Episod 6: SPIRIT OF THE COIN 2

761 127 42
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience: paranormal experience!
Teruskan membaca:

Walaupun ustaz telah dipanggil bagi membersihkan gangguan iblis di blok asrama perempuan sekolah kami, tapi cerita kewujudan roh 'spirit of the coin' belum berakhir di situ.

Suatu petang Khamis, lepas sekolah tamat aku ke asrama lelaki menemui seorang rakan baik sejak sekolah rendah, Az yang usianya lebih muda setahun dari aku. Dia di Tingkatan Enam Rendah, aku pula di Tingkatan Enam Tinggi. Aku pergi jumpa Az untuk mengembalikan sebuah buku yang aku pinjam daripadanya minggu lepas.

Tidak lama selepas aku sampai ke asrama pelajar lelaki, hujan pun mula turun dengan lebatnya.

Suasana asrama lelaki masa itu tidak begitu meriah. Ramai pelajar yang sudah pulang ke kampung lepas kelas tadi. Esok cuti umum, dicampur pula dengan cuti hujung minggu dapatlah kami bercuti selama 3 hari. Itu menyebabkan ramai pelajar balik kampung. Aku dan Az juga akan balik kampung selepas segala urusan kami berdua selesai.

Malah kebanyakan rakan-rakan lain yang masih berada di asrama juga akan balik kampung lewat petang lepas hujan semakin teduh nanti. Ketika itu ramai yang sedang mengemas pakaian, ada yang sedang buat kerja rumah, ada yang bersembang kosong menanti cuaca elok sebelum balik kampung.

Sementara hujan reda, Az mengajak kami bermain 'spirit of the coin'. Aku tak pernah bermain permainan khurafat itu sebelum ini. Buang masa saja!! Apa lagi rasukan iblis 'spirit of the coin' di asrama perempuan beberapa minggu lalu masih menghantui ingatanku.

"Jangan takut main prof" pujuk Az, "Hantu mana ada pukoi 3.00 petang macam ni? Malam lainlah"

Di sekolah kami, aku digelar 'prof' kerana suka berfalsafah dan suka menyimpan rambut panjang hingga selalu mendapat amaran dari pihak sekolah.

"Mai la prof kita main sama-sama. Jangan takut. Budak-budak pompuan tu kena rasuk sebab depa tak pandai main spirit of the coin. Ada ke pulak period tengah mai pun ada nafsu nak main dengan hantu. Gila ke apa?", kata Lee, budak Cina dari Teluk Bahang dengan disambut ketawa pelajar-pelajar lelaki lain.

Lepas dicabar banyak kali untuk main spirit of the coin, digelar 'penakut', 'bacul' dan lain-lain provokasi, aku pun akhirnya setuju bermain permainan puaka itu bersama tiga orang kawan - Az, Lee dan Man. Kami main di ruang rehat di tingkat bawah. Di situ ada kusyen dan TV, tempat ramai pelajar berkumpul.

Maka permainan spirit of the coin pun bermulalah....

Dalam permainan spirit of the coin ini kami menggunakan duit syiling 50 sen kerajaan British yang pernah digunakan di Malaysia ketika negara baru merdeka dan belum ada matawang sendiri lagi. Duit itu kini sudah tidak laku tapi mujur juga nenek kawan aku masih menyimpannya.

Man mengeluarkan duit syiling lama dan meletakkannya di atas kertas rajah spirit of the coin.

Tangan kami berempat menyentuh duit syiling itu dan bacaan memanggil roh mula dibaca:

"Spirit of the coin, please come to the game..."

Dan lepas tiga kali menyeru, duit syiling yang kami pegang bersama bergerak ke arah "YES" menandakan sang iblis sudah tiba!

Seperti biasa sebelum memulakan permainan spirit of the coin kami tanya dulu 'roh orang mati' yang sebenarnya jelmaan iblis itu tentang namanya.

Tangan kami berempat yang berada di atas duit syiling lama itu bergerak ke arah huruf J-O-H-N-N-Y. Maknanya roh orang mati itu beritahu namanya ialah Johnny. Bila ditanyakan bila meninggal, tangan kami berempat bergerak ke arah nombor 1-9-4-2. Maknanya Johnny meninggal pada tahun 1942. Sebab kematian pula diberitahu Johnny sebagai "tortured". Rupanya Johnny yang merupakan tawanan tentera Jepun di Pulau Pinang telah meninggal secara tragis, disiksa oleh tentera Jepun hingga mati. Kesian Johnny!

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now