➵III-3

751 51 0
                                    

31 Mac 2017

"Diana, Isaac dah masuk kerja ke belum?" soal Abir, memanjangkan kepalanya, mencari lelaki itu.

"Dah rasanya. Tadi aku nampak dia sibuk dengan sesuatu. Tapi, tak sempat nak tanya pulak. Kenapa?"

"Ada sesuatu yang aku nak bincangkan dengan dia."

Diana menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia menyambung kerjanya kembali. Kes pendakwaan kali ini melibatkan seorang anak kenamaan yang terlibat dalam kes langgar lari dan dipercayai memiliki dadah jenis metamphetamine atau lebih dikenali sebagai Syabu ketika penangkapan dilakukan oleh pihak polis.

"Kes apa, Diana?" soal Abir setelah melihat ketekunan Diana meneliti dokumen yang berada di hadapannya. Dia sudah berdiri di sebelah Diana.

"Tough case, babe. Langgar lari dan kantoi memiliki metamfetamin. Tapi, aku tak rasa yang aku mampu bawak dia ke kandang tertuduh."

"Kenapa pulak? Tak cukup bukti?"

"Orang berduit. Duit mampu beri kuasa pada orang untuk memanipulasi fakta dan gugurkan pertuduhan. Siapa saja yang mereka rasa mampu beri ancaman, serta merta akan dibeli atau barangkali dihapuskan."

"Dia anak menteri ke?"

"Bukan. Cuma keluarganya berpengaruh. Pernah dengar Gegar Tune Holdings?"

"Gegar Tune Holdings? Syarikat komunikasi terbesar di Malaysia tu?"

"Ya. Dia anak kepada CEO Gegar Tune."

"Gosh! So, what's your plan?"

"I don't know yet. But I'm activating my wait-and-see mode."

"Tiba-tiba aku teringat yang aku ada kenal seseorang dari GT. Baru je kenal semalam. Nama dia Khairul bin Dato' Kamarul."

"Khairul bin Dato' Kamarul? Suspek langgar lari ni namanya Khayr bin Dato' Kamarul! Gosh, Abir! They're siblings!"

"What? Are you serious, Diana? What a weird coincidence!"

"Macam mana kau boleh jumpa Khairul, Abir?"

"Aku terlanggar dia semalam. Lepas tu ada berborak sikit sebelum dia bagi aku name card dia. Itu je. Tak ada yang penting pun."

"Kau rasa kau boleh dapatkan maklumat tentang Khayr daripada Khairul tak?"

"Eh, kau ni! Aku baru je kenal dia. Kenalan je pulak tu. Belum sampai ke tahap kawan lagi kalau nak suruh aku dapatkan maklumat."

"Ala, Abir. Kalau dia dah bagi kau name card tu maknanya dia dah tertarik dengan kau la tu. Lagipun, kau kan single and available. Apa salahnya kalau kau cuba rapat dengan dia."

Abir menggelengkan kepalanya tatkala mendengar cadangan Diana. Apa yang lagi menyebalkan hatinya, Diana bersungguh-sungguh mahu dia membantunya dengan mendapatkan kerjasama Khairul dalam kes Khayr.

Single and available? Ah, Diana! Aku memang single, tapi hati aku dah tak available okey!

"Pening aku nak layan kau ni, Diana. Kau je la yang jumpa dia. Aku bagi name card dia dekat kau nak?"

"Ala... Tak nak la aku. Aku takut dia terus lari je bila pandang aku yang gebu macam Japanese Cheese Cake ni je, babe."

Abir cuba menahan gelak. Dia bukannya mahu bersikap kurang ajar. Cuma, dia sendiri tidak pernah terbayang yang Diana akan menyamakan dirinya seperti Kek Keju Jepun. Kelakar pula apabila dia cuba membayangkan wajah Diana berada di atas kek keju tersebut.

"Tengok la macam mana nanti. Kalau aku berjaya tarik perhatian dia, kau kena belanja aku makan cheese cake tu okey!"

"Bereh, boh!"

💀 TrofiWhere stories live. Discover now