➵III-7

743 52 1
                                    

Alias termenung di mejanya. Badannya tersandar memikirkan kejadian yang menimpa Datin Maimun. Dia tidak menyangka Datin Maimun sudah mati dibunuh di dalam wad psikiatri. Dia sepatutnya lebih peka akan keselamatan wanita itu.

Dia di IPD Cheras, masih lagi mencari maklumat mengenai kematian Adeeva. Tiada sesiapa yang dilihat bersama Adeeva seminggu sebelum kematiannya. Malah, wajah Adeeva juga tidak dapat dikesan melalui rakaman video kamera litar tertutup pasaraya dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Taman Midah.

Dia mengeluh perlahan dan keluar dari pejabatnya. Sebaik sahaja membuka pintu, wajah manis Yasmin yang sedang tersenyum memandangnya meluruhkan jantungnya. Jantungnya luruh bukan kerana terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Yasmin. Tetapi luruh kerana jatuh hati dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Alias.

"Kau ni bercakap macam aku tak layak nak datang sini pulak. Saja nak ajak kau makan. Jom?"

Hish, mimpi apa pulak si Yasmin ni tiba-tiba nak ajak aku makan. Mahu gugur terus jantung aku ni karang. Silap-silap hari bulan kena CPR pulak.

"Waktu lunch dah ke?"

"Yalah. Kau tu dari tadi terperuk dalam bilik. Pening dengan kes Mr. K ke?"

"Hm... Nampaknya begitulah, Yasmin. Aku still tak faham kenapa Mr. K nak bunuh semua mangsa-mangsa ni."

"Sama ada bermotifkan dendam atau pun dia memang psikopat. Psikopat yang sukakan darah."

"Kes Marshanda sekurang-kurangnya ada juga arah tuju. Kes Adeeva ni aku rasa macam terlalu misteri pulak."

"Aku dah trace WeChat Moment Adeeva. Ada beberapa maklumat yang kita perolehi. Mungkin boleh isi tempat kosong yang ada."

"Ha!" Alias menepuk dahinya. "Aku memang nak tanya kau pasal tu. Lupa pulak." Mana tak lupanya kalau tiba-tiba je muncul dengan senyuman manis macam tu. Hai la, Yasmin. Bidadari mana la yang Tuhan hantar kat IPD Cheras ni.

"Tapi sebelum kita diskus, lebih baik kita pergi makan dulu. Kalau tak ada glukos, otak kita tak boleh berfungsi sebagaimana yang kita mahu. So... Jom, Alias?" Yasmin mengukirkan senyuman semanis tadi. Malah, rasanya lebih manis dari tadi.

"Okey, okey. Lady first..."

Mereka menuju ke Kedai Makan Ikan Bakar di Jalan Bellamy, kedai makan yang terkenal dengan ikan-ikan bakar segar serta makanan laut bakarnya yang lain. Sotong bakar berlada merupakan kegemaran Alias yang secara kebetulannya telah menjadi kegemaran Yasmin.

Sepanjang makan tengahari, Alias hanya mampu menundukkan wajahnya. Dia tidak mampu membalas pandangan Yasmin yang sedari tadi mengunyah sambil memandangnya. Pertama kali dalam hidupnya ada perempuan yang berani merenungnya sebegitu. Tidak senang duduk dibuatnya. Jiwanya jadi tak keruan.

Usai makan, mereka kembali ke IPD Cheras dan berbincang mengenai maklumat yang diperolehi Yasmin.

"Sebelum kita bercakap tentang WeChat Moment Adeeva, aku nak tanya kau satu soalan dulu," ujar Yasmin sebaik sahaja duduk di atas kerusi berhadapan dengan Alias. Dia sempat memandang papan maklumat yang berada di belakang lelaki itu.

"Okey, silakan."

"Dalam kes Marshanda, ada seorang doktor nama Doktor Danial yang jadi doktor psikiatri Datin Maimun kan?"

"Ya, betul tu. Kenapa?"

"Menurut maklumat yang aku terima, Adeeva pernah berjumpa dengan Doktor Danial untuk menjalani pemeriksaan kesihatan beberapa hari sebelum dia dibunuh."

💀 TrofiWhere stories live. Discover now