➵I-10

981 71 0
                                    

25 Mac 2017

Sebaik sahaja mereka mendapat berita tentang penangkapan Datin Maimun, Isaac dan Abir bergegas ke balai polis. Wanita itu ditemui sedang meracau di lapangan terbang ketika mahu melarikan diri ke Instanbul.

"Keadaan dia dah stabil?" soal Abir sebaik sahaja bertemu Alias. Dia menghulurkan cawan kertas berisi kopi panas kepada lelaki itu.

Alias mencicip kopi panas tersebut sebelum menjawab, "datin dah berhenti meracau. Cuma, dia tak mahu jawab apa-apa soalan."

"Jadi, Isaac?" Wajah Isaac yang berkerut dipandang Abir.

"Nampaknya kita kena cuba pujuk dia," balas Isaac. Mereka bertiga sedang berada di bilik bersebelahan bilik soal siasat. Datin Maimun yang sedang duduk di dalam bilik soal siasat direnungnya. Mulut wanita itu terkumat-kamit, bercakap dalam bahasa yang mereka tidak difahami.

"Aku ada telefon doktor yang merawatnya di HUKM. Yang mengejutkan aku, dia sebenarnya dah lama batalkan temujanjinya dengan doktor di HUKM." Alias mencelah. Cawan kertas yang sudah kosong dikeronyok dan dilemparkan ke dalam tong sampah.

"Maknanya, sekarang ni dia langsung tak menjalani apa-apa rawatan?" Soal Isaac.

"Ada. Dia sedang dirawat oleh pakar psikiatri persendirian. Aku sudah cuba dapatkan maklumat daripada Qistina. Mujur dia tahu tentang hal ini."

"Ok. Nasib baik. Boleh aku tahu di mana doktor pakar tu berada sekarang?"

"Dia dalam perjalanan ke sini."

💔💔💔

"Doktor?" sapa Isaac dengan kerutan di dahi setelah melihat soalan pertamanya tidak berjawab.

Seorang lelaki bersama kemeja putih dan seluar slack hitam sudah berada di balai polis. Di hadapannya terdapat dua orang pendakwaraya dan seorang pegawai polis. Dia cuba melonggarkan tali lehernya. Tekaknya dirasakan kering. Ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan kes yang sebegini.

"Ya, maafkan saya. Boleh ulang sekali lagi?"

"Boleh saya tahu nama doktor?" Soalan yang sama diulang sekali lagi.

"Saya Doktor Danial. Boleh panggil Doktor Dani saja." Ada getaran di hujung suaranya.

Matanya memerhati ruang yang agak kecil itu. Pesakit yang mempunyai agorafobia iaitu fobia akan tempat sempit pasti tidak akan selesa berada di situ. Lagi-lagi pabila ditenung oleh mereka yang tidak dikenalinya.

"Maafkan kami kerana mengambil masa doktor. Saya hanya nak ajukan beberapa soalan sahaja," tutur Abir sopan. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

Melihat wajah Danial yang terlalu serius, Abir berkata lagi, "doktor tenang saja. Sesi ini tak terlalu serius. Kalau doktor rasa tak selesa, doktor boleh hentikan sesi ini bila-bila masa saja. Boleh kita mulakan?"

"Boleh, silakan kalau jawapan saya dapat membantu penyiasatan awak semua," setuju Danial. Otot-otot badannya diregangkan kemudian direhatkan kembali supaya dirinya mampu bertenang.

"Dah berapa lama doktor bekerja berada dalam bidang psikiatri?" Soalan asas pertama diajukan Abir.

"Saya mendapat ijazah kepakaran ketika berumur 33 tahun. Kiranya, dah sepuluh tahun saya menjadi pakar psikiatri."

"Menurut maklumat yang diterima, doktor ada membuka klinik psikiatri sendiri kan? Boleh saya tahu kenapa doktor memilih untuk bekerja sendiri?"

"Mungkin kerana saya tak suka akan sistem dan prosedur di hospital kerajaan. Saya lebih selesa membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak."

Melihat arah tuju diskusi ini, Danial tahu soalan yang akan ditujukan bukanlah sedikit seperti yang diberitahu mereka. Dia perlu berlagak lebih tenang.

"Baiklah. Saya ingin bertanya mengenai Datin Maimun. Doktor kenal nama yang saya sebutkan tadi?" soal Abir.

"Kenal. Datin Maimun merupakan pesakit yang dirawat oleh saya. Perkara lebih lanjut tidak boleh diberitahu atas polisi kerahsiaan antara doktor dan pesakit. Saya harap, awak semua faham," jelas Danial. Dia tidak mahu mereka bertanya dengan lebih lanjut tentang Datin Maimun.

"Tak apa, Doktor. Saya ingin bertanya tentang keadaan Datin secara umum. Adakah keadaan Datin disifatkan sebagai stabil ketika sedang menjalani rawatan?"

"Keadaannya stabil sepanjang menjalani rawatan. Setiap kali Datin datang untuk temujanji, dia menunjukkan respons yang memuaskan."

Abir tersenyum. "Jadi, menurut pandangan Doktor, Datin sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang waras dan jika dia bertindak untuk membunuh seseorang, dia boleh didakwa sebagai pembunuh dengan niat?"

Wajah Danial kelihatan kaget. Dipandangnya wajah-wajah mereka bertiga silih berganti. "Sebentar... Pembunuh? Apa maksud awak?"

"Doktor Danial, Datin Maimun telah jadi suspek pembunuhan seorang wanita warga Jakarta. Wanita itu merupakan sahabat anaknya sendiri," jawab Alias.

Mata Danial terbeliak. Keningnya terangkat. Mulutnya pula melopong. "Bila?"

"Semalam, doktor." Alias menunjukkan gambar-gambar pembunuhan kepada doktor berkenaan.

"Mustahil. Baru minggu lepas saya bertemu dengannya di pejabat. Dia langsung tak menunjukkan tanda-tanda agresif atau pun homosidal."

Isaac terdiam seketika. Bagaimana seorang doktor yang sudah mempunyai berpengalaman kira-kira 10 tahun tidak mampu mengesan tanda-tanda pelik pada seorang pesakitnya?

"Doktor, kalau seseorang itu melakukan pembunuhan dalam keadaan dirinya stabil daripada penyakitnya, adakah itu kerana nalurinya sendiri?"

Danial terdiam seketika. Soalan yang diajukan seperti dia sedang berada di kandang saksi dan sedang melalui perbicaraan. Pendakwaraya itu sungguh petah berkata-kata dan pintar dalam mengajukan soalan padanya.

"Jika dia tak mengalami halusinasi atau delusi, kemungkinan ianya dilakukan dalam keadaan yang masih waras."

"Baiklah. Terima kasih, doktor," ucap Isaac. "Oh ya, kalau saya nak doktor jadi saksi kes ini, adakah doktor sudi?"

Kepalanya diangguk lambat-lambat. Dia tiada pilihan lain selain daripada memberikan kerjasama. Kerjayanya harus dipertahankan. Jika terbukti Datin Maimun masih lagi tidak stabil ketika berada dalam pengawasannya, kredibilitinya akan tercalar. Dia akan kehilangan kesemua pelanggannya. Perniagaannya pula akan lingkup serta merta.

☠️☠️☠️

Doktor Danial, siapa dia sebenarnya?

☠️☠️☠️

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari.

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tata!

💀 TrofiWhere stories live. Discover now