Episod 8: THANKS MR GHOST!

644 113 56
                                    

"...Inilah hari yang paling sedih dalam hidupku,
Demi pertemuan kita ini adalah yang terakhir,
Aku tak sanggup melihatkan kau pergi,
Meninggalkan aku menahan kepedihan.."

Masa remaja baru baligh dulu inilah antara intro lirik lagu yang paling aku minati. Lagu 'Hatiku Luka Lagi' nyanyian Black Dog Bone antara lagu evergreen yang selalu dimainkan berulang kali oleh radio ketika itu. Bait-bait lirik puitis dalam lagu tersebut jika dihayati dalam keadaan kita kehilangan seseorang boleh menyebabkan titisan air jernih membanjiri kelopak mata.

Begitulah yang terjadi pada hari terakhir kelas kami di tahun akhir pengajian di UM. Masing-masing sedih, berpelukan dan ada yang menangis terutama pelajar perempuan. Tidak mungkin lepas ini kami berpeluang berkumpul lagi seperti sebelumnya. Era pengajian dah habis, sekarang era mencari kerja pula. Kami semua akan berpecah dalam dunianya sendiri lepas ini. Nasib baik mungkin berjumpa lagi, nasib tidak baik inilah hari terakhir kami bertemu sebagai kawan.

Aku dan rakan-rakan rapat berpakat sama-sama makan malam pada malamnya. Ia makan malam terakhir grup kami sebelum esok kebanyakan kami pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sambil makan aku teringat intro lagu 'Hatiku Luka Lagi'. Lalu dengan suara sumbang semula jadiku, aku pun memulakan dialog intro lagu itu:

"...Inilah hari yang paling sedih dalam hidupku,
Demi pertemuan kita ini adalah yang terakhir,
Aku tak sanggup melihatkan kau pergi,
Meninggalkan aku menahan kepedihan.."

Rakan-rakanku seperti terhenti makan seketika. Agaknya menghayati intro dialog lagu itu.

"Aku janji tak akan ikut lirik lagu kau tu. Aku janji ini bukan pertemuan kita yang terakhir. Kita akan jumpa lagi, insyaallah" kata Zack kawan kami yang paling dominan dalam grup itu.

Kami semua setuju dengan kata-katanya. Nanti kalau umur panjang akan ada re-union antara kami. Pasti!

Esoknya semua kami berangkat balik ke destinasi masing-masing. Aku balik ke rumahku di TG, Pulau Pinang.

Selepas dua minggu bercuti, ayah sudah mula bertanya, "Hang dah minta apa-apa kerja ka?"

Tapi ibu tak benarkan aku kerja lagi. Kata ibu kalau kerja mungkin aku akan berpindah ke bandar besar dan lepas itu akan jarang balik kampung lagi.

Lagi pun kata ibu, aku jenis manusia yang akan selalu bernasib baik. Ibu kerap mengulang cerita masa aku bayi ada seorang tua kampung itu yang mendukungku telah melihat kelainan pada tapak kaki aku. Kata orang tua itu dia mengesan aku akan menjadi manusia yang selalu dipilih Tuhan untuk bernasib baik.

Keyakinan ibu terhadap kata-kata itulah yang menyebabkan ibu yakin aku akan mudah dapat kerja dan tidak perlu tergesa-gesa mencari kerja.

Minggu kedua duduk di kampung, aku selalu perhatikan budak-budak kampungku yang tidak mementingkan pendidikan. Siang ponteng kelas, petang gila main bola, malam suka berpelisiran hingga tengah malam. Esok pagi pula pergi sekolah dalam keadaan mengantuk tak cukup tidur. Bukan saja susah nak score A dalam exam, nak score D pun belum tentu!

Di kampung kami masa itu ada dua orang budak yang sangat nakal. Seorang bernama Matt, seorang lagi Chan. Kedua-dua mereka ketika itu masih di sekolah rendah. Budak berdua yang berjiran ini suka merayau waktu malam. Ibu bapa selalu pening kepala kerana takut perkara buruk berlaku kepada anak-anak mereka.

Aku pernah tanya kedua budak itu, tak takut ke selalu keluar malam? Mana tau terjumpa hantu jembalang ke, jin ke, cik ponti ke? Mereka kata tak takut, kerana kata mereka hantu pun takut dengan mereka.

"Takut apa. Kalau jumpa hantu, kami buat ulam jaaa" kata Chan sambil disahut oleh ketawa besar Matt.

Amboi...depa cakap besar noooo, kata aku dalam hati.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now