Episod 26: PENONTON TANPA JASAD

446 71 48
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Kejadian ini berlaku ketika covid-19 belum melanda negara. Sektor pelancongan masih utuh ketika itu. Kita boleh bergerak ke mana-mana tanpa zon merah atau zon tidak merah. Hotel sentiasa penuh terutama di musim cuti sekolah.

Sempena cuti sekolah hujung tahun, aku dan isteri  membuat keputusan untuk bercuti bersama anak-anak ke selatan tanah air. Kebetulan aku ada sedikit urusan keluarga di Johor. Sambil-sambil melangsaikan urusan keluarga di Johor, bolehlah jalan-jalan sekali.

Maka pada hari yang ditetapkan bertolaklah aku bersama isteri dan lima orang anak ke selatan tanah air.

Mula-mula aku, isteri dan anak-anak ke Melaka. Banyak tempat  di bandaraya bersejarah itu kami lawati. Asam pedas pula menu wajib bila makan di Melaka.

Kemudian kami ke Johor. Hari terakhir di Johor, kami pergi ke bandar BP kerana aku ada sedikit urusan untuk dilangsaikan di bandar BP.

Selepas urusanku di bandar BP selesai aku mencari hotel untuk penginapan kami sekeluarga malam tersebut.

Malangnya puas google namun semua hotel dan homestay di BP sudah penuh. Rupanya semua hotel dan homestay penuh sebab sebuah universiti awam di BP mengadakan majlis konvokesyen selama tiga hari. Ramai ibu bapa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak bertumpu ke BP hadir  meraikan anak-anak mereka yang menerima ijazah atau diploma. Sebab itulah semua hotel dan homestay di BP penuh.

Aku menelefon seorang kawan yang kerja di JB. Manalah tahu dia ada idea bagi mengatasi masalah aku.

"Kau dah cuba tanya Rest House BP?," tanya kawan aku, Lann. "Mana le tau rest house ada bilik kosong"

"Rest house?."

"Ahaa..Rest house. Ngape?"

"Ada lagi ke rest house, Lann? Aku ingat rest house dah tak ada.."

Rest house ialah rumah persinggahan untuk pegawai kerajaan. Dulu kebanyakan bandar di Malaysia  ada rest house sebagai tempat rehat pegawai kerajaan. Tetapi sekarang setahu aku banyak  rest house yang tak wujud lagi. Jika ada pun sudah rebranding dengan nama lain dengan pengurusan baru.

Lann yang kerja di Majlis Bandaraya Johor Bahru memberi aku nombor telefon rest house BP. Mujur juga selepas menelefon, penjaga rest house BP memberitahu masih ada bilik kosong. Alhamdulillah..

Alhamdulillah...masalah pertama sudah selesai.

Kini masalah kedua adalah untuk mencari lokasi rest house BP.  Hendak cari rest house BP mengambil masa juga.  Aku hentikan kereta, tanya ramai orang di mana lokasi rest house. Tapi nampaknya orang BP sendiri pun tidak ramai yang tahu di mana letaknya rest house BP.  Puas tawaf keliling bandar tapi rest house masih tidak jumpa.

Nasib baik semasa isi minyak kereta di Petronas, seorang cashier di situ tahu di mana rest house BP.
Dia beritahu aku arah ke rest house.

Berpandukan signboard yang sudah pudar catnya akhirnya jumpa juga kami dengan rest house tersebut. Ketika itu hari semakin gelap.

"Di sini tempat kita nak tidur malam ni? Scarynya!!" kata isteriku, Im sambil jarinya menunjukkan ke arah satu bangunan dua tingkat yang kelihatan agak tua dan uzur. Bangunan tua tersebut di kelilingi pepohon rendang dan tompokan belukar kecil menampakkan rest house itu tidak diuruskan seperti sepatutnya.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now