Episod 14: TILAM PUAKA 2

493 89 20
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!
Teruskan membaca:

Petang Sabtu itu iaitu seminggu selepas kematian Pak Teh, aku pulang ke kampungku di TG, Penang.

Ibu seperti biasa menyambut kepulanganku dengan senyuman manisnya. Ayah pula tiada di rumah, kata ibu menziarahi rakannya yang sakit. Adik-adik pula ketika itu sedang bermain jengkek-jengkek di halaman rumah.

Ketika bersalam dengan ibu, aku ternampak sesuatu bekas di lengan ibu. Kesan merah dan lebam begitu jelas dilengannya. Seperti bekas di sengat binatang berbisa.

"Apa kena dengan tangan mak tu? Kena gigit lipan ka?" Aku meneka.

"Bukan lipan..." jawab ibu.

"Kalau bukan lipan, apa yang buat lengan mak jadi sampai macam tu?"

"Entahlah Jeff. Bukan mak saja yang lebam-lebam macam ni. Semua orang dalam rumah ni pun kena. Ayah tu..dia kena kat paha, paha dia lebam. Adik-adik Jeff pun semua kena. Ada yang lebam di lengan, ada yang lebam di paha, di leher pun ada. Semua kena dalam satu malam yang sama. Tempat lebam saja yang tak sama".

"Ishh..sampai semua sekali kena? Ada ka sesapa nampak benda yang serang sampai semuanya lebam-lebam macam ni?" tanya aku.

"Tak sapa yang sedar apa yang buat kami jadi macam ni. Sebelum tidur malam tu, semua elok-elok jaa. Bangun pagi esok, semua orang badan dah lebam-lebam" jelas ibu.

"Habis kalau bukan lipan atau binatang berbisa, benda apa yang buat semua orang badannya lebam? Heran pula?"

"Minggu lepas masa Jeff masuk rumah aruah Pak Teh, Jeff ada kacau apa-apa ka di rumah aruah Pak Teh?" tanya ibu.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa tilam katil yang pernah ditiduri aruah Pak Teh masa dia sakit. Teringat tilam itu nampak seperti melekuk di bahagian tengah. Teringat beberapa kali aku mengalih-alihkan tilam itu supaya rata tapi akhirnya tetap juga melekuk di bahagian tengah.

"Nor dan Ani ada cerita apa-apa ka kat mak?" tanya aku saja nak memancing.

"Ada" jawab ibu,"Depa kata Jeff dok pi kacau tilam tu. Dok pi alih-alih tilam tu banyak kali"

Tapi apa kena mengena tilam itu dengan lebam di tubuh ibu, ayah dan adik-adik aku?

"Mak rasa laa kan.." kata ibu memandang wajahku, "Mak rasa benda yang ada kat rumah Pak Teh tu marah sebab tilam tu diganggu. Sebab tu dia mai mengamuk serang rumah kita. Habis semua orang badan lebam kena gigit"

"Jadi mak ingat tilam tu ada penunggu la? Kalau ada penunggu, sapa tuannya? Tak kan aruah Pak Teh yang sangat baik tu ada bela sesuatu?" tanya aku.

"Mak pun tak percaya aruah Pak Teh buat macam tu. Tapi semua satu rumah dah kena gigit. Kami takut dia mai kacau lagi lepas ni".

Hari itu, hari Sabtu malam Ahad. Seperti biasa bila balik kampung hujung minggu, aku akan tidur dua malam di rumah orang tua aku. Pagi-pagi Isnin baru balik ke tempat kerjaku di NT.

Tidur aku begitu nyenyak malam Ahad itu sampai hampir-hampir terlepas solat Subuh. Mujurlah tak terlepas Subuh. Jika terlepas mengamuklah ayahku jika dia tahu.

Hari Ahad berlalu dengan begitu pantas. Minum pagi, makan tengahari, bawa ibu dan adik-adik ke pasar petang di pekan PS, akhirnya malam pun tiba.

Hari Ahad malam Isnin itu, aku bercadang nak tidur awal. Pukul 11.00 malam aku sudah berada di atas katil di bilik tingkat atas. Aku tidur awal sebab pagi-pagi esok lepas Subuh aku dah kena balik ke NT semula untuk kerja.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now