerana kedua-dua kami sudah tinggal serumah di KL, aku dan Im berpakat untuk membeli sebuah rumah di ibu kota. Dari menyewa rumah orang, lebih elok duit itu kami gunakan untuk membayar ansuran rumah milik sendiri.

Selepas rumah siap, kami pun berpindah ke rumah baru yang dibeli itu yang terletak tidak jauh dari Ampang Jaya dan Taman Kosas.

Rumah yang kami beli itu adalah sebuah rumah teres dua tingkat dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Di tingkat atas ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Di bawah pula ada 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Agak selesa untuk kami berdua yang belum mempunyai anak tinggal di situ. 

Rumah di Ampang itu aku beli kerana lokasinya yang menarik. Ia terletak di pinggir bukit yang menghijau serta tidak jauh dari klinik, sekolah, supermarket dan infrastruktur lain. Ia sesuai dengan jiwa aku seorang pencinta alam dan penggemar aktiviti reakreasi.

Aku dan isteri adalah antara generasi terawal berpindah ke taman perumahan itu. Ketika kami masuk rumah, tiada jiran di kiri dan kanan rumah kami. Jiran paling dekat yang baru masuk rumah ialah seorang pegawai polis yang rumahnya di hujung kiri taman perumahan itu. Di belakang padang permainan ada dua tiga rumah lagi yang baru diduduki. Rumah-rumah lain masih kosong, belum diduduki.

Waktu malam adalah saat paling sepi ketika itu. Hanya terdengar suara cengkerik memecah kesunyian malam dan sesekali suara anjing menyalak dari pekan Ampang. Kalau balik ke rumah hampir tengah malam rasa seram juga kerana melalui pinggir bukit yang diteduhi pepohon besar, tinggi dan rendang. Kalau nampak cebisan putih di atas pokok hati sudah rasa berdebar, pada hal ia cuma kertas akhbar yang ditiup angin dan tersangkut di atas pokok!

Suatu petang Sabtu aku dan Im menghabiskan kerja-kerja mengemas kotak-kotak barang yang dipindahkan dari rumah lama kami di Gombak. Maklumlah baru pindah, banyak barang masih ada dalam kotak dan perlu dikeluar dan diletakkan di tempat yang sesuai.

Dalam asyik buat kerja mengemas bilik belakang di tingkat 2, tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Tapi banyak lagi kerja belum selesai.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now