Episod 1: HANTU DAPUR

2.1K 236 15
                                    

⬇️⬇️Kisah yang dipaparkan dari episod 1  hingga episod 24 di bawah adalah berdasarkan kisah benar pengalamanku sendiri berdepan dunia paranormal. Maaf jika nama-nama orang dalam kisah ini menyentuh sensitiviti mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal. Aku cuma ingin bercerita benar, tidak lebih dari itu. Izinkan aku bercerita 🙏🙏🙏:

Aku dilahirkan di sebuah perkampungan Melayu di Seberang Perai, Pulau Pinang. Kami tinggal dalam sebuah rumah kampung di tepi bendang. Ayahku cuma seorang petani. Ibu pula suri rumah sepenuh masa.

Kejadian ini berlaku masa aku di darjah satu. Ketika itu keluarga kami belum begitu berkembang. Aku ketika itu baru mempunyai dua orang adik. Kedua-duanya perempuan.

Suatu pagi, lebih kurang pukul 2.00, aku rasa nak ke bilik air untuk buang air kecil. Untuk ke bilik air perlu melalui dapur. Dapur pula gelap kerana kami sudah biasa tidur dengan menutup semua lampu, kecuali di ruang tamu.

Ketika sampai di dapur, diterangi sedikit cahaya samar ruang tamu, aku ternampak bayang seorang wanita berdiri membelakangiku dekat tempat ibu selalu memasak. Dia beberapa kali bergerak dan menunduk seperti nak menyalakan api dapur. Pada mula ku sangka dia ibuku. Tapi bila diamati, dia seorang wanita tua yang semua rambutnya putih melepasi bahu dan kusut masai pula.

Menyedari wanita itu bukan ibu, aku berundur dan cepat-cepat mengerakkan ibu yang sedang tidur. Aku beritahu ibu aku nak ke bilik air.

"Pi la sendiri," kata ibu dalam suara mengantuk.

"Takut la mak. Mak teman laa..," pintaku.

Ibu bangun sambil menemaniku ke dapur.

"Takut pula. Selalu tak takut pun," kata ibu macam berleter.

Sesampai aku dan ibu ke dapur kelibat wanita tua berambut putih itu tidak lagi kelihatan. Ke mana gerangan dia menghilang? Dan siapa dia pagi-pagi buta lagi dah berani menceroboh rumah orang?

Pagi esok aku ceritakan kelibat yang ku nampak itu kepada ibu.

"Mana ada hantu," kata ibu, "Hang mimpi kot."

Aku cuba meyakinkan ibu apa yang ku nampak bukan mimpi. Aku ke dapur dalam keadaan sedar dan wanita misteri itu benar-benar kelihatan di depan mataku.

Apa pun aku bersyukur kerana aku cuma melihat wanita itu dari belakang. Tak dapat dibayangkan jika dia menunjukkan wajah sebenarnya!

I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA SUKA 😃
ABAIKAN JIKA BENCI 🙄

Episod seterunya:
HANTU BONCENG------>

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now