➵III-5

699 52 7
                                    

Datin Maimun sedang berada di Wad Psikiatri. Kedua-dua tangannya dan kakinya diikat pada katil menggunakan kain anduh. Pihak polis terpaksa membawanya ke hospital untuk menjalani rawatan kerana bersikap terlalu agresif. Hampir kesemua pegawai polis yang cuba untuk mengawalnya tercedera. Salah seorang daripada digigit pada telinga sehingga hampir putus.

Seorang jururawat perempuan bernama Alia sedang menyediakan ubat untuk diberikan pada Datin Maimun di Bilik Rawatan. Pesakit yang agresif seperti Datin Maimun tidak akan diberi ubat jenis pil. Sebaliknya, ubat jenis cecair akan diberikan melalui kaedah intra-muskular menggunakan picagari atau pun dalam bahasa mudahnya, dicucuk pada punggung.

Tengggg...

Bunyi siren yang panjang kedengaran. Alia meletakkan picagari yang sudah terisi ubat ke atas dulang berbentuk buah pinggang. Ada kecemasan yang sedang berlaku dan dia tahu dia perlu ke sana dengan segera.

"Alia, ada pesakit mengamuk!" jerit seorang jururawat, menolak pintu bilik rawatan dengan kuat untuk memanggilnya.

"Pesakit yang mana, Syikin?" soal Alia, berjalan keluar dari bilik itu. Lengan bajunya dilipat hingga ke siku.

"Cik Doll. Dia tengah berdiri dekat atas katil dia sambil pegang gunting. Dia ugut nak bunuh diri kalau kita tak keluarkan dia dari sini," ujar Syikin yang sedang tercungap-cungap kerana terlalu takut dengan keadaan yang berlaku pada waktu ini. Dia merupakan jururawat muda yang baru sahaja dipindahkan ke Wad Psikiatri 1A.

Dalam bulan ini sahaja sudah dua kali seorang pesakit yang digelar sebagai Cik Doll, seorang pesakit yang menghidap bipolar disorder mengamuk dengan tiba-tiba dan mengugut untuk membunuh diri.

"Gunting? Macam mana dia boleh ada gunting pulak ni?" Dahi Alia berkerut. Setahu dia, tidak ada benda tajam yang boleh dimasukkan ke dalam wad psikiatri. Apatah lagi gunting. Kerana itu Bilik Rawatan dibina berasingan daripada wad psikiatri dan disertakan dengan sistem akses supaya bilik itu tidak boleh dicerobohi oleh pesakit-pesakit wad tersebut.

Alia mengeluh. "Aku dah kata dah yang Cik Doll patutnya dipindahkan ke isolation room. Tapi diorang ni degil! Dah jadi macam ni pun tak reti-reti lagi. Diorang nak ada orang yang terbunuh dulu ke baru nak pindahkan dia?" bebel Alia. "Habis tu pesakit lain macam mana?"

"Pesakit lain Sulaiman dengan Omar dah kumpulkan ke Bilik Bacaan. Please, Alia. Kau sorang je yang boleh pujuk Cik Doll."

"Yelah. Yelah. Kau sediakan 5mg IM haloperidol. Lepas tu pass dekat aku nanti. Tu dekat dalam kidney dish tu ada 2mg IM haloperidol untuk Datin Maimun. Jangan usik pulak. Kalau kau rajin, kau cucuk dekat buntut dia."

"Hish, takutlah aku! Nanti lepas kau pujuk Cik Doll kau cucuklah dia," ujar Syikin sambil tersengih.

Hish, budak ni! Pandai betul mengelat. Kalau dah semua kerja aku kena buat, baik doublekan gaji aku je! omel Alia di dalam hati.

Alia bergegas ke kubikel yang menempatkan katil Cik Doll, meninggalkan Syikin di dalam Bilik Rawatan untuk menyediakan ubat penenang.

"Kenapa la aku pilih nak kerja dekat sini," gumam Syikin setelah ditinggalkan berseorangan di dalam bilik itu. "Aku nak cucuk pesakit wad ni pun tak berani. Inikan nak layan pesakit yang mengamuk macam tu."

Klik... Pintu bilik itu terbuka.

"Boleh saya tolong?" soal seorang jururawat perempuan yang baru sahaja meloloskan diri ke dalam Bilik Rawatan. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Ha, awak mesti nurse yang Dr. Kadhir panggil untuk back up kan?" soal Syikin yang baru sahaja selesai mengisi picagari dengan cecair ubat haloperidol.

💀 TrofiWhere stories live. Discover now