➵I-5

1K 75 1
                                    

Shafique sedang bersila di atas lantai sambil mengenang nasibnya. Sesekali, air matanya bergenang setiap kali terkenangkan wajah Marshanda. begitu kejam pengakhiran hidup kekasih hatinya itu.

Seorang pegawai polis menghampiri jejari lokap. Dia membuka pintu jejari besi itu dan memanggil Shafique.

"Shafique, kau diperlukan di bilik soal siasat. Pihak pendakwa raya sedang menunggu."

"Pendakwa raya?"

"Kau boleh mintak untuk diwakili peguambela kalau kau nak. Sekarang, ikut aku ke bilik soal siasat dulu."

Kedua-dua tangan Shafique digari. Dia dibawa ke bilik soal siasat. Di sana, dua orang timbalan pendakwa raya sedang menantinya bersama komputer riba dan beberapa helaian kertas.

"Shafique, sila duduk. Aku Isaac. Ni rakan sejawat aku, Abir," sapa Isaac sebaik sahaja lelaki yang bergari itu ditinggalkan bersama mereka.

Shafique mengikut arahan. Dia duduk di atas kerusi besi setentang dengan kedua-dua timbalan pendakwa raya yang berlain jantina itu.

"Aku tak bunuh Marshanda..." gumam Shafique perlahan. Wajahnya kusut. Kepalanya ditundukkan. Jika kedua-dua timbalan pendakwa raya itu tidak mempercayai akan kata-katanya, dia akan memilih untuk berdiam diri dan meminta diwakili oleh peguambela.

"Aku tahu," jawab Isaac.

Sepantas kilat Shafique mengangkat wajahnya. Wajah Isaac dan Abir dipandang silih berganti. Bagaikan mengerti ada cahaya di hujung lorong gelap, kekusutan pada wajahnya semakin sirna. "Kau tahu?"

Abir mencelah. "Ya. Pihak polis jumpa kotak hitam pada kereta kau. Kau mempunyai alibi yang agak kukuh."

Ya, kotak hitam!

Shafique terdiam seketika sebelum kembali bersuara. "Marshanda langsung tak bersalah dalam hal ini. Sepatutnya aku yang berada di tempatnya."

"Kau tahu siapa yang berdendam dengan kau?" soal Isaac.

"Kau tak akan percaya kalau aku beritahu siapa yang berdendam dengan aku dan atas dasar apa."

"Bukan tugas aku untuk percaya maklumat yang diterima atau tak. Kebenarannya akan aku cari sendiri. Tugas kau sekarang, berikan aku maklumat sebaik mungkin supaya mudah untuk kebenaran dibongkarkan."

Shafique berfikir sejenak. Adakah kedua-dua mereka boleh dipercayai? Entah-entah kepercayaannya akan dikhianati sebaik sahaja mereka diberitahu hal yang sebenar. Mereka pasti memerlukan suspek untuk melakukan pendakwaan. Jika suspek yang sebenar terlepas, pasti bahan bukti akan dihapuskan dan dia akhirnya akan dibawa ke tali gantung.

"Macam mana pulak dengan kepercayaan aku pada kau berdua? Betul ke yang kau nak berjuang untuk aku dan Marshanda?"

Isaac tersenyum. Dia tahu Shafique akan meragui mereka. "Aku berjuang atas dasar kebenaran. Terpulang pada kau mahu percaya pada aku dan Abir atau tak. The choice is in your hand."

Shafique mengangguk. Dia terlalu paranoid. Barangkali kerana dia terlalu terkesan dengan peristiwa yang menimpa dirinya dan Marshanda.

💔💔💔

Lima minggu sebelumnya, 16 Februari 2017


5.45 p.m. Marshanda Sayang

Shaf, boleh ambil aku di rumah ibu teman aku?

Sebentar, aku hantarkan lokasinya.


💀 TrofiWhere stories live. Discover now