➵II-5

878 60 3
                                    

29 Mac 2017

"Serahkan aja pada aku. Biarkan aja aku awasi dia dari dekat. Di rumahnya dia. Kamu ga perlu pening-pening kepala."

Kamelia menyendal telefon di antara telinga dan bahunya. Kemudiannya, dia menyimpul dan menyepit rambut paras bahunya supaya tidak menggeletek leher dan merimaskannya. Cuaca di Malaysia semakin panas. Mungkin dia perlu singgah ke salun untuk menggunting rambut sebelum ke rumah temannya.

"Kamu yakin dia bisa dengar cakap kamu? Bukannya kamu ga kenal orangnya gimana."

Keluhan perlahan kedengaran dari bibir Kamelia. Lelaki yang berada di talian masih lagi tidak mahu mempercayainya. Mahu saja Kamelia menemui lelaki itu, menggoncang bahunya, dan menyedarkan dia tentang rancangan yang berada dalam koceknya.

"Cakap baik-baik aja. Kalau kita bikin ribut, dia juga akan bikin ribut. Sudahlah. Aku mahu bersiap. Aku perlu ke salun sebelum ke rumahnya."

"Aku ikut saja kata kamu, Kam. Kalau ada apa-apa, terus sahaja hubungi aku. Ngerti?"

"Ya, aku ngerti. Adios!"

Panggilan itu dimatikan. Kamelia mendekati beg bagasi yang masih terbuka. Baju-bajunya belum lagi selesai dikemas. Tidak mahu mengambil masa yang lama, dia membuka almari bajunya, mencapai beberapa helai baju yang masih tergantung pada penyangkut, melemparkannya ke dalam beg dan menarik zipnya. Mudah sahaja mahu berkemas jika menjadi seorang gadis tidak feminin seperti dia.

"Mahu nelefon dulu atau ga?" Fikirnya sambil menarik bagasinya keluar dari kamar tidur. Tombol pintu ditekan.

"Ah, ga perlulah."

💔💔💔

Kamelia meletakkan bagasinya betul-betul di hadapan pagar sebuah rumah teres kos rendah. Rambutnya sudah dipotong pendek persis seorang lelaki. Walaupun begitu, keayuan wajahnya masih lagi terserlah. Bibirnya yang sudah kemerah-merahan tanpa perlu dicalit sebarang gincu bisa meruntuhkan iman sesiapa yang memandangnya. Dia tidak memerlukan sebarang solekan untuk kelihatan manis.

Kamelia memegang bahagian atas pagar besi rumah itu dan mengintai perkarangan rumah tersebut. Ianya kelihatan tidak terurus. Terdapat lalang yang sudah tumbuh, disaingi oleh rumput yang semakin memanjang. Daun-daun kering yang gugur dari pohon mangga di luar pagar rumah itu juga berselerak di lantai simen.

Dahinya berkerut. Setahu Kamelia, temannya itu seorang yang rajin dan pembersih. Dia pasti tidak akan betah melihat keadaan rumah yang sebegitu.

Kamelia meraba selak pagar melalui salah satu rongga pagar besi. Dia perlu masuk ke dalam rumah dan menemui gadis itu. Pasti dia berada dalam keadaan yang sungguh depresi sehingga tidak mampu menjadi seperti dirinya yang selalu.

Dia membuka selak pada pagar, menolak besi itu, dan memboloskan dirinya. Beg bagasi ditarik masuk ke dalam sebelum pagar itu ditutup dan diselak kembali.

Tiba sahaja di hadapan pintu, wajah Kamelia berubah. Pintu itu tidak berkunci, malah tidak ditutup rapat juga. Darahnya berderau. Pelbagai hipotesis sudah berlegar-legar di mindanya.

"Adee? Kamu ada di rumah?" Panggilnya dari celahan pintu yang tidak rapat itu.

Panggilannya tidak disahut. Perlahan-lahan Kamelia meletakkan tapak tangan pada pintu itu, menolaknya sehingga terbuka luas. Wajahnya kelihatan lebih kaget pabila melihat keadaan ruang tamu rumah itu. Segala perabotnya berselerak.

💀 TrofiWhere stories live. Discover now