Episod 20: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON 2

393 74 13
                                    

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Dalam perjalanan pulang dari PD ke KL, isteriku, Im mengadu perutnya sedang berbunyi. Ketika itu kami masih di pusat bandar PD, hanya beberapa kilometer sahaja sebelum memasuki lebuhraya Plus.

"Dah pukul 1.00 tengahari lebih ni. Perut pun dah bising nyanyi lagu rock. Jom kita pi makan dulu" ajak Im.

Aku pandu kereta memasuki sebuah kompleks gerai makan di tepi jalan. Bagus juga makan masa tengah lapar, semua makanan sedap atau tidak sedap akan dibedal penuh lahap.

Usai makan, aku mengajak Im, Ani dan anak-anak kami menaiki kereta segera untuk balik ke KL. Seperti biasa, aku yang memandu kereta dan Im berada di bangku sebelahku. Di bangku tengah kereta MPV itu diduduki tiga orang anak-anakku. Di bangku belakang pula diduduki Ani dan anak perempuannya, Nur.

Baru saja injin kereta dihidupkan, terdengar bunyi azan zohor berkumandang dari masjid di seberang jalan berhadapan kompleks gerai.

"Dah masuk zohor ni. Abang pi solat dululah" kata aku, "Im dan Ani jaga anak-anak dalam kereta".

Kami akan pergi solat bergilir-gilir. Sekarang aku duluan pergi solat di masjid, Im dan Ani jaga anak-anak dalam kereta. Lepas ini Im dan Ani pula pergi solat di masjid, giliran aku pula nanti jaga anak-anak dalam kereta.

Kami tidak boleh pergi solat bersama. Meninggalkan anak-anak bersendirian dalam kereta boleh mengundang bahaya. Anak-anak aku pula sedang membesar berusia 5 tahun, 3 tahun dan 1 tahun. Semuanya lelaki yang tersangat-sangat lasak.

Usai solat zohor, tanpa berwirid panjang, aku segera meninggalkan masjid menuju ke arah kereta yang di parkir seberang jalan.

Ketika hendak melintas jalan tiba-tiba mata aku terpaku melihat seorang kanak-kanak berusia setahun lebih sedang tercegat di tengah jalan raya. Kanak-kanak tersebut tersenyum selamba memandang aku sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Hatiku berdebar kencang apabila melihat kereta-kereta di kiri dan kanan jalan sedang bergerak laju menuju ke arah kanak-kanak itu yang masih tercegat di tengah jalan.

"Fitt!!!" jerit aku sekuat hati sambil berlari ke arah kanak-kanak tersebut yang masih tersenyum memandang aku.

Aduhh..macam mana pula Fitt, anakku yang baru berusia setahun lebih itu boleh berada di tengah jalan raya? Bukankah dia sedang berada bersama ibu, ibu saudara dan anak-anak kami yang lain di dalam kereta?

Sedang aku berlari ke tengah jalan bagi menyelamatkan Fitt, tiba-tiba berlakulah tragedi yang tidak diingini itu..

Bam, bam, bam, bammmm!!! Beberapa kereta kelihatan berlanggar sesama sendiri kerana membrek mengejut bagi mengelak terlanggar Fitt.

Aku mendokong anakku Fitt, meletakkannya di pinggangku. Aku panik seketika melihat bumper-bumper kereta di kiri dan kananku yang kemik hasil pelanggaran sesama sendiri. Dan aku lebih panik bila mendengar suara-suara marah, jerkahan keras dan maki hamun dari pemandu-pemandu kereta yang bumpernya remuk hasil pelanggaran itu:

"Bapa apa nih..jaga anak pun tak pandai!"

"Buat anak pandai, jaga anak tak pandai!"

"Jangan kawin la weii kalau tak reti jaga anak!!"

"Bodoh punya orang, boleh biar jer anak merayau atas jalan!!"

"Lain kali kalau tak reti jaga anak, jangan buat anak!"

Sambil merenung kereta-kereta yang berlanggar di kiri dan kananku, aku menyeluk poket dan mengira wang dalam dompet. Hanya ada wang tunai RM300 dalam dompet aku. Jika 6 kereta yang berlanggar, dengan wang sebanyak itu aku cuma mampu membayar gantirugi RM50 bagi setiap seorang pemandu. Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di zaman serba serbi mahal ini?

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now