➵I-9

946 74 10
                                    

Pipi gadis itu ditampar sekuat hati. Marshanda yang sudah pengsan diseret ke dapur dan dibaringkan ke atas satu papan boleh lipat yang sudah diubahsuai. Sekali pandang, fungsinya tidak ubah sepertimana dominan mahukan submisifnya terbaring menghadapnya.

Pada papan itu, tertambat enam utas tali boleh laras. Satu pada bahagian kepala, satu pada bahagian bahu, dan selebihnya pada pinggang, bahagian lutut serta pergelangan tangan dan kaki mangsa. Keenam-enam tali yang menyerupai tali pinggang itu digunakan untuk mematikan pergerakan kepala, bahu, pinggang, tangan, lutut, serta kaki mangsa. Pendek kata, keinginan mangsa untuk bergerak sudah ditindas.

Mr. K yang sudah sedia dengan sarung tangan hitamnya menghulurkan sarung tangan yang sama pada Datin Maimun. Kemudiannya, dia mengeluarkan beg bimbit yang berada dalam bagasi. Ketika zip beg bimbit itu dibuka, maka terpampanglah segala peralatan rahsia yang akan digunakan untuk melangsaikan dahaganya pada darah.

Satu botol kecil berisi cecair midazolam dan picagari diambil. Ianya bertujuan untuk mengkhayalkan gadis itu sepanjang proses diseksi hidup-hidup yang akan dilakukannya. Dia tidak mahu Marshanda membuat bising di situ.

"Kau gila, Mr. K," ujar Datin Maimun yang sedang duduk di atas kepala Marshanda. Dia mengetatkan tali boleh laras pada kepada gadis itu.

"Semua orang ada kegilaannya yang tersendiri. Bezanya, cara mereka menguruskan kegilaan itu sahaja. Kau, aku, dia. Kita semua gila."

"Kau nak buat apa dengan semua ni?" Bibir Datin Maimun dijuih pada peralatan yang tersusun cantik di dalam beg bimbit.

"Kau tengok sendiri nanti," balasnya. Serentak dengan itu, midazolam disalurkan ke dalam vena Marshanda. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Jadi, apa yang perlu aku lakukan?"

Mr. K meletakkan picagari ke dalam beg bimbit. Dia mengambil gunting pembedahan dan dihulurkan pada Datin Maimun. Gunting itu bertukar tangan.

"Buat apa saja yang kau nak. Syaratnya, jangan ganggu kawasan ni." Bahagian dada Marshanda yang tidak dilitupi sebarang fabrik itu adalah miliknya.

Wajah Datin Maimun kelihatan teruja. Dia menatap wajah Marshanda dengan sengihan yang lebar. Aksi romantis gadis itu dan Shafique bermain-main di pita mindanya. Dia mahu gadis itu merasa perih yang dia rasakan. Hatinya sudah lama dicarik-carik oleh mereka.

"Bibir mungil kau mesti pernah cium kekasih aku kan Marsha?" Dia membuka bilah gunting itu dan mendekatkannya didekatkan pada bibir Marshanda. Dielus-elus mesra bibir itu menggunakan sisi gunting sebelum bilah gunting itu dipisahkan antara satu sama lain.

"Tergamak kau sentuh kekasih aku!" Wajahnya bertukar bengis.

Bibir Marshanda ditarik ke atas, meregangkannya supaya proses seterusnya bakal menjadi lebih mudah. Perlahan-lahan dia menutup kembali bukaan gunting, membelah daging yang dipercayai menjamah bibir Shafique.

Darah mula mengalir ke pipi Marshanda, memasuki rongga hidungnya dan juga rongga mulutnya. Datin Maimun menggunting bibirnya lambat-lambat untuk memberi impak kesakitan yang maksima. Marshanda yang sudah mamai dek penangan diazepam hanya mampu membuka matanya dengan lemah. Kesakitan itu mulai menjalar ke seluruh wajahnya. Pipinya mengigil menahan sakit. Dia tidak mampu bergerak. Suaranya pula tersekat di kerongkong.

"Mati dalam keadaan perlahan lebih menarik kau tahu?" Datin Maimun tersengih.

Kedua-dua bibir gadis itu berjaya digunting. Separuh wajahnya berlumuran darah. Marshanda tersedak pabila darah mula bergenang di dalam rongga mulutnya. Dia tiada pilihan lain selain daripada menelan darahnya sendiri.

Mr. K yang sedang memegang skalpel tergelak kecil melihat gelagat Datin Maimun. Seperti pelajar sekolah rendah yang baru sahaja berjaya melakukan eksperimen pertamanya.

💀 TrofiWhere stories live. Discover now